Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

JOM MAKAN SECARA SIHAT SEKELUARGA

Eat Clean! Selalu dengar pasal ni kan. Makan secara sihat dan mula ambil tahu makanan seharian. Mesti time PKP ni semua buntu kan. Dah mula bosan makan lauk pauk, nasi hari-hari. Lagi lah mak-mak pun pening nak masak lauk apa. Lauk pun mahal juga tau, hari ni beli sotong setengah kilo pun dah RM25! Melambung-lambung harga lauk pauk sebab ramai berpusu-pusu nak membeli. 

SALAD 

Mula isnin, kolin dah mula buat salad untuk berbuka puasa intermiten fasting (IF). Kalau kat rumah kolin last makan 8 malam atau 9 malam dan mula makan balik jam 12 atau 1 tengahari. Bukan apa, teringin pula nak jaga makan bila usia dah meningkat ni. Dah mula concern pasal kolesterol, diabetes dan sebagainya. 

Menu 1

Yang ini kolin pakai ice lettuce dipotong kecil dan dua biji telur rebus dipotong empat. Taburan chia seed dan juga olive oil dari Arabian Village. Sedap pula rasanya, memang boleh ditelan. Maklumlah benda-benda macam ini kena mulakan. Kalau terus buat makan gini, nanti terkejut. So buka puasa IF makan tu. Dan kolin tetap jamah nasi sikit dan lauk lah. Nak bagi biasa dulu. 



HARI KEDUA - MENU 2

Yang ini kolin buat sikit. Filamen ketam dan pea sprout kolin stim sesama. Tabur chia seed dan juga olive oil sikit. Sedapppp..abis semangkuk terus. 



HARI KETIGA - MENU 3

Kali ni kolin potong sebatang timun dan goreng pea sprout bagi layu. Tempe pula kolin letak garam sikit, kunyit sikit dan goreng. Macam biasa chia seed ditabur kat sayur tu. Sedapppp...dah kalau nak tahu, hari ini, hari ketiga kolin tak makan nasi lunch. Terasa perut kenyang dan boleh terima. 



Bila lapar, kolin ambil sebiji epal merah dan makan buat snacking. 

Boleh pula ehhh..tak sangka. Nanti nak mix dengan lamb dan juga ayam. Nak bagi salad atau eat clean tu nampak sedap. Mana tau suami dan anak-anak boleh terima makanan macam ini. Boleh lah kami bersama sihat. 

Tapi bukan lah strict wei, kalau ke rumah orang atau berjalan atau balik kampung tetap makan macam biasa. Cuma kalau di rumah boleh berubah menu sihat macam ni memang best. 



Jom korang..buat 1 menu sehari. Introduce atau kenalkan pada keluarga kita. Memula memang mereka mengata hahaha. Mengada laa, diet la tu, bagai-bagai. Tapi lelama mereka akan try makan. Dan korang ada kawan satu rumah join makan eat clean. 

Ini antara misi 2021 kolin tau. Nak ajar sekeluarga makan sihat dan jaga kesihatan. Kalau nak kurus tu lain cerita lak, kena workout juga. Setakat ni senaman ringan dan jaga makan kolin push lebih sikit. 

Masih masak nasi juga dan lauk pauk. Kita jangan bagi mereka terperanjat. Kita go slow....

Jom makan secara sihat sekeluarga!

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Moga terus istiqamah amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  2. semoga istiqomah dak Kolin dengan menu eat clean nya... aamiin :)

    ReplyDelete
  3. Kena jugak amalkan makanan sihat gini bila usia makin meningkat. Macam-macam penyakit boleh maii wey kalo tak jaga makannn!!!!

    ReplyDelete

loving me..loving you