Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Crumble white and gold

Assalammualaikum
 
baju ni milik cik peja..peja gedik nak pakai pergi kenduri on 6 januari 2013 nanti. so aku pun siapkan lah. demi nak memenuhi design baju ini aku ikut kan warna gold dan putih sebab dah ada kat top leher baju jubah moden ini. dan design pun nak enhance sikit badan cik peja yang keding tu hahah..jangan marah haa peja..
 
anyway harap ko meletups la pakai jubah ni nanti..jangan ko pergi kenduri kawen tu orang ingat ko pengantin sudah..semoga puas hati yeee
 
tima kaseh bagi kolin peluang cari duit anak anak sekolah...
thank you..thank you..thank you
 
 
 
 
 


menyampai

Assalammualaikum

memang tak boleh nak diterima ngan penyampai. Kadang kadang tu kalau kita nak sampaikan cerita kat orang lain, tolong laaaaa dengar dari pangkal ke hujung then baru bercerita. Akibat sampaikan cerita yang dicuri dengar..semalam tak pasal pasal orang naik suara. Dan sekali lagi aku bukan budak sekolah yang sesuka hati nak awak marah depan orang lain. 

its really unforgiveable...
anyway periksa dulu, sebelum 'naik hantu' dan put the blame on the other person. aku tau ko tak suka aku..personally aku pun tak suka kau. tapi kita masing masing masih perlu menghormati "border" yang ada. tak pernah terlintas nak menaikkan suara dan memalu awak di depan orang lain. tapi tergamak sangat awak bersikap sebegitu. ini semua sikap!

sikap yang berlagak dan ego..PIC kan..so kuasa di tangan awak. Semoga Allah SWT tunjukkan dan terangi mata hati awak tu sebelum bersikap demikian di lain hari. Percaya lah..kalau awak beribadat sebanyak mana pun, tapi hubungan antara manusia ini awak tak jaga. Tak kemana pun..

Kepada si mulut penyampai...saya rasa ramai orang yang awak kene minta maaf. Sebab semalam ramai juga terasa bila si dia berkelakuan sedemikian. Dan kolin tak boleh berdiam diri sebab this is really bothering me!! Sebab sangat sangat biadab!!




yelling and raising voice at people is really showing unprofessional u are!





cendawan kukur

Assalammualaikum
kolin memang suka giler makan cendawan sisir atau cendawan kukur ini. entri kali ini adalah entri kedua, betapa aku mengambarkan aku suka sangat lah cendawan kukur ini. cendawan kukur ini boleh di dapati di batang pokok getah kalau musim hujan yang berterusan. dan pada musim hujan ini kolin dapat beli kat kawan kolin yeay..besar besar sangat..for sure makan sangat sedap..dan pilihan aku tentunya masak lemak cili api cendawan kukur.

ok cara cara masak cendawan kukur ini..buat sekian kali nya:

cendawan ini direndam di dalam air dan dibubuh garam untuk menghilangkan habuk kayu dan membersihkan nya.
amik cili api ikut kesukaan masing masing nak pedas mana
amik kunyit hidup dalam 3 cm

kedua dua cili dan kunyit itu ditumbuk bersama

panaskan periuk dengan sedikit minyak
apabila dah panas sikit, masukkan cili dan kunyit yang telah ditumbuk tadi
tumis sebentar...lepas dah tumis tumis tu
amik lah daging atau ikan bilis yang telah ditumbuk masukkan jugak
kalu takde tak payah...

lepas tu masukkan santan dan biarkan dia panas seketika..
masa tu kuah tu memang dah kuning cantek..kalu tak cantek masukkan kunyit serbuk sikit lagi dan jangan lupa garam secukup rasa..

bila dah mengelegak sikit..masukkan cendawan kukur yang telah dibersihkan tadi ...dan masak sehingga cendawan itu layu dan masak...

bila dah siap..amik nasi putih makan!!! faham ~


kesedapan lauk di dalam periuk tanah ini tidak boleh disangkal lagi ye..

jemput jemput hahahhaha

gambo passport

assalammualaikum

korang ingat tak dulu, kalu nak tangkap gambo pasport mesti kene p foto zzoom atau kedai gambar cina lama lama. dan pastinya gambar pasport tak pernah yang cantek ok..puas aku posing camner pun..huduh aje gambo aku. stress ok!!

anyway sekarang semua dah canggih, so gambo passport di 'enhance' kan oleh beberapa kepakaran orang orang disekeliling aku..nak dijadikan cerita. satu hari opis aku gempar semua nak gambar pasport nak buat apa ntah..lupa aku. So kami pun kata..malas laa nak p foto zzoom bukan lawa pun nanti gambar aku hihih. Sekali kawan aku si sufia hafizah (dia ni memang kepala sengal alam sikit) kata.."ok jum p pantry, aku bukak foto zzoom" haa kooooo

kami ni semua pergila pantry opis, terlupa yang pantry opis punya partition tu memang warna biru air. Sufia letakkan kerusi dan suruh kami duduk, dengan selamba dia pun snap gambar lepas seorang sorang dan sorang..aku memang confuse..
sekali bila dah print ...wah lagi lawa dari foto zzoom ahh..kerlass ko sufia hafizah mohd zuki!!!

Disebabkan idea kreatif ko sufia...aku snap gambo pasport kali ini dengan tujuan mencari tempat baru. Tempat mencari rezeki yang baru bagi mengembangkan otak aku..doakan aku dapat lah kerja ini..so inilah gambar pasport aku yang digunakan untuk meminta kerja baru. Semoga dapat memikat hari para juri dan panel nanti...jeng jeng jeng


amazing kan..duk kat pantry..dpat gambo macam ni. tima kaseh kat cik tiramisu atas pengunaan hp samsung ko yang canggih tu hihih. kolin berharap ngan gambor yang super lawa ni aku dapat lah kerja baru hahahha...dan sufia hafizah...thk you so much!!

doakan ye kawan kawan..kata DMFK doa kawan kawan mustajab!!

 

ali imran bin sazali -happy birthday!!

Selamat ulangtahun kelahiran anakku
 
sepanjang 9 bulan kau ku kandungkan..
peristiwa terindah yang terjadi di dalam hidupku
anak yang selama ini di dalam kandungan akan ku temukan..
 
26.12.2006 akhirnya penantian ku dileraikan
doa kami suami isteri dimakbulkan..anakku ali imran
anak lelaki ini telah mengubah segala galanya
segala yang ku ada kini hanya untuk ali imran...
 
kini 26.12.2012...anak sekecil 2.85kg ini telah pun berumur 6 tahun
dan pada hari ini kami berbangga mempunyai anak semanis ali imran..
semoga ali imran berbahagia dan ceria selalu
dimakbulkan cita cita mu anakku..
 
happy birthday ali imran!
 
nanti malam kita potong kek sama sama yer..
love you!
 
 

Dinner di TESCO Extra Selayang

Assalammualaikum

aku memang pemalas..pemalas yang amat sangat apabila mendapat gaji plus bonus hahaha. So jum kita ramai ramai pergi makan di luar ye. Decided ke tesco so pergi lah food court memandangkan di sini yang best cuma ada KFC hado. 

So bila pergi foodcourt anak anak dah sibuk kesukaan nak main playgym yang ada. RM5 seorang tiada limit bermain, erti kata lain bole main sampai lebam. So memudahkan mereka ini kami pun benarkan lah kedua beradik ini bermain di dalam playgym. Sementara itu kolin dan hubby memilih menu makan untuk dinner kami.




Masa memilih milih kolin terus terpikat nak order nasi ayam. Sebab di tesco extra selayang ini, nasi ayam yang dihidangkan adalah pelbagai dan kita bole pilih. Nak ada sayur, nak ada cendawan, nak ayam macam mana semua ada..ada dekat 10 pilihan nasi ayam untuk dipilih lah kiranya.

nasi ayam yang sedap ini berharga RM6.90 sahaja

Dan hubby kolin memilik steak, tapi malangnyer steak tu hanyalah sekeping daging nipis yang sedih rasanya..sangat tak berbaloi. Dan untuk air, kami pilih air coke cincau dan air float yang sedap. Gambar lupa snap..tapi serius float tu vanila yang sedap bangat.

kepada sesiapa yang lapar dan dalam perjalanan di kawasan selayang ini boleh lah singgah untuk makan malam. Disebabkan kawasan ini terkenal dengan jem kan..so boleh jugak kalu nak cuba food court di tesco extra selayang ini. Semua ada...selamat mencuba




p/s: my nuffnang increasing to RM1.05 now...xoxo