Wednesday, February 15, 2017

Happy Valley Fishing tempat pancing udang harimau

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ni kolin melayan hobi anak bujang kolin Ali Imran yang tahun ini darjah 5 atau lebih tepat nak masuk umur 11 tahun. Sekarang ini memang tengah gila memancing, tak habis-habis nak memancing aje kerja dia ni. Satu hari tu puas kolin godek-godek FB jumpa lah tempat memancing ini dalam FB. Tapi bukan udang galah lah, udang harimau. Disebabkan dekat, pergilah kami nak melayan hobi anak ni.


Happy Valley Fishing yang terletak di Seksyen 8, Kota Damansara ini senang saja nak cari pun. Korang cari Jabatan Pendaftaran Negara, sebelah tu aje. Senang juga nak parking kereta kalau malam laa.

Pekerja di sini peramah, kalau korang pertama kali nak memancing kolam udang ni boleh tanya dia. Pancing dan umpan disediakan dengan bayaran seperti di bawah ini. 


haaa yang bestnya kanak-kanak bayaran separuh harga. So jadinya papa satu pancing dan Ali Imran satu pancing. Boleh lah dekat sekilo juga bawa balik rumah udang harimau yang dapat. Itu yang buat 'shell out' hari tu dalm entri blog sebelum ini. 

Tapi nak memancing udang galah ni ada caranya, salah teknik memang tak dapat sekor pun. Nasib kami baik sebab ada pakcik-pakcik otai kat situ menolong. Itu yang boleh tahan tangkap kami bawa balik. Pergi pun malam buta dekat 2.00 pagi baru kami sampai rumah tau. 


Inilah tempat memancing tu 


Kolam dekat tengah-tengah tu, korang mancing lah tepi tu. Ikutkan setiap jam ada aje tambahan udang kat sini. Seronok memancing bila dapat udang selalu, tapi itulah teknik kena ada nak bawak udang naik heheh


Korang kalau nak cuba, datanglah sini, boleh anak-anak pun cuba memancing. Mana tahu boleh jadi hobi buat sekeluarga kan. Macam kolin laaaa, dah almost setiap minggu nak pergi weiiiiiii
Keluarga nelayan kota namanya hahahhaha πŸ‘―

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you