Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: Majlis Perasmian 20th Century Fox World Studio Store di Genting Highland

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Khabar gembira buat semua yang meminati Fox World tu, macam kartun Ice Age, Rio (yang burung kak tua biru tu) dan pelbagai karakter lain yang lahir dari Fox World tu. Kini korang boleh terus ke Genting Highland dan lihat sendiri di 20th Century Fox World Studio Retail Store tau. Ada Sid, Crash, Eddie, Blu, Jewel, Nico dan Pedro dari Ice Age dan juga Rio. Selain itu ada barangan seperti t-shirt, gelas, magnet peti sejuk yang lain juga seperti karakter Museum, Alien vs Predator, Planet of the Apes juga tau. Kalau korang nak tahu, ada juga barangan yang ada di kedai ini adalah 'limited edition' atau dalam bahasa melayu, keluaran terhad. 







Malam tu kami dah pun berkumpul beramai-ramai depan kedai tau. Masing-masing tak sabar sangat nak jadi orang pertama yang pegang dan lihat sendiri semua barangan dalam kedai. Memang lah orang yang lalu lalang kata kerja giler hahahahha. Tapi korang yang tak faham, memang tak akan faham minat seseorang individu kan. Tapi ini lah pengalaman manis kami beramai-ramai menunggu di luar tu. Memang meriah dengan semua nak bergambar dengan sleeping bag masing-masing hahahha. Apa yang best, kami camping dalam shopping mall uolsss, di atas gunung tau. Sejuk dan paling best berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan sekepala.




Dan akhirnya pagi menjelma, acara yang kami tunggu dah tiba. Inilah dia perasmian besar-besaran kedai cenderahati 20th Century Fox World Studio Store di Sky Avenue, Genting Highland. Memang bila melangkah masuk kat kedai ini semua benda kolin tengok dan pegang. Kalau ada yang fanatik dengan sesuatu karakter dalam Fox World tu, korang boleh beli dan simpan buat kenang-kenangan. Mengangga tengok satu-persatu weiii....






Kalau dah kedai jualan cenderahati pun sebegini hebat dan meriah, kalau theme park nanti tak tahulah lagi meriah. Kita tunggu sesama okay, kolin sendiri tak pasti bila. Yang pasti kedai yang ada ini memang dah cukup mengembirakan hati seorang kolin. Kalau korang tengok kat sini kolin kongsi pelbagai gambar buat korang semua. Tapi apa kata nanti ada masa terluang korang sendiri naik dan tengok kedai ini okay. Dan jangan lupa perhatikan masa-masa yang istimewa juga tau. Korang boleh meet & greet dengan karakter Fox World jugak tau. So jangan pergi sesaja, perhatikan juga masa yang istimewa tu okay. Kolin rasa lah, kalau bawak anak-anak ke Genting Highland dan masuk kedai ini memang tak mau balik hahahahha. Maklumlah semua barangan comel belaka. Nak pakai t-shirt sedondon sekeluarga pun ada juga tau. Pendek kata memang inilah dia keriangan buat sekeluarga. Tahniah Genting Highland dengan majlis pelancaran yang gilang gemilang bersempena Majlis Perasmian 20th Century Fox Studio Store yang pertama di dunia. Memang bertuah sungguh kita kat Malaysia kan. 








beli milah oii..jangan tak beli

Mesti korang tak sabar nak ke Genting Highland dan tengok sendiri kan. Korang boleh memandu naik atau naik sahaja kereta kabel yang disediakan. Yang penting korang boleh naik dan bergembira berada di puncak Genting Highland okay. Jangan lupa singgah kedai cenderahati Fox World Store yang terletak di Sky Avenue okay. Kolin dah pergi pun masih mimpi-mimpi lagi tau. Pengalaman hebat tunggu kedai buka tu memang dalam memori sampai bila-bila. Pengalaman seumur hidup sekali tau. 





Tahniah Genting Highland dan tahniah atas pembukaan kedai cenderahati yang sememangnya semua orang nantikan tau. Korang yang nak tahu lebih lanjut jangan lupa like dan follow Genting Highland di IG atau pun Facebook mereka okay. 





Love, 

Kolin Zainal



3 comments:

  1. Waaa best ! Tp bleh agak hrga dia msti erkkk jugak. Tp klau dh minat, bleh je beli buat kolleksi.

    ReplyDelete
  2. Setiap Hari ada bonus menarik dari kami.

    Minimal Depo 50rb sudah bisa bermain game judi online

    FREE PENDAFTARAN !!! DI B O L A V I T A

    WA : +62812-22-22-995
    Line : cs_bolavita
    Wechat : Bolavita

    ReplyDelete

loving me..loving you