Assalammualaikum
Berita baik buat semua warga Lembah Klang yang masih mencari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama teman dan keluarga tersayang. I'Dahlia Corner yang terletak di dalam kawasan kejiranan KLCC yang selalu menjadi tumpuan warga tempatan dan juga pelancong, tampil sekali lagi tahun ini dengan bufet ramadan dengan harga rahmah.
Tahun ini sekali lagi I'Dahlia Corner menganjurkan bufet bagi berbuka puasa dengan tema IFTRA DI TAMAN DAHLIA bagi memeriahkan kedatangan bulan Ramadan yang bakal bermula dari 12 Mac 2024 sehingga 6 April 2024.
I'Dahlia Corner
Dikenali dan terkenal dengan keenakkan masakan tradisional Melayu, seolah-olah masakan air tangan ibu di rumah sendiri. Memberikan lebih 30 jenis lauk pauk dan hidangan juadah 'ala kampung'.
Antara juadah berbuka puasa yang bakal buat korang terliur ialah Sup Daging Dahlia Meletop, Masak Lemak Cili Api Siput Sedut, Ikan Bakar Bersambal, Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Udang Petai, Ikan Keli Berlado, Kari Ayam dan bermacam jenis lauk kampung kampung untuk semua peringkat usia.
Harga rahmah pada RM59 sahaja
Pengunjung yang datang boleh menikmati semua lauk pauk dan hidangan bufet ramadan I'Dahlia Corner pada harga RM59 (Dewasa & Warga Emas) manakala RM39 sahaja buat kanak-kanak.
Tampil dengan konsep taman, pengunjung dapat menikmati suasana berbuka puasa dengan nyaman dengan dihiasi bunga-bungaan yang indah.
Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu dendangan dari 'buskers' semasa berbuka puasa.
Ruang makan yang luas dan jangan risau surau bagi kaum adam dan hawa juga disediakan.
Untuk tempahan sila hubungi 012-3526397 dan 017-9913907.
Sedapnya menu.
ReplyDelete