Bisikan Syawal Bahari Asyek 2024
Hadir dengan koleksi terbaru bertemakan BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024! Setelah melewati masa-masa sukar sepanjang pandemik Covid-19, Bahari Asyek kini bersemangat untuk kembali ke dalam dunia fesyen dengan memperkenalkan koleksi terbarunya.
Perjalanan Bahari Asyek (BA)
Pada tahun 2020, BA mengadakan pertunjukan fesyen secara solo hanya tiga hari sebelum ‘Lock Down PKP 1 Covid-19’. Ujian ini datang tanpa perancangan, melanda premis perniagaan dan organisasi lain yang juga terkesan oleh wabak ini.
Demi memastikan kelangsungan perniagaan dalam era ‘Post-Covid’, mereka terpaksa mengecilkan operasi dan bilangan pekerja dengan berpindah ke lokasi baru di Emira Residence & Retail Outlet, berdekatan dengan AEON Mall di Seksyen 13, Shah Alam.
Selama dua tahun berturut-turut, dari tahun 2022 hingga 2023, BA telah bekerjasama dengan CIMB serta beberapa pereka fesyen tempatan untuk menganjurkan ‘Fashion Show’ melalui platform CIMB.
Oleh itu, pada tahun 2024 ini BA kembali dengan rutin tahunannya untuk mendekati peminat dan pelanggan khususnya melalui persembahan BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024.
Penampilan BA kali ini diharapkan dapat mengubati kerinduan peminat terutamanya para penggemar Busana Tradisional Melayu secara umum.
Mengapa Bisikan Syawal?
Tema “Bisikan Syawal” dipilih untuk menarik minat dan perhatian masyarakat terhadap koleksi fesyen raya sebelum tiba bulan Ramadan. Konsep “bisikan” di sini merujuk kepada menyebarkan cerita dan memperkenalkan busana tradisional Melayu dengan gaya yang unik.
Mengetengahkan Warisan Budaya
Pn Zahalina, pemilik BA, menegaskan pentingnya untuk mengekalkan dan mengetengahkan warisan budaya Melayu melalui busana tradisional. Beliau percaya bahawa penghargaan terhadap warisan budaya ini penting bagi membentuk identiti dan kesedaran diri bangsa.
Kelebihan BA dalam Industri Fesyen
BA mempunyai kelebihan dalam industri fesyen dengan menawarkan fabrik eksklusif yang diimport dari luar negara. Ini memberikan peluang untuk memperkenalkan corak dan jenis fabrik yang jarang terdapat di pasaran tempatan, serta menawarkan pilihan yang unik kepada pelanggan.
Misi dan Konsep BA
BA terus mengembangkan misi untuk mengangkat dan mengekalkan busana tradisional Melayu dengan koleksi-koleksi yang menggabungkan unsur warisan dan konsep moden. Dengan penggunaan fabrik yang dipilih secara teliti, BA menyampaikan nilai-nilai warisan budaya Melayu melalui setiap rekaan fesyen.
Keindahan & Keunikan Buasana Tradisional Melayu
Dengan koleksi-koleksi terbaru ( 18 rekaan baru) untuk musim raya 2024, BA terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan mengembangkan warisan budaya Melayu melalui industri fesyen.
Melalui tema Bisikan Syawal Bahari Asyik mengajak masyarakat untuk menghargai keindahan dan keunikan busana tradisional Melayu dalam menyambut musim perayaan yang penuh bersejarah.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you