Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Buat semua yang tinggal di kawasan Lembah Klang yang suka makan hidangan Thailand dan Japan tak perlu pergi dua restoran yang berlainan dah. Kini Sanoook yang terletak di aras G Sunway Hotel Clio bebetul sebelah Sunway Pyramid menyajikan hidangan Thai-Japanese untuk korang semua. Kan senang, hidangan 2 negara ada dalam satu tempat. Nak makan tomyam boleh order, nak makan sushi pun boleh order. Inilah dia keistimewaan kalau korang makan di SANOOOK.
Buat yang masih tertanya-tanya tu, boleh lah follow Instagram mereka di www.instagram.com/SanoookMY. Kat situ nanti boleh tengok pelbagai update terbaru dari mereka dan semua hidangan yang ada.
Tapi yang baca blog kolin hari ini, bertuahlah sebab kolin nak share tempat lepak dan makan baru. Sharing is caring kan, tak akan lah kolin saja nak makan dan nak simpan kan. Jadinya kolin buat entry review menjamu selera di Sanoook untuk tatapan korang. Jangan keliru sebab hidangan mereka memang ada Thai dan Japanese ok. Ini dia pembuka selera buat food review kali ini.
Four Season Platter dan siapa yang tak pernah cuba hidangan unik ini boleh ke Sanoook dan rasa sendiri Miengkam ok. Caranya masuk semua sekali dalam daun tu dan makan, nasihat kolin jangan bubuh halia banyak kalau tak nak pedas ye.
Kedua Sushi Burger Ayam dan Daging. Inilah kelainan kalau korang makan di Sanoook. Selalu sushi biasa-biasa sahaja kan. Di Sanoook, Sushi Burger ini di datangkan bersama jagung dan hirisan batang keladi yang digoreng ranggup. Yang ini memang pertama kali kolin makan tau. Tak sangka sedap !!!
Ini pula buat peminat sushi roll. Ada Tuna, Salmon dan jua Vegetarian Sushi Roll. Sushi nya agak gemuk dan sesuai untuk dua orang makan.
Coconut Soup with Chicken Wanton ini adalah satu hidangan yang belum pernah kolin rasa lagi. Rasa manis santan panas dan wanton yang lemak ini cukup mendamaikan perasaan sangat tau. Betul-betul asli dari Thailand.
Skewers Ayam dan Daging jua ada di sini. Dengan dilimpahi Massaman Sauce sesuai untuk korang yang nak lari dari makan nasi. Kedua-dua hidangan ini boleh buat perut kenyang sampai ke malam !
Nasi ini paling kolin suka !! Nasi Goreng Tom Yam. Bagi peminat Tom Yam jangan tak order hidangan ini kalau ke sini. Nasi dia betul-betul terasa tom yam sangat-sangat. Cukup terasa semua rempah di dalam.
Yang tak mahu makan nasi boleh cuba kuey teow atau dalam menu ianya di panggil Phad Thai. Satu mangkuk yang cukup lazat ini boleh buat korang makan sampai tak pandang keliling. Sedap dan udang yang ada dalam tu pun segar sangat.
Buat pemanis mulut, kolin cadangkan korang cuba pulut mangga. Hidangan yang sesuai untuk seorang makan ini siap dengan aiskrim. Tapi kalau nak lain dari yang lain sila lah cuba Thai Volcano. Sedap dan sangat menyegarkan kalau dalam cuaca panas. Memang di Sanoook, hidangan dua negara disatukan dalam satu restoran yang unik kan.
Bagi penghilang dahaga korang boleh lah order air lain dari yang lain. Antaranya Tai Milky Iced Tea, Thai Spikey Lemongrasz, Thai Pandan Honey, Speedo Watermelon dan signature mereka yang paling glamor ialah Sanoook Punch yang ada buah nenas kat atas tu.
Segala hidangan ini korang boleh nikmati di Sanoook tau. Mana tahu rindu nak makan hidangan Japanese atau Thai. Sekarang pergi aje di Sunway Pyramid sebelah tu dah ada restoran yang hidang semua ini.
Nak datang senang aje, WAZE Sanoook Sunway Pyramid dan parking di Zone Hijau. Dekat level G tu dah nampak Sanoook. Jangan lupa follow IG mereka ya.
Love
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you