Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PELANCARAN CAHAYA FESTIRA'22, FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022

CAHAYA FESTIRA TEMA FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022

SACC MALL, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM & KOMPLEKS PKNS BANGI BERMULA DARI 16 MAC 2022 SEHINGGA 2 MEI 2022

SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahan dengan Festival Ramadan Selangor, menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri. 


Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA  merupakan festival tahunan yang direka khas khusus bagi menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam usaha membantu usahawan kecil, sederhana dan pengusaha tempatan. Ianya dikatakan Festival Ramadan terbesar di Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik. 

PELANCARAN RAMADAN MUBARAK IFTAR PLATTER DAN MUBARAK IFTAR NATE-BOX DI SELURUH CAWANGAN ME'NATE STEAK HUB

Bulan puasa bakal tiba dalam seminggu dua lagi kan. Oleh itu, kolin nak kongsi dengan korang antara tempat yang best dan berbaloi untuk berbuka puasa tahun 2022. Dah 2 tahun kita semua berbuka berpuasa secara tertutup disebabkan pandemik yang melanda satu dunia. Tapi bermula 1 April 2022 kita akan bertukar kepada fasa endemik dan kita semua bebas berbuka puasa di tempat kegemaran kita, tapi tetap mengikut SOP sedia ada sebab jangkitan kan masih ada. 


GUARDIAN MENANG BESAR DI ANUGERAH BERPRESTIJ, ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021

 

GUARDIAN MENANG BESAR DI ANUGERAH BERPRESTIJ,

ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021

‘JUALAN TERIMA KASIH’ TANDA PENGHARGAAN BUAT PELANGGAN

 

Komitmen yang jitu untuk

memastikan kepuasan pelanggan

dengan menyediakan produk

berkualiti pada nilai hebat dan

keupayaan untuk menggerakkan

perniagaan bersesuaian dengan

persekitaran pasaran yang mencabar

dan pantas berubah adalah antara

sebab Guardian Malaysia telah

dipilih sebagai Peruncit Nombor

Satu oleh pengguna di Malaysia di

dalam Anugerah Jenama Putra 2021

baru-baru ini.   


 

 

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai

Eksekutif Guardian Health and

Beauty Sdn Bhd berkata;

 

BAHARI ASYEK - PESONA WARISAN DI BAZAR SIBETURAHIM FASHION FEST CIMB preferred, SIME DARBY CONVENTION CENTRE

BAHARI ASYEK (BA) sudah pun memasuki tahun ke 15 di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan. 

Buat kali ini di tahun 2022, Bahari Asyek berkolaborasi dengan Konglomerat CIMB dengan tema 'Bazar Siberturahim' yang dianjurkan selama 4 hari bermula 3 Mac sehingga 6 Mac 2022 yang lalu.

Peluang yang ditawarkan tidak di sia-siakan oleh Bahari Asyek dan ternyata Fashion Fest kali ini memberikan satu sisi baru buat Bahari Asyek dalam memperkenalkan busana mereka di dunia korporat. Tahniah BAHARI ASYEK !


MURAD RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM BANTU ATASI MASALAH "DARK SPOT" PADA WAJAH

 Buat korang yang ada masalah 'dark spot' atau kesan tompok hitam pada wajah, kini ada produk yang best untuk korang cuba. RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM dari MURAD memang terbaik. Setanding dengan rawatan dengan doktor hasilnya tau. 

Bermula dari 1989 pakar Dermatologist dan Farmasi, Dr. Howard Murad telah merealisasikan Murad.Inc., produk moden pertama yang memberikan kesan klinikal kepada kulit wajah yang optimum.

Sebagai seorang pakar klinikal dalam penjagaan kulit wajah selama 30 tahun, Dr. Murad sentiasa memastikan masalah kulit yang ada tompok hitam atau dark spot ini dapat di atasi dan dikurangkan. Dr. Murad telah menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, selamat dan rawatan setanding rawatan pakar di klinik untuk kita semua. 

RAPID DARK SPOT CORRECTING

Tekstur yang ringan dan lutsinar ini sudah tentu memberikan penyerapan cepat pada kulit wajah. Kolin guna sendiri hampir 14 hari dan ternyata ianya membantu dalam mengatasi masalah tompok hitam atau dark spot yang telah kolin alami sejak sekian lama. 

 

PD LONDON BUS RETRO VILLAGE

 Assalammualaikum korang. 

Kali ini kolin nak berkongsi pengalaman kolin tidur satu malam di tempat baru viral di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Nama tempat penginapan kolin sekeluarga buat 1 malam ialah 

PD LONDON BUS RETRO VILLAGE.

Tempat ini betul-betul bersebelahan dengan Teluk Kemang. So kalau korang menginap sini nak berjalan kaki petang atau pagi untuk exercise memang boleh. Jalan aje tepi pantai tu, terus sampai ke Teluk Kemang. Kalau kat situ kan banyak jualan makanan atau kain baju untuk korang buat kenangan. Tak perlu nak drive lah, kalau teringin nak lepak Teluk Kemang. 

HAPPY BIRTHDAY MAMA !

 Assalammualaikum semuaaaa

Kali ini nak berkongsi pasal cerita "ratu" dalam hidup kolin. Dia lah cahaya menerangi hidup kolin, banyak jasa dia tak terbalas sampai mati. 

Sebenarnya birthday mama kolin 18 February. Tapi disebabkan pada masa tu kakak kolin po+ covid19, satu rumah perlu kuarantin. Jadinya kita postpone lah sampai dapat sambut 26 Februari yang lalu.



Sambutan secara sederhana sahaja di UAK Cafe dekat PJ tu. Elok pulak ada satu ruang siap gantung belon Happy Birthday kat situ. Memang kena lah nak menyambut besday girl kan.