Assalammualaikum dan salam sejahtera
Mesti korang semua tak tahu bahawa Neutrogena mempunyai rangkaian pembersih muka yang berlainan. Haa…ini lah yang kolin nak cerita kat korang semua tau. Neutrogena sebenarnya ada 3 jenis rangkaian pembersih wajah untuk korang semua pilih. Dari apa sahaja keadaan kulit wajah korang, kolin percaya Neutrogena bakal menjadi pembersih muka terbaik buat korang. Ianya di hasilkan bagi memenuhi kehendak kulit berminyak, bermasalah, kering dan sebagainya. Sekarang Neutrogena Happy Skin 24/7 dah berada di pasaran bagi kita semua !
Yang pertama NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER. Ianya pencuci muka biasa yang selalu kita pernah guna. Teksturnya biasa dan ianya membersih dengan bagus sebab dapat mengelakkan muka dari berminyak dalam tempoh yang lama. Memang yang ini jenis foaming atau berbuih la ye. Yang mana kulit berminyak akibat kesan panas dan masalah kulit cepat berpeluh jua sesuai untuk mengunakan yang ini.
Yang kedua, NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM. Yang ini memang menarik sangat. Tak perlu air pun, tuang sahaja ke tapak tangan dan sapu ke wajah untuk pembersihan menyeluruh. Bekas dan warna yang menarik bagi semua yang mempunyai masalah kulit yang ringan. Yang penting, teksturnya ringan sangat. Bau pun segar sahaja dan kalau pergi melancong sesuai sangat bawa yang ini. Sebab tak perlu air pun untuk permulaan tu, tuang dan terus sapu ke muka. Yang penting botol biru ini memang menarik sangat.
Yang ketiga, NEUTROGENA DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB. Antara tiga rangkaian Neutrogena Happy Skin 24/7 ini, kolin sendiri memilih Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ini. Dah 2 minggu lebih kolin pakai, kesannya amat positif.
Maklumlah kolin selalu keluar dan mengenakan solekan muka lebih 8 jam. Bila dapat cuci muka dengan ini terasa semua foundation, krim dan kesan solekan keluar dengan bersih. Satu lagi kolin masih ada kesan jerawat dan dengan Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating ini dapat menipiskan parut sebab bijian kecil dan halus tu amat lembut pada permukaan kulit muka kolin. Tak kasar pun, malah lepas bila muka, meninggalkan kesan yang sangat lembut.
Satu lagi yang buat kolin terus jatuh cinta sebab Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating ini boleh di gunakan setiap hari !! Tu nampak tak tulis ‘daily scrub’. Maknanya kita boleh cuci muka dan buang kulit muka yang kering dan mati setiap hari. Patutlah dah 2 minggu kolin guna produk ini kulit muka semakin segar dan sihat sangat. Kulit mati dan parut jerawat pun dah kian pudar selepas pengunaan selama 2 minggu. Harga untuk Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating ini RM21.00 sahaja dan boleh bertahan sehingga 2 bulan rasa kolin kalau tengok pada packaging 100gram. Jimat dan sangat berkualiti. Yang kuat mekap, macam kolin dan kat muka banyak bintik-bintik hitam, cepat lah berubah kepada yang ini ok. Semoga lepas ini kulit kolin lebih sihat dan glowing dengan Neutrogena !!!
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you