Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Gambar kami dah siap !! - Promosi Photoshot Amal Raya dari CVS Production & White Studio Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera
                                                  
Mesti korang perasan minggu lalu dan sebelum ini kolin ada berkongsi cerita yang kolin akan bergambar sekeluarga di studio. Akhirnya dah siap pun gambar kami.  Kami mengambil Promosi Photoshoot Amal Raya dari CVS Production tau. Kami sekeluarga ke White Studio Malaysia yang terletak di Petaling Jaya hari tu. Tak susah pun cari location kami guna Waze aje terus sampai

Maklumat lanjut mengenai CVS Production 
& White Studio Malaysia 

Inilah dia White Studio Malaysia. Cantik dan bersih. Ada toilet, tempat tukar baju dan yang paling best staff dia mesra. Masa sampai kolin dan keluarga touch up la sikit. Maklumlah nak tangkap gambar raya lawa-lawa. Dan sesi fotografi pun bermula. Terasa macam model sekejap hahahahah. 



Buat korang yang nak ambil kesempatan dengan promosi ini kena cepat tau. PROMOSI BERAKHIR 6 OGOS 2017 ni.. So baik cepat whatsapp nombor yang ada dan buat tempahan. Nanti gambar lawa-lawa boleh lah buat kenangan sekeluarga. Kolin memang tak sabar nak gantung kat rumah. Maklumlah bergambar di studio ni sekali sekala kan. So mesti lah nak gantung kan.

Ini keadaan White Studio Malaysia di PJ dan inilah hasil gambar kami sekeluarga yang dah siap



Terasa mcm wedding photography lak hihi. Maklum la bulan ogos ni dah 13 tahun kami kahwin. 







Yeayyyy lawa tak gambar family kami




Buat korang yang masih nak dapatkan promosi ini boleh ke www.instagram.com/CVSProduction dan lihat sendiri promosi yang dijalankan. Lagi senang Whatsapp ke nombor ini 
016-6664034. Lagi seronok korang berphotoshot sambil menderma. Hanya RM49 untuk 15 minit, white studio, 10 edited pictures untuk 4 orang dan soft copies 15 gambar. Haaa..nak print bawa aje soft copy tu dan print.



Inilah 2 orang budak sepet hihi

Kalau ada yang nak amek Lisa jadi model baju kanak-kanak pun boleh kan. Korang rasa ada talent tak hihi

Terima kasih CVS Production untuk pengalaman ini. Kami sekeluarga happy giler…Pengalaman baru buat kami dan paling best boleh lah aku berangan jadi model muslimah ahhahaha. Dedulu zaman belajar jadi model, sekarang model di rumah aje lah nampaknya. Jadilah dapat jadi model acah-acah sehari 



Membebel panjang tak guna, baik korang pergi booking waktu sesi fotografi korang sekeluarga sebelum tarikh promosi 6 Ogos tu tamat. Jangan lupa follow Instagram CVS Production sekali okay.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Love,

Kolin Zainal



Review: Spicy Korean Burger terbaru dari Macdonald

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam kolin berkesempatan makan burger terbaru dari Macdonalds Malaysia. Memang panjang betul beratur, dan sudah pastinya yang ini jadi buruan. Satu set begini dalam RM15 tak silap kolin untuk medium. Dan masa order tu tak best lah sikit, sebab air Fanta yang sama dalam gambar set hidangan ini mesin nya rosak. So kolin kena order air Coke aje lah. Rugi betul...cadangan kolin, kalau mesin rosak ganti dengan air mahal sikit boleh hehehe. Ini air biasa dah minum. Itu aje lah nak komplen. 



 Inilah dia set kentang dan burger. Kentang tu macam keras sikit pada kolin. Tapi oklah kelainan kan, kita cuba !! Dan burger ini burger daging tau bukan ayam. Tahap kepedasan biasa-biasa aje. Tak pedas lah sangat, boleh makan lagi lah. Saiz pun biasa aje. Cuma lain lah roti tu, warna hitam. 


Yang lelain semua sama aje, sayur dan sebagainya. Mungkin sos tu lain, lupa pula nak tangkap gambar selepas selak roti tu. Korang boleh lah ke Macdonald dan rasa sendiri. Kolin dah makan dan pastinya tak ulang semula heheh. Sebab pada kolin biasa-biasa aje, tak sedap macam double cheese burger hahahah. So i will stick to my double cheese burger kalau ke MacD lain kali. 

Cuba ok, jangan tak cuba. Mana tahu pada kolin kureng tapi pada korang sedap kan. Thank you MacD sebab buat pelbagai variasi burger buat kami semua. Kita kan perlukan pembaharuan, asyik yang lama pun bosan juga kan. So tilam lama tukar baru !! 

Love, 

Kolin Zainal 

Satu hari, 2 Menu

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kolin suka sangat memasak. Sebab apa suka memasak, sebab kat rumah ada orang tukang makan. So apa aje masakan kolin memang mendapat pujian. Kiranya kolin ni macam artis pujaan lah kat rumah kalau bab memasak ni. Anak-anak dan suami pulak jenis tak memilih dan makan aje apa sahaja terhidang atas meja. Kolin bekerja dan balik pun dekat senja setiap hari. So kolin memang masak lauk ringkas sangat. Yang penting ada 2 menu. 


Ini sotong dengan udang goreng kunyit. Kolin masukkan kacang panjang dan tomato sekali. Nak lawan dengan goreng kunyit ni dengan sambal belacan lah kan.


Ini pula ikan kembung goreng lawan dengan masak lemak cili api ikan bilis feat pucuk paku. Memang sedap !!


 Ini pula kami layan siput sehari. Kepah tumis air bubuh serai dan halia. Untuk siput pepahat kolin goreng cili masak aje. Cili besar merah tu tumis, so siput tu rasa manis la. Tak pedas pun. 


 Ini pula kari kepala ikan nyok-nyok. Dan bahagian isi tu kolin goreng garing. Simple dan memang membuka selera. Kat kari tu lambakan sayur bendi dan tomato. Buat anak dara kolin yang suka sangat sayur memang menu ni suka lah dia. 

Inilah matlamat kolin kalau boleh nak masak hari-hari. Jadinya satu hari, 2 menu buat penyeri makan malam kami. Bajet pun tak lah teruk sangat sebab masih terkawal. Kolin suka pergi Pasar Chow Kit kalau hujung minggu. Buat 'field trip' dengan anak-anak.  

So korang boleh lah simpan semangat memasak hari-hari. Supaya esok lusa anak ko pergi London pun akan teringat masakan ko, rindu dengan ko. Sebab masakan emak tiada tandingan tau. 

Love, 

Kolin Zainal 

Part 5: Percutian ke Seoul, Korea

Assalammualaikum dan salam sejahtera
 Episod terakhir kolin update hari tu, kolin dan kawan-kawan berlibur kat Lotte World kan. Kalau ada yang terlepas baca boleh lah klik link Kolin ke Korea Part 4 
Saja nak bagitahu semua perjalanan dan pakej yang membawa kolin bercuti ke Seoul Korea adalah di bawah seliaan  KLIA TRAVEL 
KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 
 travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel
So kalau ada yang nak booking dengan mereka amatlah di alu-alukan sebab segala-galanya mereka jaga tau. 

Pagi tu kami semua sarapan di hotel Gangnam lah. Sarapan macam biasa roti, cereal dan buah-buahan lah. Hari ini masih ada tour lagi tau. Bestkan !! Datang Seoul dan macam-macam acara ada tau. So tempat pertama kami pergi adalah kedai ubat. Macam biasa penerangan serba sedikit pasal ubat-ubat. Tapi korang jangan risau sebab mereka tak paksa pun korang beli. Korang tak beli pun takpe. Bukan macam pergi China memaksa kan (pernah kena masa kat Beijing dulu).
 Selepas kedai ubat kami ke kedai kosmetik tiga tingkat korang. Memang apa aje yang mereka tak jual. Semua orang tahu Korea sangat bagus dalam dunia skincare dan kosmetik mereka. So kat sini korang boleh borong macam-macam mask, krim, lipstick. Bawa aje duit cukup-cukup. Tapi kami tak borong pun, sebab kalau baca blog lain suruh beli kat Itaewon atau Dangdemaun dan satu tempat lagi Meongdong tak silap. Situ lagi banyak pilihan. So selesai dua tempat tour guide kami bawa, kami terus ke kilang proses rumpai laut.
Tempat buat seaweed atau pun rumpai laut. Kolin memang suka sangat makan rumpai laut tu. Tapi kat Seoul ni semacam la sedapnya wei.. Makan berlambak-lambak masa kat sini. Terpedaya jugak beli seaweed hahahha. Tapi tak pe berbaloi sebab rumpai laut premium dan memang sedap giler. Anak-anak kolin bawak bekal pergi sekolah nasi rumpai laut. Tak payah buh lauk apa pun, kepalkan aje nasi panas dengan seaweed terus berasa sedap giler.
yang ini dia bagi rasa wei..terus terang aku cakap aku 'try' banyakkk hahahah. Sebab manis betul la rumpai 
laut kat sini.

Nampak tak barisan seaweed depan tu. Macam-macam jenis ada wei, nak pedas, tak mau pedas, nak masin ker semua ada. Pakcik depan tu buat demo macam mana nak buat nasi kepal rumpai laut bagai. Best kat sini kita pun diberi peluang buat sendiri dan paling best boleh bawak balik ooiii

Inilah dia ala sushi roll tu, kolin lupa laa nama kat sini. Tapi lebih kurang sushi lah. Kat tempat yang sama, korang boleh juga pakai pakaian tradisional Korea dan bergambar dengan FREE tau. Sempat lah kolin posing semahu-mahunya kan. Peluang jangan dilepaskan !!




Banyak sangat posing yang korang boleh pose kat sini. Sebab banyak 3D Wall tau, memang puas hati. Selepas selesai semua ini kami di bawa ke Masjid Biru di bandaraya Korea. Tapi kami pergi makan dulu lah, tempat makan kami ialah Taj Palace. Jangan risau kat area masjid ini banyak sangat makanan halal. So kalau korang tak ikut tour pun, di Korea memang banyak makanan halal. 



Inilah lunch kolin. Kat sini dihidangkan secara buffet, so korang boleh pilih apa sahaja nak makan. Makan kena lebih, sebab sejuk weiii. Menusuk-nusuk sejuknya. Tak makan betul memang lembik laa. Selesai makan, kolin dan semua rombongan berjalan kaki ke Masjid. Sepanjang jalan tu sempat lah tengok pelbagai juadah halal yang ada. 

Ni sedap giler, kalau pergi sila makan !!!

ni restoran halal yang glamor tu, kebanyakkan Malaysian memang makan kat sini lah. Korea food okay, tapi versi halal. So kalau nak rasa masakan tempatan, makan sini ya.

Inilah dia Masjid tu, atas bukit tinggi !! Kena mendaki sikit, bertuah rasa badan sebab dapat solat kat sini. 



Kalau korang nak jumpa 'oppa' hensem-hensem banyak kat sini. Manalah tahu jodoh mu di Korea kan. Tapi memang dream come true dapat ke sini. Selesai kami di sini, kami terus di bawa shopping di Dotta Mall dan shopping complex yang berdekatan. Dikatakan area itu adalah tempat shopping orang kaya-kaya. Jadinya kami melepak aje lah melihat-lihat gelagat orang tempatan. Cuaca pun sejuk, sempat lah beli strawberry nak makan dalam hotel nanti. 




Cuaca sejuk amat, nasib baik ada geng memekak ni. Memang sepanjang percutian ini happy aje wei..Syukur dapat geng kaki jalan sempoi hahahha. Selesai melepak, malam pun tiba kami di bawa ke satu restoran makanan Korea. Tapi kolin lupa nama apa. Itu yang dapat makan ikan ni, telur yang ada sotong, ada sup dan banyak lagi makanan tempatan sedap-sedap. Makan lelebih ler sebab sejuk malam -7C. Jadi makan sup banyak-banyak. Kolin pun badan dah seram sejuk ooiiii...



Selesai makan, kami semua di hantar ke Urban Place hotel penginapan kami. Memang dari pagi subuh sehingga malam penuh acara dengan travel agency ni. Puas hati !!

Esok kami diberi peluang untuk berjalan sendiri weiii...Memang masa perjalanan balik tour guide kami nama Ms. Anna tu kami soal siasat bebetul hahahah. Sebab esok kami kena naik train dan cari tempat mana kami nak jelajah esok. Baguskan !! So ada satu hari yang kita boleh lepak sendiri. Nak tahu apa jadi pada kami berempat meh laa baca part 6 nanti tau. Pergi bulan Disember 2016 dan bulan Julai 2017 pun tak abis kolin cerita lagi hahahha. Semoga korang tak boring ya...Nak tips apa-apa komen bawah ok.

Love, 

Kolin Zainal

DIY telur masin dengan kos RM7.69 sahaja.

assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam kolin sarapan nasi kerabu daging. Korang semua tau kan macam mana nasi kerabu. Tapi feeling terus tak best sebab nasi kerabu yang dibeli dengan harga RM5.50 tu tak ada telur masin. Adei....memang tak kick dan tiada maknanya terus tau. Kolin suspek telur masin tu mahal ! So penjual nasi kerabu ni asingkan telur masin tu dijadikan lauk jugak kut. Maknanya macam nasi lemak tak letak telur rebus lah. Kalau nak telur rebus tambah lagi kut duitnya. Terus macam tak best kan !

Disebabkan itu lah kolin share cara buat telur masin senang dan murah. Murah la kalau dah 10 biji telur masin kos hanya RM7.69 aje. Sebab kalau beli 3 biji telur masin siap tu dah RM5 ke RM6 kan. Yang ini lagi bagus, lagi bersih sebab kita sediakan sendiri.  Semua bahan-bahan ini kolin beli kat Sri Ternak Selayang. 


 Telur itik 10 biji RM7.00 dan garam tu sekilo RM0.69 sahaja. Balang tu kita guna semula dan letak air dalam balang tu. Tak perlu penuh-penuh sebab nanti nak masukkan telur itik tu. 


Korang semua basuh bersih-bersih ok telur itik tu. Masa beli memang agak kotor pun. So basuh bersih-bersih dan letakkan di dalam satu bekas. Berkilat putih telur kita kannn 


 Haa..susun semua telur dalam balang dan masukkan 10-15 sudu garam dalam balang air tu. Nak bubuh lebih pun boleh, sebab kita memang nak masinkan telur itik tu kan. Tak sedaplah kalau tak masin kan. Selepas tu kacau pelan-pelan tepi-tepi balang sebab nak bagi garam larut. Kalau nak lebih larut, korang bancuh 15 sudu garam dalam bekas lain dan tuang dalam tu. Pun boleh jugak.


Hah..siap sudah 10 biji telur masin pada kos yang sangat berpatutan iaitu RM7.69 sahaja. Senang dan sememangnya bersih dan suci sebab kita buat sendiri kat rumah. Tinggalkan dalam balang dan biar lah seminggu dua dalam balang tu. Nanti korang nak masak senang aje. Ambil terus dan rebus. Tapi kalau malas masa masak nasi dalam rice cooker tu masukkan telur tu. So nasi siap, telur masin pun siap terus untuk dihidangkan. 

So kepada penjual nasi kerabu kalau rasa mahal kos nak beli telur masin yang dah siap tu. Buatlah sendiri macam ini. Satu telur boleh potong 6 bahagian dan masukkan dalam bungkusan nasi korang tu. Tak lah mahal sangat kos tu kan. Jangan lupa buat begini tau. Semoga semua nasi kerabu dah boleh ada telur masin hihih

Love, 

Kolin Zainal 

jahit manik dalam masa sehari !

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya bukan lah sehari. Tapi disebabkan kolin bekerja dan masa yang ada malam sahaja. So kalau total out semua jam memang tak lebih 24 jam pun kolin siapkan manik ni. Maklumlah sejak akhir-akhir ini kolin jam pukul 11 malam aje memang dah mengantuk sangat. Mungkin letih di tempat kerja dan letih merayap-rayap itu yang malam aje cepat nak beradu. Lagipun tidur kan kena 8 jam dah menganjak umur ni hehehehe

Ini tempahan dari jiran kolin. Dia hantar rabu malam dan malam jumaat tu nak pakai. Itu yang marathon la kolin jahit manik ni. Request nak warna warni, selain tu tak ada permintaan lain. Itu aje lah yang sempat kolin fikirkan untuk design manik baju akak ni. 





Ok lah design simple macam ni kan. Sebabkan nak cepat, nak laju, nak segalanya hihih, itulah design nya. Semoga jiran kita suka dan tempah lah lagi kalau sudi ye. 

Love, 

Kolin Zainal 

Apa rancangan 'holiday' tahun ini ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hurmm..camne ni kan. Geng-geng kaki travel memasing dah tanya kolin plan tahun ini nak pergi mana hahahha. Maklumlah dah setengah tahun berlalu perancangan masih tak ada kan. Ntah la kolin sendiri tak booking apa-apa pun tahun ini. Tak terasa nak ke mana-mana pulak. Korang ada cadangan tak ?

Macam nak repeat Bali, nak lepak berurut. Macam nak ke Korea makan strawberry dan kalau la kaya raya nak pergi London hahah. Ni pun group wassap dah berdesup-desup masuk tanya apa plan tahun ni. Tahun ni kita nak pergi mana hah?

 Kenangan di Beijing 

 Kenangan di Korea

Kenangan di Bali

Kenangan di Yogjakarta

Cuma tahun ini tak tahu nak ambil cop negara mana kan. Macam nak ke belah-belah Thailand pun ada, nak ke Indonesia pun ada jugak. Maklumlah ada banyak lagi tempat yang belum kolin terokai. So sebagai 'ketua rombongan' kolin belum buat apa-apa keputusan lagi pun. Tabung hampir penuh apa kata kita pergi London hahahhaha...Tapi dalam banyak-banyak destinasi satu tempat memang menjadi idaman. Harap tak lama lagi dapat jejak kat sana. Doa hari-hari supaya diberikan kekuatan dan dicukupkan semuanya. Doa kuat-kuat niiii

Okay lah korang, kolin nak jawab group wassap ini haa.. Masih clueless destinasi kami tahun ini. Tak ada pemilihan rasmi lagi lokasi mana yang bakal kami gegarkan hihi. So nanti dah ada kolin share ok. Mana tau korang nak tips masa pergi selepas kolin pergi kan. So selamat berhujung minggu korang !! Saja aje taip entri ni sebab tak ada bahan nak tulis hihihi. Babai..

Love, 

Kolin Zainal 

Hasil 4 bulan dengan STEA TEH HIJAU

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingat tak ada satu entri blog kolin mengenai STEA TEH HIJAU yang dapat membantu mengawal berat badan tu. Kolin selepas review produk ini memang teruskan minum aje. Sebab kolin sendiri peminat green tea ini. Dan tanpa kolin sangka, STEA memang memang membantu kolin untuk hilang inci dan jua complexion muka. Muka pun sekarang kurang berjerawat, berminyak dan kurang masalah lah. Bab susut badan, tak usah cakap lah. Sebab lagi lama kolin consume produk ini dia macam kurangkan selera makan lah. Nak minum dan makan benda manis pun macam tak boleh ambil banyak sangat. Sebab macam terasa dah over manis tu. Dan hasilnya..pipi kolin tak tembam lagi uollssss


Kalau korang nak tengok yang first time kolin review pun dah hilang almost 2 kg berat badan. Tapi masa tu badan masih nampak tembam-tembam, pipi usah cakap ler. Memang terserlah sangat. Bahagian peha tu memang 'kepsi' sangat !! Sebab nampak bersayap tau. Korang jangan terkejut tengok gambar terbaru ni tau. Baju pink tu masa trip ke Penang bulan April 2017 dan gambar terbaru masa Julai 2017 menghadiri open house berhari raya. Nampak tak ketara muka dan susuk tubuh dah susut. Memang lah tak banyak, tapi kita hilang dan susut badan secara semulajadi tau. Jadi sihat lah, tak memudaratkan. Kalau korang sendiri buat research teh hijau adalah yang terbaik dalam anti-oksidan dan anti kanser. 
 Inilah gambar kolin !!! 
Haa mesti terperanjatkan ! Sebab kolin sendiri tak perasan kolin susut, tapi kawan-kawan ada tegur. Memang kalau perasan seluar dan baju kebaya ketat zaman dedulu semua dah boleh muat dah. Mana ketat tu dah mula longgar sedikit dan paling penting kolin rasa ringan badan. Dan lagi best, kolin sendiri dan jual STEA hahahah. Sebab kolin sudah cuba, dan jadi testimonial untuk produk ini tau. Produk yang organik, bagus untuk semua mesti lah kita share dengan semua orang kan. So korang nak beli STEA yang berada di Shah Alam, PJ, Kepong dan Jinjang boleh lah roger kolin kalau nak beli. Mana yang segan email pun boleh hehehe. 

Sama-sama kita tampil yakin dan sihat dengan STEA Teh Hijau ok. Kalau tak mula sekarang nak jaga kesihatan bila lagi betul tak. Kalau korang dah pernah minum teh hijau lain, korang patut cuba STEA sekotak. Lepas tu mesti korang nak lagi sebab STEA tak payau dan tak pahit. Dah abis minum, uncang tu guna untuk skrub muka dan badan. Tiada pembaziran pun setiap kali pembelian korang tu. Nanti 25 haribulan gaji kan ?!..jangan lupa order tau. 

Doakan kolin kurus dan sihat ye...


Love, 

Kolin Zainal  

Dah lama tak jahit manik banyak-banyak

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lama betul kolin tak update pasal manik kan. Tapi sebenarnya rezeki jahit manik tu ada aje. Cuma kalu buka tempahan tak larat kolin nak buat banyak-banyak macam dulu. So bebaru ni pelanggan biasa kolin laa yang tempah untuk dinner. Baju simple warna hitam dan inginkan silver atau kilauan kelabu untuk tema dinner. Kolin memula pening jugak nak buat less is more hahahha. Tapi try juga dan alhamdulillah dia suka lah. Kita pun sedap lah sikit hati sebagai penjahit manik kan. Manik simple aje pun, ambil masa sehari sahaja nak siapkan dari tangan ke bahagian badan. 


 Inilah dia hasilnya. Ok ker tidak. Nanti ada masa kolin share lagi banyak hasil manik. Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak menyokong kolin tau. Semua tempahan ini hasil dari buah mulut kawan ke kawan yang lain. 


Terima kasih membaca kerana membaca entri ini !!

Love, 

Kolin Zainal

Happy Birthday ALTHEA #Altheaturns2

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat kosmetik, skincare atau apa sahaja barangan kecantikkan dari Korea ini lah masanya untuk korang shopping !!! Buat pengetahuan korang semua, Althea Korea  tengah meraikan ulangtahun kedua mereka. Jadinya banyak sangat tawaran menarik tau !! Antaranya banyak potongan harga dan ada contest untuk korang semua tau. Haaa...


Inilah dia yang korang boleh dapatkan dan sertai kalau korang shopping di Althea Korea sekarang
  • Althea Birthday Sale
  • Birthday Giveaway 
  • (Free Beauty Products for shoppers to add into cart)
  • Althea Birthday Goodies  
  • (Limited Edition Box + DIY Bday Kit + Sample Pack)
  • FLY ME TO KOREA for TWO!
  • Contests to win prizes 
  • Terms & conditions apply, more info on www.althea.kr
 Inilah dia antara barangan yang kolin sempat shopping di Althea Korea tau. Ada BB Cream, Lipstick 2 tone, penyembur pewangi rambut dan pelbagai lagi. Dan lagi menarik kalau korang shopping sepanjang sambutan hari ulangtahun kedua mereka, pelbagai sangat barangan percuma yang bakal korang dapat. Goodies tu ada face mask, bedak dan pelbagai barangan kecantikan dari mereka.


Inilah dia kotak istimewa dari mereka. 


Beli 4 barangan aje tau, sekali penuh goodies dari Althea. Memang seronok masa bukak kotak ini. Haahahaha happy sangat !!! Antara barangan yang ada dalam kotak inilah dia. Keindahan dunia sangat


Lipstik ini kalau pakai memang 2 tone lah kat bibir. Macam retis korea tu. 

 


Untuk orang yang macam kolin gila skincare dan mekap memang gembira dapat semua ini. Dan kalau korang tak pernah ke Korea, korang kini boleh dah shopping barangan Korea dah. So mana tahu boleh cantik jelita macam artis Kpop tu kan. Jangan lepaskan peluang dan mula bershopping dengan ALTHEA KOREA sekarang untuk pelbagai tawaran dan peraduan yang sedang mereka lancarkan. Rugi laa kalau menang boleh terbang ke Korea tau

Kalau beli semasa promosi sambutan ulangtahun Althea korang akan dapat kotak cantik bersama semua DIY Birthday Decoration yang macam atas kotak kolin hias ni. So korang boleh hias sendiri dan masuk laa peraduan siapa hias kotak happy birthday paling comel!! Haa macam kolin ni.


Happy birthdah ALTHEA KOREA
Korang kalau dah beli jangan lupa share di media social dan letak hashtag ini okey, #Altheakorea #Altheaturns2
Love, 

Kolin Zainal