Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Bagi yang mencari baju raya klasik, unik dan menampilkan ciri-ciri warisan Melayu kita ini, Bahari Asyek yang terletak di Plaza Shah Alam bakal buat korang teruja. Kenapa Bahari Asyek? Buat makluman Bahari Asyek telah berada dari tahun 2009 lagi tau. Kalau korang rasa nama tu pelik ini yang kolin nak terangkan apa yang tersembunyi di belakang nama ini.
Bahari - Warisan yang terbilang, barang silam, benda yang ditinggalkan, barang yang dilupakan dan maksud kepada sesuatu yang lama.
Asyek – Memberi maksud suka, jatuh cinta, terpesona dan teringat-ingat.
Kesimpulan maksud di sebalik Bahari Asyek itu adalah
Jatuh Cinta kepada Warisan Tradisi Bangsa.
Jadinya disebabkan itulah, tahun 2017 kali ni, pengasas mereka Puan Zahalina menganjurkan “Bahari Asyek Syawal Showcase 2017” bagi memperkenalkan koleksi Bahari Asyek bagi Syawal tahun ini.
Inilah pengasas Bahari Asyek, Puan Zahalina
Uniknya koleksi busana Bahari Asyek adalah pengunaan fabrik mereka yang di import dan dijual terus di butik mereka. Maklumlah semua orang tahu, sesuatu rekaan pereka terkenal memang boleh kita tiru kan. Tapi material atau kualiti kain yang digunakan tak akan sama. Inilah dia Bahari Asyek.
Kolin suka koleksi klasik dan eksklusif mereka sebab bukan nak puji semata-mata tapi terasa macam kembali ke masa silam dalam setiap rekaan Bahari Asyek. Korang juga boleh lihat sendiri koleksi tahun ini segar, tampil anggun malah mencerminkan wanita melayu. Bayangkan lah raya pertama kita pergi beraya pakai macam ini. Memang tampil lain dari yang lain kan !!
Pemilihan koleksi yang banyak berteraskan kain kapas ini sesuai dan selesa di pakai di hari raya nanti. Disebabkan itu Bahari Asyek menawarkan sejumlah 24 koleksi baru dalam aneka corak dengan penambahan pelbagai jenis sulaman. Jesteru itu memang fesyen tradisi Melayu tetap kelihata segar dan menarik lah kan. Tak lapuk di telan zaman !!
Buat yang suka kain cotton macam kolin ini, kolin sarankan korang ke Bahari Asyek dan boleh lah pilih sendiri pelbagai potongan kurung printed yang ditawarkan. Peminat kain cotton asli boleh lah memilih koleksi yang disediakan iaitu Kurung Riau, Kebaya Riau, Kebaya Pahang, Kurung Pahang, Kebaya Cik Siti Wan Kembang, Kebaya Pendek 4 Dara, Kurung Archipelago, Kurung Moden dan beberapa rekaan lain yang bakal mengugat kita nak pakai bila beraya nanti.Bila dah menulis pasal sesuatu yang mengingatkan melayu klasik ini, izinlah kolin berkongsi dengan korang satu pantun ye
Belayar kapal bertimbang arus,
Patah kemudi sepanjang pantai,
Tuan laksana cindai yang halus,
Alah membeli menang memakai.
Haa…gitu, sesiapa yang nak beli pantun tu, sila tinggalkan komen di bawah ya. Kita boleh lah main jual beli pantun uolss hhahahha
Terima kasih Bahari Asyek yang sudi menjemput kolin menjadi sebahagian dari acara gilang gemilang ini. Nanti kolin kongsi di IG ya, kain cotton dari Bahari Asyek yang sure korang dengki dan terus nak pergi beli haaa… serius kolin jatuh cinta dengan printed cotton yang ada kat butik Bahari Asyek. Cantik sangat !!!!
Tahniah sekali lagi atas kejayaan “Bahari Asyek Syawal Showcase 2017”.
Kawan-kawan yang masih mencari baju untuk pagi syawal nanti, sila lah ke Butik Bahari Asyek di Tingkat 1, Plaza Shah Alam. Sebarang pertanyaan atau tempahan korang boleh call di 03-55135310 atau emel sahaja pertanyaan korang ke bahariasyek@yahoo.com
Yang nak tengok terus koleksi mereka secara atas talian jangan lupa klik dan follow. Semoga korang vogue dan glamor dengan busana klasik melayu lama raya tahun ini ya.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you