Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUFFET RAMADAN DI SACC BERKONSEPKAN MUHIBBAH - BUFET RAMADAN 2024

Seperti tahun terdahulu, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), kembali dengan tradisi Bufet Ramadan yang bertemakan 'SELERA ORANG KITA' bermula dari 14 Mac sehingga 7 April 2024.

SACC menampilkan kepelbagaian juadah dan hidangan berkonsepkan muhibbah sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia yang hidup bersama dengan percampuran budaya dan pelbagai kaum etnik sejak beberapa generasi yang lalu. 

'mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih 'Selera Orang Kita' dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet ramadan kali ini, ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd. 


I'DAHLIA CORNER BAWAKAN IFTAR DI TAMAN DAHLIA PADA HARGA RM59 SAHAJA

Assalammualaikum

Berita baik buat semua warga Lembah Klang yang masih mencari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama teman dan keluarga tersayang. I'Dahlia Corner yang terletak di dalam kawasan kejiranan KLCC yang selalu menjadi tumpuan warga tempatan dan juga pelancong, tampil sekali lagi tahun ini dengan bufet ramadan dengan harga rahmah.


Tahun ini sekali lagi I'Dahlia Corner menganjurkan bufet bagi berbuka puasa dengan  tema IFTRA DI TAMAN DAHLIA bagi memeriahkan kedatangan bulan Ramadan yang bakal bermula dari 12 Mac 2024 sehingga 6 April 2024. 

DESTINASI RASA DI MARDHIYYAH HOTELS & SUITES - BUFET RAMADAN 2024

Mardhiyyah Hotel & Suites sekali lagi menjemput tetamu merasai juadah berbuka puasa yang menyelerakan. Dengan bertemakan 'Destinasi Rasa", alamilah perjalanan kulinari dengan pilihan hidangan antarabangsa serta tradisional Melayu Asli.

Nikmati lebih 50 pilihan menu 'Destinasi Rasa' termasuk hidangan istimewa bufet seperti smoke hickory roasted whole lamb, tulang merah Singapore roti paun, bubur lambuk dating rusa dan gulai padang urat keting. Daripada pembuka selera hingga hidangan pencuci mulut, tetamu boleh menikmati Briyani Kambing Johore, Stir Fried Szechuan Chicken with Dry Chili, braised australian lamb kuzi, arabian chicken kabsah with salatahara, gulai cumi pedas padang, chinese style steam tofu with crispy dry shrimp & garlic dan banyak lagi. 

BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024

 

Bisikan Syawal Bahari Asyek 2024

Hadir dengan koleksi terbaru bertemakan BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024! Setelah melewati masa-masa sukar sepanjang pandemik Covid-19, Bahari Asyek  kini bersemangat untuk kembali ke dalam dunia fesyen dengan memperkenalkan koleksi terbarunya. 

 

Perjalanan Bahari Asyek (BA)

Pada tahun 2020, BA mengadakan pertunjukan fesyen secara solo hanya tiga hari sebelum ‘Lock Down PKP 1 Covid-19’. Ujian ini datang tanpa perancangan, melanda premis perniagaan dan organisasi lain yang juga terkesan oleh wabak ini.

Demi memastikan kelangsungan perniagaan dalam era ‘Post-Covid’, mereka terpaksa mengecilkan operasi dan bilangan pekerja dengan berpindah ke lokasi baru di Emira Residence & Retail Outlet, berdekatan dengan AEON Mall di Seksyen 13, Shah Alam.

 


BUFFET RAMADAN - "WARISAN IBUNDA' DARI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM, SELANGOR

 Assalammualaikum semua

Sudah menjadi tradisi Concorde Hotel, Shah Alam mengedarkan bubur lambuk buat warga Shah Alam. Saban tahun aktiviti ini tidak pernah dilupakan. 

EDARAN BUBUK LAMBUK PERCUMA 

Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, sekali lagi bubur lambuk diedarkan kepada semua secara PERCUMA. Disediakan oleh chef berpengalaman, bermula jam 7.00am sebanyak 200kg beras dan pelbagai bahan masakan digunakan bagi menyediakan bubur lambuk yang enak. Sebanyak 6,000 bekas bubur lambuk diedarkan untuk semua yang 'drive tru'. 

 

MALAM INTIM BERSAMA FABIO ASHER & AIZAT AMDAN


Tanjak Adventure & Tour (Tanjak Global) kembali dengan perancangan 2024 dengan penganjuran konsert ‘An Intimate Night With Fabio Asher and Aizat Amdan’ , menampilankan gabungan dua penyanyi hebat yang tidak asing kepada para peminat muzik pop Malaysia dan Indonesia. Ianya akan diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada 24 Februari 2024 bermula jam 8:00 malam.

 


Ini merupakan kali pertama Fabio Asher dan Aizat Amdan bertemu dan berkongsi pentas yang sama. Walau bagaimanapun, kedua-dua artis sudah mula bekerja untuk menyampaikan hanya pertunjukan terbaik untuk peminat mereka.