Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kulit cantik dengan C JELLO, COLLAGEN JELLY BAR dari SkinSoul

assalammualaikum dan salam sejahtera

Cabaran buat kulit muka kolin akan bertambah sihat dengan C Jello, Collagen Jelly Bar dari SkinSoul. SkinSoul ini terletak di tingkat LG, MidValley Megamall Kuala Lumpur dan baru beroperasi selama 2 bulan.

Kulit kolin sememangnya mengalami krisis. Maklumlah dan pertengahan 30-an dan sekarang proses detox. Banyak juga masalah kulit yang kolin hadapi, termasuk lubang pori yang semakin membesar. Kali ini dengan bantuan C Jello dari SkinSoul mungkin dapat membantu kolin. 






Kotak yang berwarna oren ini di isi dengan sekotak tin kecil yang menyusun atur sebanyak 15 sachet 
C Jello, Collagen Jelly Bar. Setiap sachet ini mengandungai 2500 mg German Fish Collagen. Dan ianya adalah produk kecantikkan dalaman dari Korea.  Ianya disahkan halal, yang bab itu memang kolin sangat prihatin. Untuk yang nak mencuba jangan risau ok. Semua isi kandungan terdapat di belakang kotak. 

Ianya mempunyai Mulberry Extract, Artichoke Extract, Vitamin C, Rice Bran Extract dan Hyaluronic Acid Mixture. Kaedah pemakanan pula sebanyak 2 sachet sehari, iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Kolin baru mula makan pagi ini sebelum sarapan. Dan tak sabar nak kongsi dengan korang semua result makan C Jello, Collagen Jelly Bar ini selepas 14 hari nanti.


Nampak kan, proses detox telah menyebabkan ada jerawat-jerawat singgah muka kolin. Tapi tak apa, kolin akan teruskan proses detox dan makan C Jello, Collagen Jelly Bar dari SkinSoul ini. Senang sangat nak consume produk ini. Hanya koyak, buka dan makan. Terasa macam makan gula-gula sahaja. Tiada bau hamis ikan atau bau yang tidak mengenyangkan dari C Jello. 

Bermula lah 10 Ogos 2015, cabaran C Jello, Collagen Jelly Bar untuk kolin.
Doakan yang terbaik ye!! I can't wait for the result after 14 days yeay!

Love,


Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you