Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUFFET RAMADAN DI SACC BERKONSEPKAN MUHIBBAH - BUFET RAMADAN 2024

Seperti tahun terdahulu, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), kembali dengan tradisi Bufet Ramadan yang bertemakan 'SELERA ORANG KITA' bermula dari 14 Mac sehingga 7 April 2024.

SACC menampilkan kepelbagaian juadah dan hidangan berkonsepkan muhibbah sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia yang hidup bersama dengan percampuran budaya dan pelbagai kaum etnik sejak beberapa generasi yang lalu. 

'mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih 'Selera Orang Kita' dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet ramadan kali ini, ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd. 


'Award Winning Chef SACC" yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidanga tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. 

Menu utama yang sering menjadi tumpuna pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Mee Kari Nyonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC, ujar Azlina lagi ketika ditemu bual di Majlis Prebiu Buffet Ramadan SACC yang lalu. 






SACC juga menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati, antaranya apam balik SACC, air kathira power, loh shi pun, teppayanki & kakiage tempura, aneka goreng-gorengan, sup periuk, rojak pasembor dan banyak lagi.


Bagi kelainan tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberli peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan bufet ramadan di SACC dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159 sahaja. 



Selain daripada itu, anak syarikat SACC Food Chain Sdn. Bhd. turut menyediakan khidmat tempahan hamper raya dan aneka biskut raya yang boleh dibawa pulang sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang atau sebagai hadiah korporat bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 

Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/ iaitu promosi pembeliaan awal RM98++ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 12 tahun manakala 7 tahun ke bawah adalah percuma. 

Bagi pelanggan korporat SACC, pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermuladari RM110+ lengkap dengan pengunaan ruang dewan khas, kemudahan skrin LED, pentas mudah alih, kemudahan PA sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati. 

Bagi sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang pakej korporat SACC, sila hubungi pegawai jualan SACC di talian 03-55118858/0132502858.


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you