Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RESIPI: Mentarang Tumis

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa yang suka makan mentarang? Kolin sejak mengenali makanan ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga lah kan. Mentarang ni biasa sebelah Utara sahaja, tapi kini korang boleh dapatkan di sebelah Kuala Selangor. Itu yang baru-baru ini, disebabkan teringin, kolin minta la kawan belikan 2 kilo. Tak lah banyak mana bila dah dibersihkan tapi happy laa dapat makan. 




Youtube Channel Alialisakreatif #MamaMilo

Assalammualaikum & salam sejahtera 

Yeayyyy... Mulanya malu dan takut-takut sangat. Tapi rasanya pilihan kolin tak salah. Membuka channel youtube sendiri dan sekarang bolehlah tahan. Ini semangat kolin dapat dari keluarga dan rakan-rakan selepas Milo Malaysia memilih social experiment yang kolin lalui melalui kempen MAMA KEMBALI KE SEKOLAH. Dari situ kolin semangat sangat nak buat video sendiri. Cuma kolin masih amatur dalam bab ni dan masih lagi mencuba nak edit lawa-lawa tau. Nanti dah expert, lagi best Insha Allah, korang jangan lupa doakan kolin ye. 

Salam Hari Jumaat 23 Februari 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar korang semua? Saja lah nak cerita sedikit  hari ini. Tak faham sebenarnya, kenapa lah susah sangat nak permudahkan urusan orang lain. Kadang kala, kolin perhatikan kita ni sengaja membesar-besarkan masalah kan. Kalau lah ada penyelesaian mudah, kenapa tak diselesaikan sahaja. Lagi parah, kalau masalah tu kecik, diperbesar-besarkan sampai menyusahkan individu lain. Padahal kita ni tahu, perkara ini remeh dan boleh diselesaikan dengan cara paling mudah. Pelik tau...pelik sangat...


KONGSI: Nikmati 18% pulangan tunai bersempena KEMPEN HARI GAJI SHOPEE

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari gaji weii...dari 26 sehingga 28 Februari, laman platform membeli belah terkemuka di Malaysia bakal mengadakan KEMPEN HARI GAJI SHOPEE. Kenapa kolin kata best sangat, sebabnya time gaji lah kita shopping kan hahahah. Jadinya dalam tempoh tarikh tu korang boleh shopping dan dapat kembali pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee. Bagi setiap pembelian RM1, yang suka shopping tu bakal menerima 18 syiling yang memberikan lebih ganjaran dan jua penjimatan. Mana yang gaji awal tu, tak simpan tepi, gigit jari haha

FAMILY: Aktiviti kami ' Ali's Family' sepanjang cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2018

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mesti korang ni, ramai yang balik kampung atau bercuti masa cuti panjang Tahun Baru Cina bebaru ni kan. Kami sekeluarga 'Ali 's Family' memang dah berhenti ke mana-mana kalau cuti CNY, serik wei. Serik jem, makan dan nak ke toilet pun payah kalau masa cuti panjang ni. Jadinya kami lah warga KL yang duduk di KL yang memang lenggang sebab ramai warga kota balik kampung dan bercuti. Kolin memang tak gemar bercuti time cuti sekolah atau cuti perayaan ni. Pening kepala wei...tunggu holiday kami sekeluarga pada bulan Mac nanti. Tak sabar nak holiday sesama 💕

Makan Besar  


KONGSI: TEATER JALANAN- PENTAS UJIAN BUAT PELAJAR OGY'S CENTERSTAGE & ACADEMY

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa lah kat Malaysia ini yang tidak kenal dengan Seniwati terkenal tanah air iaitu Seniwati Fauziah Ahmad Daud.  Seniwati ini kan  terkenal dengan minat yang mendalam terhadap dunia seni dan kini beliau telah pun berkongsi dengan seisi masyarakat tau. Melalui Ogy's Centerstage & Academy, beliau akan menganjurkan 'Street Theatre Carnival' atau dalam bahasa melayu yang senang difahami adalah Karnival Teater Jalanan. Karnival yang bakal di adakan pada 3 & 4 Mac 2018, di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara.