Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SHOPPING MAKANAN SUNAH DI ARABIAN VILLAGE

Semua rindu nak ke tanah suci kan, lelagi kalau rindu nak makan kurma, kacang, manisan dan pelbagai lagi barangan yang teringat-ingat tu, tak perlu risau dah wei, korang terus sahaja shopping makanan sunah di Arabian Village, KL Traders Square Jalan Gombak. Maklumlah sekarang semua dah tak boleh menunaikan umrah. Jadinya terus aje beli kat sini. Boleh online dan offline juga. Masuk website www.arabianvillage.my terus boleh cari apa sahaja barang dari Arab yang korang teringin. Kalau nak ronda-ronda kedai dia boleh, alamat dia 95-G Block E, 289 Kuala Lumpur Traders Square, Jalan Gombak Kuala Lumpur. 



Madu 

Sebut pasal madu, memang sendiri terkesima tengok pelbagai jenis madu yang ada. Madu Sidr dari Yeman ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan sistem imuniti badan. 


Dah terbukti pun kan makanan sunah ini memang terbaik. Madu Only for Married antara yang dapat perhatian. Buat yang masih menunggu zuriat, boleh ikhtiar beli madu kat sini. Terbukti dah 10 tahun ramuan madu ini memberikan kesan positif tau. Itu yang laris jualan nya. Madu kesuburan itu diformulasi sendiri dan berkesan untuk pasangan yang sudah berkahwin. Lagi satu, wanita yang usia 40an ke atas sama kolin, sesuai amalkan untuk hormon wanita sendiri. Kalau nak untuk diabetic, usaha elak kanser dan pelbagai lagi pun ada. Memang ada dan kakitangan mereka sudi melayani segala persoalan korang. 







Kurma

Di Arabian Village ada hampir 50 jenis kurma samada kering dan basah. Kurma yang diimport terus dari Madinah, Palestin, Tunisia dan UAE. 



Tapi paling laris ialah Kurma Ajwa yang dikenali sebagai 'kurma Nabi' ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh beli kuantiti banyak dan sedikit jangan risau. Harga memang boleh buat korang suka hati. Poket tak rabak, kesihatan terjaga dan paling penting ini makanan sunah tau. Nak diet pun boleh lah tukar makanan sunah. 










Kekacang dan buah-buahan kering

Kalau korang nak tahu, semua kekacang yang ada di Arabian Village semua dipanggang sendiri. Mereka hasilkan sendiri untuk memenuhi kehendak pasaran di Malaysia.






So kalau selalu makan kudapan keropok, kerepek, boleh tukar kepada kekacang dan buah-buahan kering di sini. Lebih sedap, rangup dan segar. Sebelum beli, korang rasa lah satu atau dua, haaa...baru tau sedap sebelum beli sekilo dua kan. 

ROTI 'HOMEBAKED' 

Kalau homebaked atau homemade memang kita suka kan. Tiada pengawet, tiada bahan terlarang dan paling penting disediakan panas-panas tau. Buat sikit-sikit, dah habis mereka buat lagi roti. Paling sedap 'garlic bread' korang kena cuba. Kalau nak merasa roti ala-ala tanah arab pun ada di jual. Boleh cicah dengan serbuk 'thymes' dan minyak zaiton mereka. Sedap weiiii...tak tipu. Cuba lah dulu, nanti korang boleh tukar semua sarapan tak sihat tu, kepada yang lebih sihat dan berkhasiat. 




Ada 20 jenis roti dibuat segar setiap hari. Termasuk manisan BAKLAVA pun ada wei, pelbagai jenis. Manisnya sudah dikurangkan mengikut selera kita orang melayu. Tak manis, tak muak dan paling penting sedap. Korang boleh beli untuk buat hantaran ataupun buah tangan untuk tetamu korang. Memang lain dari yang lain. Baklava yang dijual di ARABIAN VILLAGE dijamin premium dan yang terbaik. Ada kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai kacang yang bermutu. 



PEWANGI BADAN DAN BAKHOOR

Bab ni paling suka, seksyen kegemaran kolin. Berjam-jam boleh melepak bau macam-macam kat sini. Dan kalau korang nak tahu, kolin beli minyak seribu bunga tu hahaha. Wangi dia memang boleh buat termimpi-mimpi. 


Kalau korang beli minyak wangi ada akohol dan was-was, marilah sini! Minyak wangi dia memang lasting giler...sekali sembur melekat terus. Harga RM100 aje sekitar situ, tak mahal. Kalau minyak seribu bunga tu satu boleh dalam RM25 pun dapat. Jimat dan memang tahan lama. Calit sikit ajeeee



Bakhoor tu adalah terapi aroma tradisi Islam tau. Ianya dihasilkan dari gaharu, cendana, buah pala, kayur agar dan pelbagai bahan lagi. Bila korang bakar dalam rumah, ianya mengeluarkan asap yang memberikan harum satu rumah. Tak payah spend banyak dahhh...Amalan menwangikan rumah ini adalah satu cara meraikan kedatangan tetamu dan kalau nak tahu ianya sunah tau. Sebab Rasullah SAW suka sangat ber'bakhoor'. Satu ilmu baru buat kolin, dan siap beli bekas yang ada tulisan nama sekali. Kalau pandai baca lah.. hahahah. Itu nama kolin tu, special gilerrr



PRODUK JENAMA ARABIAN VILLAGE

Dalam menjual pelbagai barangan dari Arab, mereka juga ada barangan sendiri. Antaranya minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima dan pelbagai lagi. Ada 25 jenis produk yang ada keluaran mereka sendiri. Kolin harap semua keluaran ini masuk ke supermarket seluruh Malaysia satu hari nanti. Senang kalau kita nak amalkan. 



Tau kan minyak zaitun atau olive oil kita amalkan setiap hari boleh kurangkan kolesterol badan. Kenapa nak makan ubat, kalau kita boleh elak sakit dengan makanan sunah, betul kan?





MEMBELI BELAH DI ARABIAN VILLAGE

Buat makluman korang, ada 3000 barangan yang ada. Pelbagai jenis dan jenama. Suasana kedai memang selesa dan bersih. Ikut SOP juga tau, datang pakai mask dan jangan lupa periksa suhu badan. Khidmat nasihat secara percuma diberikan kalau korang keliru mana satu makanan sunah yang nak diamalkan. 



Perkhidmatan 'one day delivery' pun ada mereka sediakan. Nak beli online buka website, nak offline pergi kedai kat Jalan Gombak tu. Rindu tanah suci, rindu Madinah boleh lah ke sini terus. 

Ni laman sosial mereka kalau korang nak tengok apa lagi promosi dan barangan yang ada 

www.instagram.com/arabianvillagemywww.facebook.com/arabianvillagemalaysia

Setinggi-tinggi terima kasih buat pemilik Arabian Village iaitu Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim dan semua kakitangan dia yang sudi melayani kolin dan kawan-kawan yang datang. Kedai ini dibuka pada 2019 dan sudah beroperasi selama 2 tahun di situ berniat untuk mempromosi dan mengalakkan makanan sunah di kalangan rakyat tempatan. Rasa kolin, inilah yang terbaik, banyak sangat penyakit kita ni berpunca dari makanan. Pemiliknya Dr. Homdi ada pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang perniagaan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pemakanan sunah dan juga produk yang dihasilkan. 


Jangan tunggu lagi korang, sila dapatkan makanan sunah dan berubah kepada yang lebih baik hari ini. Hidupkan sunah Rasullah SAW dan kolin percaya hidup kita lebih baik. 

Jangan lupa shopping makanan sunah di Arabian Village. Order kat website aje terus, segala-gala ada di sana. 







No comments:

Post a Comment

loving me..loving you