Mardhiyyah Hotel & Suites sekali lagi menjemput tetamu merasai juadah berbuka puasa yang menyelerakan. Dengan bertemakan 'Destinasi Rasa", alamilah perjalanan kulinari dengan pilihan hidangan antarabangsa serta tradisional Melayu Asli.
Nikmati lebih 50 pilihan menu 'Destinasi Rasa' termasuk hidangan istimewa bufet seperti smoke hickory roasted whole lamb, tulang merah Singapore roti paun, bubur lambuk dating rusa dan gulai padang urat keting. Daripada pembuka selera hingga hidangan pencuci mulut, tetamu boleh menikmati Briyani Kambing Johore, Stir Fried Szechuan Chicken with Dry Chili, braised australian lamb kuzi, arabian chicken kabsah with salatahara, gulai cumi pedas padang, chinese style steam tofu with crispy dry shrimp & garlic dan banyak lagi.
MENU BUFET RAMADAN
Menu bufet turut menampilkan nasi kandar, kari ikan tenggiri, ayam masak madu, daging hitam manis, ketam goreng berempah, penang asam laksa, nyonya curry laksa, sup pekat tulang kambing berempah dan sup ayam kampung berempah.
Hidangan bufet mewah dengan pilihan hidangan antarabangsa dan tradisional melayu seperti smoke hickory roasted whole lamb, assorted pasta, hot pizza, dim sum dan pau, selera sakura dan ayam percik pantai timur. Variasi pilihan stesen kawah-kawah antaranya daging tetel bersama umbut kkelapa dan lemak cili pagi itik bersama rebung. Kawah-kawah ini mesti dicuba. Turut disajikan menu bazzar hot sellilng seperti roti john, briyani ayam, pratha murtabak ayam, satay ayam dan satay daging yang menjadi kegemaran semua.
Bagi seleksi pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati ais kacang, bubur gandum pandan gula anau, red velvet, marble cheese cake, pandan tiramisu, carrot cake, kuih seri muka, kuih koley kacang, kuih talam pandan, bread & butter pudding, chocolate fountaion with fruit skewer yang pastikan melengkapkan keenakkan bufet berbuka puasa.
Bagi yang ingin mendapatkan ruang privasi atau private group, Mardhiyyah Hotel & Suites juga menyediakan dengan harga RM120 seorang. Bagi solat maghrib, isyak, tarawih dan subuh, para tetamu boleh ke ruang surau Al-Latifah di aras 4, imam jemputan pun ada.
Dapatkan harga early bird pada RM135 untuk dewasa bermula 9 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024. Bufet Ramadan 'Destinasi Rasa' membuka tirai pada 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024 di Restoran Royale Songket dengan harga RM165 untuk dewasa,RM120 untuk warga emas (60 tahun ke atas) manakala untuk kanak-kanak adalah RM100 bersih (5 hingga 11 tahun). Restoran Cina (halal certified) iaitu Tung Yuen Chinese Restaurant juga merupakan salah satu lokasi iftar bagi tahun 2024.
Untuk maklumat dan tempahan lanjut boleh hubungi sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui panggilan atau whatsapp 019-2736801, 019-2639801, 019-2757801 dan 019-2616847.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you