Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Ber 'shell out' kat rumah aje

assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah dia bahana viral tau. Hari minggu tu nampak si Sufia Hafizah post kat FB buat kenduri doa selamat style 'shell out'. Penyudahnya aku pun sama jugak masak beriya-iya untuk 
'shell out ' kat rumah. Nasib baik masak untuk 4 orang sahaja, 
kalau banyak memang lah gigil akak 👻

Nak dijadikan cerita sabtu malam minggu yang lalu, kolin sekeluarga pergi memancing udang harimau di Kota Damansara Seksyen 8. Dapatlah bawa balik udang dalam sekilo lebih, nanti kolin kongsi info ya. Mana tahu korang pun nak try memancing udang harimau dalam kolam hahahahha. Menda best kena kongsi kan

Ahad tu pula, kami sekeluarga pergi ke Pantai Remis Kuala Selangor. Makan tengahari dan melepak lah sampai ke petang. Anak-anak kolin cari pengalaman cari lala kecik-kecik tu sampai berselut satu badan. Tapi jangan risau kat situ ada toilet untuk mandi dengan bayaran RM1 sahaja. Paling elok korang bawak lah air siap-siap dari rumah dan boleh lah siram sikit-sikit sebelum pergi mandi tu. Sebab selut atau lumpur tu bukan sikit-sikit oii...Tebal giler. Kolin pun sampai abis ke lutut berselut pasal nak mencari lala tu. Tapi yang penting, pengalaman lah kan. Siap nelayan yang mencari lala ajar cara mencari lagi tau !!! 

Tapi dalam keadaan selut dan berlumpur lupa kolin nak bergambar. Yang pasti sebelum balik, kolin dan suami membeli lah lauk pauk kat sini. Semua lauk fresh-fresh di bawa pulang untuk bekalan seminggu dua nanti. Ikan pari dua ekor besar RM25, ketam nipah RM30 sekilo (lebih kurang 10 ekor), kerang 2 kilo RM8 (kupas sesiap untuk buat rendang kerang), lala yang telah dikupas isi (boleh buat rencah nasi goreng).

Inilah dia 'shell out' keluarga kecik kolin !!! Comel tak hahahahhaha😆



Untuk 4 orang makan pun dah nampak banyak gila kan. Cuma kolin tak lah pakai jagung, ganti dengan timun. Sebab kalau jagung takut tak abis nanti. Buh timun lagi laju sikit jalan nya. 


Dari kanan, kerang bakar, ketam masak sambal, udang harimau goreng, lala tumis cili padi dan last sekali ikan pari bakar dengan kicap pencicah. 


Siap sudah !!!! Selesai makan wei..puas hati. Buat Alisa dia memang enjoy giler makan macam ini. Jenis tak pakai pinggan hahahahha semua pakat lebur aje kat tengah-tengah. Tapi buat Imran dia pelik. Round one dia makan lah kat situ, round two dia dah ambil pinggan. Siap cakap 'nanti abang basuh ye mami'. Nasib mami tak bawak awak ke restoran mahal abang oii...kalau tidak buat malu mami aje hahahahhaha. Dia pelik sebab makan tak pakai pinggan. 

Shell out atas lantai dan plastik tu pakai pembalut buku. Haaa..kreatif tak hahahah
Janji dapat 'shell out' ye. Nanti kolin nak buat lagi lah, tapi nak tukar menu bukan semua seafood. Nak campur yang lelain pulak kan. Bestnya tak perlu basuh pinggan tau 💂

Inilah shell out keluarga comel kolin. Korang tak nak cuba ke?

Love,

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you