Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SAMBUTAN TAHUN BARU DI WARONG CHE SENAH

Dah nak hujung Januari, baru teringat nak share tempat makan viral yang terletak area Kampung Bharu atau lebih tepat dekat dengan Menara DBKL yang kat Bandar Wawasan tu. Kolin nak sambut new year tu tak tahu nak pergi mana, sekali kawan opis suggest ke sini sebab view KLCC. Nahh...dengar view macam tu terus gelinjat lah ajak laki dan anak-anak pergi. Masa tu belum PKP, makan semeja dah boleh sekeluarga. Tu ambil kesempatan lah. Dari rumah ke tempat tu dekat aje, tak jauh mana rupanya. Dan rezeki kolin memang tak jem langsung jalan. Dinner tahun baru tapi bukan lah pergi jam 12 malam tu, pergi awal hehehe. Malas nak bersesak dengan bebudak muda. 



Masa sampai tu terkejut tengok punya lah ramai umat manusia. Beratur lagi, adeiiii! Memula nak give up aje blah, tapi anak-anak kata jom mami, kita tunggu. So ikutkan anak-anak, kita tunggu sampai dapat table. Tak lah dapat table best. Dapat table sebelah dalam tak nampak view apa pun hahahaha. Tapi meriah. 



Konsep warung che senah ni ala-ala food court yang banyak jualan. Pelbagai hidangan yang korang boleh pilih. Dari Malaysia, Arab, Indonesia dan Western pun ada. Korang duduk aje,nanti mereka akan ronda bagi menu nak makan apa. Kolin terpikat dengan makanan arab sebelah meja kolin. So order situ aje lah. Alisa dan Ali Imran suka western. Ikut selera memasing, kalau nak ala-ala shell out pun ada. Cuma masa tu kolin tak ada nafsu nak shell out heheh. 



REVIEW 

Well tempat ini memang menarik. Tapi lokasi tengah bandar dan nak cari parking agak mencabar minda sikit lah. Siapa orang KL tau lah nak cilok parking mana kan. 

Sendat sebab ramai orang. Tapi bijak sebab dia buat 2 tingkat. Haa..kalau duduk belah atas macam best view dan hipstur suasana. Bebudak muda memang suka lah, kami remaja purba suka juga. 








Makanan pula ada pelbagai. Yang kolin order makanan arab tu memang sedap. Tapi western out gilo!! Menjual tangkap muat aje. So nasib lah korang kalau ke sana order apa, banyak gerai kan. Ikut lah selera memasing. 

Harga pula okay-okay sahaja. Ada yang mahal, ada yang patut-patut. Tapi KL ni biasa dah harga macam tu. 

Nak pergi sekali nanti lepas tamat PKP, pergi lah. Best suasana dia, ingat masa new year tu ada buskers, tapi tak ada. Musik pun tak pasang,kalau ada mesti lagi meriah tempat ini. 

Kalau korang ada tempat lain yang hipstur kat KL yang belum pernah kolin cuba, komen bawah okay. Kita kongsi sesama tempat makan menarik di Kuala Lumpur. Sekian lah kisah kami sekeluarga 'sambutan tahun baru di warong che senah'

terima kasih sudi baca blog !!

2 comments:

  1. Nampak macam menarik jer menu-menunya. Bolehlah try nanti-nanti

    ReplyDelete
  2. Meriah eh warungnya. Suka tengok lampu-lampu tu

    ReplyDelete

loving me..loving you