Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUFFET RAMADAN - "WARISAN IBUNDA' DARI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM, SELANGOR

 Assalammualaikum semua

Sudah menjadi tradisi Concorde Hotel, Shah Alam mengedarkan bubur lambuk buat warga Shah Alam. Saban tahun aktiviti ini tidak pernah dilupakan. 

EDARAN BUBUK LAMBUK PERCUMA 

Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, sekali lagi bubur lambuk diedarkan kepada semua secara PERCUMA. Disediakan oleh chef berpengalaman, bermula jam 7.00am sebanyak 200kg beras dan pelbagai bahan masakan digunakan bagi menyediakan bubur lambuk yang enak. Sebanyak 6,000 bekas bubur lambuk diedarkan untuk semua yang 'drive tru'. 

 

"WARISAN IBUNDA" - BUFFET RAMADAN

Untuk promosi berbuka puasa atau Buffet Ramadan 2024, tema WARISAN IBUNDA menjadi pilihan. Hidangan masakan tradisional yang biasa disediakan oleh bonda di rumah menjadi pilihan komuniti di Shah Alam. 



Lauk berbuka puasa dihidangkan hampir 100 jenis. Antaranya kari kepala ikan jenahak, telur ikan merah goreng berempah, paru goreng sambal, sotong masak lemak belimbing buluh, kambing panggang dan banyak lagi. 

EARLY BIRD VOUCHER

Buat yang ingin mendapatkan harga promosi boleh mula membeli awal sehingga 11 Mac 2024 pada harga RM125 nett. 

Untuk promosi istimewa bagi 3 hari awal puasa iaitu 12 Mac - 14 Mac 2024 dan 3 hari terakhir 7 - 9 April 2024 sama juga harga iaitu RM125 nett untuk dewasa dan RM65 nett untuk kanak-kanak. 

HARGA BUFFET RAMADAN - WARISAN IBUNDA

Untuk tarikh 14 Mac sehingga 6 April 2024 harga adalah seperti berikut:

RM149 nett dewasa

RM75 nett kanak-kanak 5 - 12 tahun

RM115 nett untuk warga emas

BUFFET SAHUR

Concorde Hotel Shah Alam, juga menawarkan buffet sahur untuk semua. Harga yang di berikan ialah RM66 nett untuk dewasa dan RM33 nett untuk kanak-kanak. Ianya bermula jam 3.30 pagi sehingga waktu imsak.

HARI RAYA BUFFET HI TEA

Bagi yang beraya di Shah Alam dan inginkan kelainan korang boleh beraya bersama pada hari pertama dan kedua lebaran Buffet Hi Tea pada harga RM95 nett dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak (5-12 tahun)

Untuk pertanyaan lanjut mohon hubungi 03-55208000

Bagi yang ingin melepaskan lelah dan menginap di hotel semasa bulan Ramadan, promosi bilik pada harga RM188 nett (room only) dan RM228 nett with breakfast bagi yang bukan beragama islam atau buffet sahur buat yang beragama islam.

Jangan lupa dapatkan voucher buffet ramadan dari CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you