Friday, August 21, 2015

Tak kenal, tak tahu siapa

assalammualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini berkisarkan kisah benar dan kesusahan hidup ada di mana-mana.
Macam mana lah kolin nak bantu, dia di seberang dan kolin di Malaysia.
Nasib adik-beradik kolin, kaum keluarga sendiri tak habis kolin bantu.

Kisah ini terjadi di petang hari, semasa nak balik kerja, terkejut jugak dapat PM dari insan yang 
tak pernah tegur, tak pernah jumpa dan tak pernah komen pun kat FB. 
Selama ini memang tak pernah dia komen atau like apa pun status atau gambar kolin.
Kali terakhir kolin tulis di wall dia, ialah selama hari lahir kira-kira sebulan yang lalu.

Terkejut juga dapat PM sebegini, tak sangka pun ada. Jika tidak benar keadaan yang dia beritahu macam mana. Dan jika benar pun siapa sahaja yang boleh sahkan. Beringat pun ada, perasaan kasihan pun ada.

Tapi apa pun baik kolin bantu yang sekitar kolin yang memang memerlukan bantuan. 
Orang kat Malaysia pun bertungkus lumus nak hidup. Banyak yang perlu difikirkan.

Buat insan yang PM kolin di Facebook ini, kolin minta maaf sangat.
Tak termampu kolin nak membantu sampai ke seberang. 
Semoga semuanya baik dan selamat ye.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you