Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Rata-rata mana kawan rapat dengan kolin tau kereta 'ferrari' kolin ini hahahhaha. Kolin panggil 'ferrari' kereta buruk ini, tapi kereta ini paling banyak berjasa. Dulu beli sebelum menikah lagi, dengan kereta ini lah kami ke sana sini, dengan kereta ini lah kami balik dari hospital selepas melahirkan anak-anak kami, dengan kereta ini lah kami banyak mengukur jalan. Rasanya dah hampir 15 tahun kut, seusia dengan ulangtahun perkahwinan kami pun. Dari 2004 sampai lah ke hari ini, masih elok, masih berjasa dan masih berbisa.