assalammualaikum dan salam sejahtera
Kolin memang jadi rutin setiap bulan dapat gaji akan ke pasar borong atau pasar basah membeli barang untuk memasak. Dah lama kolin berhenti tolak troli di pasaraya untuk membeli barang dapur. Pada kolin membazir dan tak boleh langsung nak berjimat. Terutama bab barang basah macam ikan, udang, sotong, ayam dan lain-lain.
Selalu kolin ke Pasar Borong Selayang, tapi kali ini dah berubah. Kolin dah 2 bulan ke Pasar Chow Kit. Sebab lebih murah, lebih segar dan paling penting bukan warga asing sepenuhnya jadi peniaga di situ. Ini kolin nak share buat kawan-kawan yang duduk di Kuala Lumpur dan hendak berjimat. Maklumlah sekarang semua dah nak harga. Nak beli runcit-runcit tu lagi naik kos makan kita seharian. So try lah buat macam kolin, bawa duit dalam RM100-RM200 dan membeli semua keperluan lauk basah korang kat sini.
Ini keadaan dalam pasar bawah Chow Kit. Kalau korang pertama kali datang Chow Kit, jangan risau. Ada aje parking belakang-belakang bangunan tu. Tapi lebih mudah naik motor, kolin dan suami kalau malas nak berasak-asak kami lebih suka naik motor sahaja. Maklumlah KL memang susah nak parking kan. Ok now korang tengok sendiri semua harga dan keadaan lauk-pauk basah yang di jual di sini.
Udang sederhana besar RM22 sekilo dan nampak segar aje kan.
Ikan selar tak silap kolin yang ini hahaha RM7.00. Kolin beli setengah kilo, memang suka makan ikan goreng dengan sambal belacan. Lauk simple balik kerja kan.
Ketam ini pula ada pelbagai saiz. Korang boleh tengok bersusun semua ketam. Disebabkan anak-anak kolin suka makan ketam, kolin ambil yang RM24 sekilo tu 2 ekor sahaja. RM15 untuk ketam 2 ekor untuk di goreng bagi anak-anak makan hujung minggu.
Memang biasa makan sedap sikit waktu weekend. Kalau hari biasa kolin masak simple sahaja. Janji ada lauk untuk makan di rumah.
Sotong pun ada pelbagai jenis yang korang boleh pilih. Kolin beli yang RM13 sekilo tu. Disebabkan alisa maisara suka makan sotong memang sekali masa aje abis tu. Tapi kita simpan lah dalam 5 ekor untuk buat rencah kalau nak masak nasi atau mihun goreng hahaha.
Itu lah amalan kolin kalau masak. Udang, sotong, ayam, daging atau apa sahaja kolin akan simpan sikit dalam mangkuk yang sama untuk dibuat rencah nanti.
Mana lah tahu nak masak dah habis lauk, boleh lah korang buat nasi goreng aje kan.
Buat yang betul-betul bajet, banyak yang jual dalam pinggan tau. RM5 satu pinggan untuk ikan, alah tak payah ikut orang. Dah itu kemampuan kita, kita beli aje lah. Lagipun bukan busuk pun, elok lagi kalau nak masak. Janji rumah kita ada lauk nak makan kan. Ada rezeki lebih boleh lah beli yang lagi best. Betul tak !
Tongkol, sardin, ikan merah semua ada. Pelalin kolin beli RM6 sekilo, ikan paling suka kalau buat kari atau pun goreng garing. Semua modal kolin hari tu tak lebih RM150 sahaja. Pandai susun, pandai masak memang freezer rumah korang boleh bekalkan lauk pauk sehingga hujung bulan tau. Jimat kan!!! Korang masa bersihkan tu, asing-asing plastik dan tulis pakai marker pen. So nak masak keluarkan satu plastik, defrost dan masak. Setakat sayur-sayuran tu boleh lah beli runcit sebab susah nak simpan. Kolin pun selalu makan timun aje, lebih suka ulam dari sayur goreng.
Peminat ikan bilis pun boleh cari kat sini. Segala jenis ada, kolin beli RM14 setengah kilo. Kolin memang suka sangat makan sambal ikan bilis.
Balik dari pasar, terus masak. Inilah lauk kami hari ahad yang lalu. Tulang tu RM12 sekilo
Siap dah makan tengahari kan !!! Semua ini modal tak besar mana. Bilis tu pun tak sampai separuh kolin buat. Korang tau tak bilis setengah kilo banyak mana, hahahah banyak ok !!
Kolin memang suka makan ikan bilis so itu stok kalau malas nak masak lauk lain.
Pilihan di tangan korang, cuba lah ke pasar basah selepas ini. Berhenti ke pasaraya membeli belah. Dan kalau pasar selayang dan pasar chow kit, sila lah ke chow kit. Serius yang terbaik ! Semua bahan basah kita beli di balut dengan suratkhabar dan di masuk dalam plastik. Bersih dan senang nak letak dalam bonet. Sebab tak berbau !! Dan kalau korang ke sana, perhatikan semua kereta-kereta besar pun shopping sini tau. Last week i nampak kereta Hummer tau.
Drive kereta setengah juta pun pandai nak berjimat beli kat pasar tau !! Tak pergi pasaraya terkemuka pun. So berubah stop tolak troli bayar RM300-400 sebulan tu ok. Korang akan nampak perbezaan ketara dengan duit simpanan korang.
Love,
Kolin Zainal