Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

hari terakhir 2018 ..YESS ...kolin kerja hahahah

Assalammualaikum korang, lama giler rasa tak menaip kat sini hahaha. Walaubagaimanapun, ini lah hari terakhir tahun 2018. 31 Disember 2018 dan kolin bekerja oii, maklumlah selalu memang ambil cuti panjang dan naik tahun baru aje. Kali ini berubah sedikit jadual sebab banyak pulak keperluan naik sekolah perlu dibuat sebelum 1 Januari 2019.

Terima kasih 2018 yang telah memberikan banyak kenangan manis. Semoga 2019 lebih diberkati dan dipermudahkan semua. Buat korang pembaca blog terima kasih sangat sudi baca blog picisan macam kolin ini. 

Esok dah 2019 beb...hahahah.. 

HAPPY NEW YEAR UOLSS ....





Bersama Imam Muda Asyraf cara bayar zakat dengan Perbankan Internet

Assalammualaikum korang semua... 

Dalam tak sedar kita dah nak masuk tahun baru kan. Kita solat, puasa malah pelbagai perkara sunat kita buat. Sedar tak ZAKAT tu wajib dan ada dalam rukun islam. 

Kalau rasa malu atau segan nak ke Pusat Pungutan Zakat, korang boleh buat online tau. 

Dengan #perbankaninternet #bayarzakatonline dengan mudah korang boleh membayar zakat dengan online terus. Korang boleh lah dengar sedikit penjelasan bersama Imam Muda Asyraf bersama PPZ Wilayah di video kat bawah nii okayyy :) 

#HuggiesMyFastest beri serapan terbaik untuk si manja anda




Assalammualaikum korang semua dan harap semua baik-baik sahaja Sebagai ibu dan ayah terutama yang bakal menerima cahaya mata atau dah ada anak yang masih lagi mengunakan lampin pakai buang, mesti korang selalu tinjau jenama mana yang terbaik, betul tak? Ada jenama yang mungkin murah tapi selalu tembus atau bocor pula, kalau murah selalu kena ganti baru. Jadinya kos itu tetap sama, sebab murah dan kerap kena tukar. Ada juga yang harga mahal, tapi tak setanding harga dengan kualitinya. Tapi kita sebagai ibu bapa sentiasa nak yang terbaik. Berterima kasih lah sebab lampin pakai buang dari Huggies yang terbaru ini bakal memberikan ibu dan ayah tidur malam lebih lena dan nyenyak sebab anak memang selesa kekal kering sepanjang malam okay. 



Tahu tak kenapa? Sebab Huggies memperkenalkan #HuggiesMyFastest yang memberikan keselesaan pada kulit bayi agar sentiasa kering. Tak percaya singgah IG kolin dan lihatlah sendiri video yang telah kolin kongsikan. 






Augmented Reality Book yang super best beli di BIG BAD WOLF 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Macam biasa lah mood menaip sampai, kita pun menaip dan bercerita lah lagi ye. 

Buat semua kaki buku, ulat buku atau suam-suam kuku tu, kolin nak berkongsi dengan buku koleksi terbaru untuk anak-anak itu buku Aplikasi 4D, Augmented Reality yang memberikan sisi pengalaman lain dari biasa. Bayangkan lah selalu kita baca buku secara tradisional kan. Maknanya pegang buku kann....



Ini lain korang... buku AUGMENTED REALITY BOOK  ini ada 4D tau. Korang perlu download aplikasi Hippo Magic di telefon bimbit masing-masing dan boleh dah enjoy dengan anak-anak korang. Halakan sahaja telefon bimbit yang dah download tu, nanti buku itu terus 'hidup'. Nak tahu apa kolin maksudkan tengok lah video ini dalam seminit lebih aje. 


Gigi Kekal Sihat Dengan KODOMO LION

Assalammualaikum semua pembaca blog kolin, semoga korang semua sihat selalu. KODOMO LION satu jenama ubat gigi yang tidak asing lagi kan. Kolin sendiri pernah guna hahahha, nampak sangat zaman tu ubat gigi No. 1 untuk kanak-kanak di Malaysia ini telah lama bertapak. Sudah tentu ianya bagi memastikan semua kanak-kanak dari usia muda sampai lah besar mempunyai gigi yang kuat serta sihat. Buat ibu ayah yang masih ragu-ragu, ini lah ubat gigi terbaik untuk anak-anak. Kodomo bermaksud kanak-kanak dalam bahasa Jepun tau. Dan ianya ada merekabentuk berus gigi buat anak-anak yang berumur dari sekecil 6 bulan. Ada 4 peringkat berus gigi dari 6 bulan sampai 12 tahun. Ubat gigi pun sama juga. Tu dia anak kolin si Alisa Maisara punyalah happy siap posing dengan koleksi dari KODOMO LION.



NAK TAHU BAGAIMANA CARA PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

NAK TAHU BAGAIMANA CARA PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

Assalammualaikum korang semua, semoga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja ye. Kolin rasalah korang mesti tak tahu bagaimana pengagihan zakat di Wilayah Persekutuan. Sebab apa ramai tak tahu, sebab ramai yang malas nak ambil tahu. Kalau bab menghukum netizen memang terer, tapi nak sebarkan memang tak ada. Buat yang nak tahu, yang memang tinggal di Wilayah Persekutuan dan rasa nak menolong jiran, sahabat yang nak tahu boleh lah baca seterusnya ok. 

Kalau korang nak tahu MAIWP yang menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan tau. Iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bukan satu Malaysia ye, itu kita kena faham lahkan. Kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan yang mengagihkan zakat dilaksanakan oleh MAIWP sendiri. 

Buat yang ada persepsi negatif, yang mana kata MAIWP tak pernah agihkan zakat dengan betul tu, marilah kolin cerita lagi ya. Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu masyarakat asnaf daripada segala asperk merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukanlah bulan-bulan terpilih tau. Sepanjang tahun untuk yang memerlukan, iaitu Asnaf.