Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 4: Percutian ke Seoul, Korea

Assalammualaikum dan salam sejahtera

 Episod terakhir kolin update hari tu, kolin dan kawan-kawan berlibur kat Lotte World kan. Kalau ada yang missed baca boleh lah klik link bawah ini


Saja nak bagitahu semua perjalanan dan pakej yang membawa kolin bercuti ke Seoul Korea adalah di bawah seliaan  KLIA TRAVEL 

KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 

 travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel
  Selesai kolin dan kawan-kawan berhibur di Lotte World kami semua di bawa ke Istana lama di kota Seoul. Istana yang ada mirip-mirip istana di Beijing ini memang ada pengaruh dari sana sini kata pemandu pelancong kami Ms. Anna. Jadinya kami sempat lah pusing-pusing kat sekitar kawasan istana lama yang cantik ini. Tak lah sebesar macam istana di Beijing tu. Tapi banyak juga port menarik boleh korang datang dan bergambar kenangan di sini. Kalau pergi melancong jangan lepas peluang melawat bersejarah macam ini tau. Sekali tengah melawat-lawat nampak lah awek Korea pakai pakaian tradisional mereka iaitu Hanbook. Apa lagi memang nak bergambar ler. Jangan risau korang, mereka kebanyakkannya suka kita bergambar dengan mereka. Peramah sangat !! So kalau nampak jangan lupa salam pada mereka "Anyeong Sayo" hahahhaha






 Selesai melawat Istana dah tiba masa nak tengok teater !! Korang pernah tak bermimpi nak tengok teater di bumi Korea ni. Tapi kalau ikut KLIA TRAVEL ada dalam pakej tau. Kolin dapat tengok Nanta Show satu show teater yang kelakar. Memula terfikir juga kita ni kan tak faham cakap mereka. Tapi show ini semua orang, satu dunia yang datang boleh enjoy. Sorry lah tak boleh nak snap gambar dan video sebab itu salah satu peraturan mereka. Tapi tak tipu, tak bohong, kalau ke sini, cubalah tengok NANTA SHOW ok. Mereka sangat popular di Korea tu tau. Pengalaman tengok NANTA SHOW memang tak dapat kolin lupa semasa mengembara di Seoul.





Dekat Malaysia pun kolin dah lama tak tengok teater. Siapa sangka kat bumi Seoul ini kolin tengok teater. Kelakar sangat weii !!! Highly recommended buat korang yang nak bercuti kat sini. Nak senang tempah pakej dengan KLIA Travel ya. Gerenti ada dalam itenarary korang nanti. 

Selesai teater, dah tiba lah waktu makan malam. Tak jauh dari tempat kami tengok teater ada satu tempat makan halal. Ramai juga lah kawan-kawan dari Malaysia dan Indonesia kat restoran yang sama. Hidangan secara buffet dan banyak pilihan. So kalau ke sini tak perlu risau makanan halal pun. Ada sahaja, yang penting korang kena mencari. Kalau rasa susah baik ambil pakej aje dengan KLIA TRAVEL semua lengkap sudah. Tak perlu risau pun, kami tau ikut aje jadual yang telah disediakan. 



 Selesai semua tiba masa kami ke hotel kami iaitu Urban Place, Seoul Gangnam.
Sama macam lagu popular 'Gangnam Style' tu. Tak sangka dapat tinggal di daerah yang glamor ini tau hahahhaa.  Bilik hotel yang kami tidur bertiga pun selesa sangat. Cuma kalau kat kita ni setting air cond kan, Kat sini kami kena setting pemanas, Sebab malam kami di sini dah suhu -6 tau. Sejuk tak ingat. 





Itu lah yang kolin nak suggest kalau korang nak bercuti kat Korea. Sila datang musim sejuk ok !! Macam kami datang bulan Disember memang dapat lah kenangan duduk tempat orang sesejuk ni beb. 

Setakat ini lah untuk kali ini. Nanti kolin sambung kami ke mana lagi tau. Terima kasih membaca Episod ke Empat kolin ke Korea. Semoga semua yang kolin kongsikan membawa manafaat bagi semua kawan-kawan yang baca blog ini.

Tunggu episod ke lima nanti tau !! Stay tuned :)



Love,

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you