Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN DI NASI BAMBOO SG. KLAH

Semuanya kebetulan bila balik kampung hujung Disember 2020. Jalan highway jem teruk, terus buka waze suruh ikut masuk ke Sungkai gunakan jalan lama untuk ke Ipoh. So kami pun masuk dan teruskan perjalanan. Jam menunjukkan jam 11 pagi dan memang kami semua dah lapar. Sambil bawa kereta tengok kiri kanan jalan apa yang boleh kita cuba makan. Kalau boleh memang nak tempat yang simple dan tak sesak. 

NASI BAMBOO SG. KLAH



Tiba-tiba nampak kedai ini, pernah dengar tapi belum pernah cuba. Disebabkan jam 11 pagi, orang tak ramai, parking pun banyak. Kami terus parking di depan kedai dan jalani SOP seperti biasa. Tempat duduk pun banyak lagi. 

KONSEP AMBIL DAN BAYAR TERUS 

Di sini mereka siap cedok lauk letak dalam bekas. So kita ambil sahaja dulang dan terus letak dalam dulang lauk apa yang mahu. Siap harga dan korang boleh ikut bajet korang. Boleh dikatakan banyak pilihan lauk pauk kampung. Kalau teringin ulam-ulaman dan sambal pun ada pelbagai pilihan. 





Kalau nak daging bakar, ikan bakar atau kambing bakar pun ada juga. Kedai mereka besar, kuih muih, aiskrim dan buah-buahan pun ada. Nasi bamboo tu mereka kukus, dan boleh beli berapa banyak yang korang nak makan. Tapi buluh tu mereka ambil balik untuk recycle. So jangan bawa balik hahahaha



Menjelang jam 12 tengahari, orang mula ramai. Geng motorsikal dan basikal memenuhi ruangan kedai. Kami cepatkan habis semua hidangan dan terus ke kereta semula. 

REVIEW NASI BAMBOO SG. KLAH



Semua biasa sahaja pada kolin, kedai lain pun ada jual lauk pauk yang sama. So tak tahu nak bagitau korang mana satu 'killer menu' mereka. 

Tapi tandas dan tempat mereka bersih, semua tersusun atur dan rasanya sesuai untuk seisi keluarga. 

Harga agak tinggi pada pendapat kolin, sebab kawasan kampung sudah tentu ulam-ulaman boleh didapati lebih murah atau mungkin kolin aje perasan mahal kut. Orang lain rasa berpatutan rasanya. 

Kalau nak bagi rating, memang boleh 4/5 bintang, Insha Allah datang lagi. Tempat menarik, bersih dengan tarikan nasi bamboo kukus tu memang buat orang ramai tertarik. 

Siapa yang belum pernah cuba, boleh lah pergi nanti ya. Singgah laa, kalau dalam perjalanan ke Utara tu. Mana tau selera kita berlainan kan. Kalau kolin kata biasa, korang kata sedap gilerrrr...haaa kann

Semoga kedai ini terus sukses dan maju dalam perniagaan mereka. Jangan lupa makan di NASI BAMBOO SG KLAH yaa

4 comments:

  1. Belum pernah cuba lagi. Nampak menyelerakan jer

    ReplyDelete
  2. Tahun 2018 adik ajak singgah situ tapi tak jadi.
    Tandas bersih tu yang best!

    ReplyDelete
  3. Nasi Bamboo ni masa mula-mula dibuka dulu signature dishnya Ayam Bunian (mcm ayam berempah yg ada serabut2 tu) tapi sekarang dah banyak menunya tapi part tandas bersih tu memang syok hehehe

    ReplyDelete
  4. *sy letak link blog sis kolin pada favourite list di blog sy ye hehehe

    ReplyDelete

loving me..loving you