Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Satay Sedap di Ukay Perdana

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Awas !!! Buat semua peminat hidangan satay macam kolin. Semua yang bakal korang baca dan lihat memang akan membuatkan korang menelan air liur nanti. Tak tipu, bukan nak membodek tapi ini lah realiti. Realiti ada satay gemuk, sedap, mercik di Ukay Perdana uolls. Lebih tepat lagi alamat lengkap mereka ialah SATAY SEDAP, NO 24G, JALAN UP 1/7 UKAY PERDANA 1 68000 AMPANG SELANGOR. Kalau nak senang call sahaja Owner kepada SATAY SEDAP di talian 012-3636278 atau 013-2486666 iaitu En. Sham. Mana tau boleh minta dia hantar lokasi kedai kan. 



Kolin memang suka giler makan satay. Terus terang cakap dalam seminggu tu mahu 3-4 kali makan satay. Tapi kali ini kolin suka sangat lah nak kongsi dengan korang cerita kolin makan Satay Sedap selasa malam yang lalu.

Restoran SATAY SEDAP ini telah dibuka dari 3 tahun yang lalu, menurut pemiliknya En. Sham ianya adalah satu perniagaan keluarga dari beliau kecil lagi. Mak serta ayah memang berniaga satay dulu-dulu. Jadi memang berniaga satay ini bukan perkara yang asing bagi En. Sham. Restoran yang sangat simple dan nampak mesra ini banyak diletakkan barang-barang antik. Ini kerana En. Sham seorang pengemar barang antik dan dengan meletakkan di setiap sudut ruangan kedai, beliau dapat berkongsi dengan semua pengunjung Satay Sedap.

Mesti korang nak tahu harga satay gemuk ini kan? Percaya lah cakap kolin, satay gemuk dan berbaloi ini memang murah sangat. Kiranya berbaloi kalau korang datang makan bersama keluarga kat sini.
Untuk satay ayam secucuk hanya RM1.00, satay daging RM1.20, satay daging kambing RM1.80, satay perut RM1.20 dan nasi impit yang dibuat sendiri ini satu set hanya RM2.00 sahaja. Kalau nak satu bantal nasi impit besar tu RM10.00 sahaja.




Kalau cerita bab satay ini memang korang nak tahu rasa kuah kacang untuk cicah tu kan. Trust me, kuah kacang kat sini sedap sangat, pedas, cukup rasa, cukup segala-galanya. Itu yang bila dapat satay gemuk yang cukup perapan, sekali dengan kuah kacang yang super sedap membuatkan kolin tak lupa dengan Satay Sedap. Nak beli kuah kacang pun boleh kat sini RM15 sahaja bagi satu kilo. So kalau rasa nak buat open house atau apa sahaja acara makan-makan boleh lah order. Dah sah sedap.

Kalau rasa nak makan mee rebus pun ada di sini. Mee rebus berharga RM6.50 satu mangkuk besar ini memang berbaloi untuk di cuba. Kolin orang Johor, so mee rebus kat sini memang rasa sangat Johor tu. Cakap banyak tak guna, korang kena cuba !!



Menyediakan dua hidangan utama ini, ada jua minuman yang menjadi all time favourite di SATAY SEDAP.  Iaitu Apple Asamboi yang di adun dengan rasa masam manis bagi menaikkan lagi selera makan satay di sini.


Jadi lepas ini kalau korang kat KL nak makan satay sedap terbaik dalam bandar sila lah ke Satay Sedap di Ukay Perdana. Kolin first time datang pakai waze sahaja, memang senang nak cari jalan. Parking pun banyak jangan risau lah.

Inilah dia tempat makan baru kolin sekeluarga. Kami memang hardcore makan satay. Terima kasih kepada pemilik En. Sham kerana menyediakan satay yang super sedap memenuhi citarasa rakyat Malaysia hahahahhaha.



Jangan lupa subscribed utube kolin ok https://youtu.be/-_PuEPqiDdw video satay gumuk dah upload dahhhhh

Love,

Kolin yang tak move on suka ‘satay gumuk’



CARRIE JUNIOR kini dalam pek Isian semula, lebih jimat !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Inilah dia kegemaran kolin dan anak-anak iaitu Carrie Junior. Sekarang dah ada dalam pek isian semula tau. Lagi murah, lagi jimat dan lagi best. Rupanya dah 20 tahun CARRIE JUNIOR mencipta nama dan kini ianya adalah satu jenama yang dipercayai seluruh Malaysia. Boleh di katakan ramai ibu-ibu akan memilih Carrie Junior untuk mandian dan shampoo buat anak-anak. Sebab wangi !!! Bukan sahaja itu, malah kualiti dan nilai dia pun terbaik.


 Disebabkan kos sara diri dah meningkat, Carrie Junior telah menawarkan pek isian semula. Pek isian semula bukan sahaja mudah guna, menjimatkan dan kini produk penjagaan si manja boleh lah kita beli sambil berjimat kan. Dengan membeli pek isian semula ini juga, kita dapat memulihara alam sekitar kerana kalau asyik beli botol pun akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar tau. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibubapa boleh berjimat dan menyelamatkan alam sekitar. Kiranya dalam kita membeli ada juga sumbangan kepada isi alam, betul tak?

Anak kolin, Alisa Maisara memang pakai Carrie Junior untuk mandi dan jua shampoo. Dah la wangi, malah rambut anak-anak pun makin lembut. Kalau korang tengok pek ada Hair & Body Wash dan Baby Bath. Dulu masa mereka baby, kolin ambil baby bath, sekarang dah tukar kepada Hair & Body Wash. Lebih jimat dan fleksibel. Yang penting kulit dan rambut anak-anak sihat terpelihara.


Bagi CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90, CARRIE JUNIOR Hair & Body Wash RM9.90 sahaja. Semua pasaraya di Malaysia ada, korang boleh dapatkan dengan segera okay. Kekadang bukan anak-anak sahaja yang pakai, kolin pun tumpang sekaki. Sebab bau fresh dan lembut pada kolin. Pendek kata, korang beli satu pek, untuk pakai satu keluarga selama sebulan. Jimat kan !!!



Buat makluman korang, CARRIE JUNIOR merupakan premium penjagaan diri buat si kecil. Bungkusan berwarna-warni jua menambat hati anak-anak untuk membersihkan diri. Diformulasikan oleh Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin membantu melindungi kulit dan rambut anak-anak. Pelbagai wangian ada untuk pilihan semua ibubapa. Yang penting halal, dan harganya berbaloi. Selain itu korang juga boleh dapatkan bedak, minyak rambut, lotion dan pelbagai barangan dari CARRIE JUNIOR.

Love,

Kolin Zainal 

Little Vive Green Market di The Parenthood, Sunway Pyramid West

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas kolin berpeluang membeli belah sambil berhibur di The Parenthood, Sunway Pyramid West. Pengalaman membeli belah di Vive Green Market memang seronok. Semua barangan yang dijual adalah barangan segar, buatan tangan (artisan product) dan juga organik. Korang boleh follow IG mereka di www.instagram.com/vivegreenmarket atau www.facebook.com/vivegreenmarket


Mereka ingin mendidik pelbagai lapisan masyarakat supaya berubah kepada makanan yang lebih sihat dan bagus untuk seisi keluarga. Makanan yang lebih organik, homemade dan tidak mengunakan barangan pengawet atau terlarang untuk kesihatan yang lebih terjamin. 

Bagi 25-26 Mac yang lalu, kami rakan-rakan blogger di berikan sedikit penerangan mengenai barangan yang ada di jual di Little Vive Green Market. Dapat juga lah pelbagai informasi bagi yang mengutamakan makanan yang berkhasiat buat keluarga tersayang. 




Antara barangan yang ada di jual di di Parenthood, semua dalam gambar di bawah ini. 

 Untuk Dark Chocolate dan Choco Nibs yang ada dalam gambar ini korang boleh dapatkan di kedai-kedai di bahagian dalam Parenthood. Coklat yang baik untuk kanak-kanak ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Macam Choco NIbs tu boleh di makan begitu sahaja atau di tabur di dalam hidangan harian. Hidangan kepada anak-anak pun jadi lebih menarik dan enak tau. Follow IG mereka www.instagram.com/vie.verte


Yang ini pula memang kolin suka sangat Mommy J Homemade. Homemade Natural Food Powder yang dihasilkan 100% asli dan dari bahan yang semulajadi. Sekarang kalau korang nak masak apa pun, nak buat bubur, goreng sayur malah boleh dijadikan perasa dalam masakan korang. Yang penting, tiada bahan-bahan yang tidak sihat. Ada organic mushroom, anxin chicken, natural kombu, premium anchovy, premium whitebait (silverfish) dan premium scallop. Masak sup gerenti sedap pakai semua serbuk ini kan. Yang penting budak kecil pun boleh makan tau. Kalau nak tahu lebih lanjut korang klik sini www.mommyjhealthyhomemade.com 


 Ini lah pasta warna warni !!! Homemade Vegetable Pasta di hasilkan 50% mengunakan vegetable puree. Tak ada garam, gula dan telur jadi bayi pun boleh makan. Warna tu semua asli dari sayur-sayuran bukan pewarna tiruan tau. Nak masak macam biasa, rebus pasta dan campur dalam kuah yang telah korang sediakan. Mudah dan ringkas, lagi best sebab colorful anak-anak pun suka makan. Follow mereka di www.facebook.com/foodieswithlove


 Ini pula Daily's Chili Garlic, buat yang suka pedas mana tahu nak travel boleh lah consider yang ini. Diperbuat dari garlic, onions, pure sesame oil dan 100% himalayan salt memang sedap, ranggup dan cukup pedas. Letak sahaja kat nasi panas-panas memang terangkat !!

Selain barangan ini semua, banyak lagi yang dijual di Little Vive Green Market di Parenthood. Antaranya yang ada dalam gambar di bawah ini. 

  Ni semua snek masa kita budak-budak dulu. Coklat ding-dang pun ada tau.

 Kasut yang dihasilkan rekaan dari pereka tempatan di Malaysia. Harga ok kan !

 Pelbagai jenis teh dari herba dan bunga-bungaan juga di jual di sini.

sayuran segar dan organik di jual 3 paket RM10 sahaja. 

Siapa nak try aiskrim gula melaka, boleh ke sini dan cuba ok. 

Buat pengemar coklat yang inginkan yang lebih sihat. Inilah pilihan buat korang semua. Memang semuanya dihasilkan dari bahan yang sihat tau. 

Di sini kek nangka pun ada di jual. Nanti try ok, rasanya sedap sangat !!

Ini pula jem buatan sendiri. Artisan Fruit Jam yang dihasilkan dari buah-buahan segar untuk korang semua. Pilih sahaja yang sihat untuk anak-anak kan lebih bagus. 

yang nak jaga berat badan, boleh beli yang ini. Overnight oat untuk berat badan ideal. Beli 5 percuma satu tau. 

Semua sudu, chopstick, senduk dan papan pemotong yang dihasilkan dari 100% natural rice husk fibre ini untuk korang yang lebih sensitif. Boleh pakai dan jangan risau ianya dihasilkan dengan cara terbaik untuk kesihatan korang. Ini jua boleh dibeli di sini. 

ini pula aksesori yang berkilau. Cari IG mereka ok



 Ini paling menarik, Magic Mushroom. Korang boleh tanam di ruangan kecil di rumah. 
Senang sangat !! Pencipta ini nak cipta fonemena di Malaysia tau. Nak semua rakyat Malaysia tanam sendiri sayuran dan herba mereka. Menarik kan !! Korang boleh beli kotak Magic Mushroom tu buat permulaan ok.





Banyak kan produk yang dihasilkan secara kecil-kecilan di sini. Memang seronok membeli belah di sini. Sambil mengenali sedikit sebanyak pengusaha yang gigih mengketengahkan barangan mereka bagi semua lapisan masyarakat untuk cuba bersama. Lihatlah kolin pun puas shopping bersama kawan-kawan blogger yang lain. 

Buat anak-anak yang penat bermain di Parenthood Playland, korang boleh terus bawa mereka minum di Lillipilli sebelah sahaja. Harga sangat berpatutan, yang best playland ini selagi ada gelang kertas kat tangan tu. Memang korang boleh keluar masuk. So lepas makan lunch, masuk balik dan teruskan bermain ye. 


Pilihan banyak, tapi kolin rekemen try Root Beer mereka ok. Sedap giloss

 Memang seronok seharian di The Parenthood, Sunway Pyramid West ini. Kalau korang nak tahu lokasi cari sahaja Padini dan masuk dari situ ya. Memang syurga anak-anak bermain. Terima kasih LITTLE VIVE GREEN MARKET untuk pengalaman yang best ini. Lain kali korang nak tahu kat mana lagi Vive Green Market, jangan lupa ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram ok. Boleh lah beli pelbagai barangan tempatan yang berkualiti tinggi 

Pix kredit to Jane Chua

Haa nampak tak penuh beg kami dengan pelbagai barangan untuk di bawa pulang. Siap pencuci buah-buahan dan sayuran pun kami sapu sekali bawa balik. Tapi semua ini dah habis tau pada 25-26 Mac yang lalu. Macam kolin cakap korang ikuti mereka di IG www.instagram.com/vivegreenmarket ok. Nanti jangan lupa tengok sekali hashtag mereka. 
#parenthood #sunwaypyramid #littlegreenmarket #artisan #local #farmer #art&craft #homemade #handmade. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Parenthood layari sini ok www.theparenthood.com.my datang sekali, sure anak korang happy giler. Tak mau balik wei...satu lagi kolin nak bagitau semua barangan yang kolin list dalam ini boleh korang dapatkan di Be Bold Outlet di Parenthood Sunway Pyramid. Ataupun korang semua boleh beli secara dalam talian dari setiap vendors yang kolin share ok. Pergi hari ini dan buatlah perubahan. Berubah kepada yang lebih organik dan mesra alam sekitar :)

Tahniah Little Vive Green Market !!!!



Jumaat 24 Mac 2017

assalammualaikum dan salam sejahtera

Agak sebak hari ini. Kita semua ada sejarah silam kan, sejarah yang pernah kita berkawan, berkongsi kasih dan kegembiraan. Sedih bila dapat tahu seseorang yang pernah hadir dalam hidup dah pergi mengadap pencipta selama-lamanya. Mungkin antara kami tiada jodoh, terus terang selepas kami dah ada pertalian sah dengan pasangan masing-masing terus terputus hubungan.  Dekat alam maya pun kami tidak pernah berhubung.

Tapi zaman teknologi sekarang ini, semua berita kita boleh google sahaja. Sedih dapat tahu seseorang yang pernah mengembirakan kolin dah pergi. Sebak sangat...hampir setahun dah pun rupanya. Tiada apa yang boleh kolin buat, hanya sedekahkan doa dan al-fatihah sahaja. Berdoa semoga arwah ditempat dikalangan orang yang beriman. Setiap yang hidup akan mati kan. Kolin sendiri tak tahu bila, kita semua tak tahu bila. Jadi sementara ada nafas, sementara ada kudrat, kita buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Semoga semua yang singgah blog kolin hari ini di permudahkan urusan. 

'Al-Fatihah buat diri mu yang 
pernah hadir di dalam hati ini'




Love, 

Kolin Zainal 

SAFI BALQIS Oxy White untuk wajah sihat berseri dan cerah sempurna

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak kenal dengan rangkaian produk kecantikan SAFI kan. Dari sekolah menengah kolin dah guna tau. Memang SAFI sentiasa menampilkan rangkaian penjagaan kulit yang terbaru bagi memenuhi semua keperluan wanita di Malaysia. 

Proses pencerahan kulit wajah menajdi lebih cepat dan efektif apabila kulit kita mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan kulit muka yang tercemar sebab sinaran UV juga menjadikan oksigen di dalam kulit makin kurang. Ramai sebenarnya tak perasan sinaran IR atau infra merah daripada matahari menjadikan kulit lebih kusam dan gelap. Dengan itu SAFI jenama halal No 1 di Malaysia ini memperkenalkan formulasi terbaru iaitu Formulasi OxyWhite iatu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite untuk kulit sihat berseri dan cerah sempurna. Kulit sihat dan cantik kan menjadi idaman semua wanita, itu lah dia  SAFI BALQIS OxyWhite.


 Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman berkata, Kami di Keluarga SAFI mengambarkan SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah. Maah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manafaat sendiri dlama mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam. Penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (R&D) Halal yang terbesar di Asia Tenggara ini mengunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak di uji terhadap haiwan. 




Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa, jelas Puan Mahsuri lagi. 

Bagi SAFI BALQIS OxyWhite, SAFI berbangga memperkenalakn Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara televisyen sebagai Duta. Bagi SAFI, Sarah merupakan epitome gadis masa kini. Sarah adalah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaru bagi SAFI. 

Formulasi SAFI BALQIS OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat bersedi dan cerah sempurna. Teknologi inilah yang membantu kulit wajah cerah dengan lebih cepat. Jadi buat korang yang ada masalah kulit kusam boleh cuba rangkaian terbaru dari SAFI ini. 

Kombinasi warana biru laut dan hijau cerah menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gbungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baru ini, SAFI juga menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, menarik perhatian penguna. 

Seperti yang selalu, semua produk ini korang boleh dapatkan di pasaraya seluruh Malaysia. Dengan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan lagi tau. Maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram www.instagram.com/SAFI@safimalaysia dan YouTube www.youtube.com/safimalaysia.

Nak cerah dengan sempurna dan cepat, cuba SAFI ok !!! Kolin dah gunakan dari remaja sehingga lah sekarang tak pernah mengecewakan. 

Love, 

Kolin Zainal 

Part 3: Percutian ke Korea



 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sorry lah tergendala pula cerita bercuti ke korea bersama KLIA TRAVEL. Buat yang terlepas entri sebelum yang ini boleh lah rujuk kat bawah tu ye. 
Kolin nak sambung hari 2 di bumi Seoul, Korea.

Hari kedua bangun, masih sejuk sangat. Korang boleh tengok sendiri banyak salji tu haa atas jalan. Jalan memang licin, nasib lah ada boots yang beli kat Beijing dulu masih boleh digunakan. So tak lah licin berjalan sebab kasut yang kolin pakai tu memang untuk cuaca Winter kan. Dapat juga kolin tengok salji !!!! 

Ini view dari apartment kolin

Awal pagi bangun, kami semua pergi breakfast. Apa aje yang boleh makan cereal, sayur-sayuran dan juga roti. Yang lain diragui halal hahaha. Tapi makan lah cereal dan susu tu banyak-banyak untuk bekalan tenaga berjalan sehari suntuk kan. Apartment Oak Valley ini memang besar dan selesa. Korang boleh cuba google kalau nak try  menginap kat sini. Kolin sebab KLIA TRAVEL dah susun semua. Memang terbaik !





Ini antara yang kolin makan bagi alas perut sebelum bertolak ke kota Seoul. Lebih kurang 2 jam jugak lah perjalanan kolin kali ni ke Lotte World. Sebelum balik sempat lah posing sekitar Oak Valley Aparment tu. Memang lawa sangat pemandangan, teruja. !

Sepanjang perjalanan memang boleh tengok banyak sangat pemandangan cantik-cantik di sini. Memang alam semulajadi mereka menakjubkan, maklumlah ada 4 musim kan. Kolin rasa masa spring atau summer memang lagi lawa. Hope ada rezeki datang lagi ke sini laa


Dah siap posing, kami semua naik bas terus ke ibu kota Seoul. Sebab semalam ke tempat main ski dan Nami Island tu keluar bandar atau countryside. So jom kita ke Seoul !!! Perjalanan mengambil masa 2 jam dan akhirnya kami tiba di Lotte World. Memang clueless sebenarnya apa yang ada kat sini, tapi kolin redah sahaja. Sebab semua perjalanan atau itenarary dah pun disediakan oleh pihak KLIA TRAVEL. So kita layankan aje, senang juga berjalan pakej siap macam ni. Lega otak !

Lotte World adalah tempat bermain dan bersuka ria dari golongan muda sampailah yang ke tua. Kiranya memang lengkap betul hiburan dalam ini. Ada sebelah dalam dan ada juga taman tema di luar. Jadi kalau cuaca tak sejuk seronok lah melepak kat luar tu.

sebelah dalam Lotte World

Sebelah luar Lotte World

Disebabkan masa yang suntuk dan sejuk sangat kawasan luar ini memang kolin tak lah beratur nak bermain apa pun. Kami semua jalan-jalan dan menikmati budaya warga Seoul. Memang happening ! Dan dinafikan mereka memang sporting dan tak malu dalam bergaya. Samada lelaki atau perempuan mengenakan aksesori comel-comel sahaja tau. Jom kolin belanja gambar posing-posing kat sini.









Nampak aje macam ada matahari kan, tapi sejuk weiii. Tu dah abis posing kami semua masuk balik ke taman tema dalam untuk makan tengahari. Yang bestnya melancong di Seoul ini banyak makanan halal yang korang boleh cuba. Lagi lah kalau pakai pakej melancong bersama KLIA TRAVEL ini memang mudahlah kita kan. Semua tempat yang halal sahaja mereka akan bawa kita.

Jom lunch dulu !!



Inilah kami makan untuk lunch hari kedua. Makan pizza, kebab, salad dan kentang goreng.
 Selesai makan, kami sambung balik bersuka ria dalam taman tema Lotte World pulak.
Macam-macam ada kat sini kalau lah ada di Malaysia macam ini memang happy lah anak-anak. Tempat ini macam Genting Highland pun ada juga, macam Universal Studio pun ada juga. Tapi pada kolin lah, macam lebih ke hadapan aje tempat ini.

Kat sini ada tempat untuk solat tau. Sebab dah ramai pengunjung beragama Islam melancong ke Seoul kan. Jadi makanan halal ada, surau pun ada. Korang tak perlu risau ok. Dengan KLIA TRAVEL semua keraguan korang terlerai. Yang penting korang pergi 
melancong dengan gumbira ye. 


Dah makan pun bergegar tangan snap gambar hahaha. Jom ronda-ronda dalam ini. Katanya ada parade atau yang menari beramai-ramai tu. Tu yang nak sangat tengok tu !! Disebabkan kolin pergi ini dekat nak Krismas jadinya banyak hiasan kat sini berkisarkan snow, santa, pokok krimas dan lain-lain lagi. Yang penting meriah !!!

Mari kolin bawak korang ronda-ronda kat Lotte World tengok apa yang ada ya. Tapi yang lebih mengembirakan bila kolin dan kawan-kawan dapat tengok Parade yang ada kat tengah-tengah ini.  Walaupun tak faham cakap Korea tapi memang kami buat-buat faham hahahah












Dah penat pusing berjalan dan bermain di Lotte World kami akan ke tempat lain pula untuk hari kedua. Kolin update dalam entri yang lain ya..sebab yang ini pun dah panjang sangat. Macam lah ramai nak membaca kan hahahah. So harap semua ini dapat manafaat untuk korang yang bakal ke Korea. Nak mudah dan senang tempah kat sini ok !!!


Terima kasih KLIA TRAVEL
KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 
Email sahaja mereka di travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel 



Love, 

Kolin Zainal