Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Riadah di FRIM

assalammualaikum dan salam sejahtera

Cuti Sambutan Tahun Baru Cina kali ini kolin sekeluarga memang melepak kat KL sahaja. Sebab kakak kolin dari Johor datang rumah mak kan, so dah lama tak jumpa kakak dan anak saudara semua. So batalkan niat menambah statistik jalan sesak tu lah. Baik melepak rumah kan. Tapi kan, tahun ini macam kurang aje bunyi mercun. Selalu kalau kat Jinjang rumah kolin tu memang riuh dengan mercun sampai ke 1-2 pagi. Kali ini sunyi aje, tak banyak pun orang main mercun lah. 

Jadi pagi yang indah, kami nak ke FRIM untuk Canopy Walk sebenarnya. Alah jambatan gantung tengok pokok-pokok besar kat FRIM. Malangnya masa kami pergi, tutup pula under maintenance. So tak dapatlah merasa nak cuba Canopy Walk. Harap maklum ya, ada caj bayaran untuk kereta dan orang yang masuk dalam FRIM ni, bukan percuma tau. Kalau nak buat fotografi untuk perkahwinan pun kena caj juga. So kalau nak datang FRIM, waze ok. Senang aje dekat Kepong tu. 

Disebabkan nak buat aktiviti Canopy Walk tak jadi. Maka kami sekeluarga sekali dengan anak saudara jalan-jalan la dalam FRIM. Dapatlah merasa berjalan di salah satu 'trail' yang ada di sini. Malangnya kolin sendiri tak pakai pakaian sukan weii...Next round, kolin datang pakai lengkap dan mungkin boleh berjogging sambil riadah di FRIM. Udara nyaman dan badan pun sihat kan. Bukan nak kurus pun, saja nak bagi FIT sikit dan sihat aje pun hehehe


Inilah dia anak-anak kakak. Baju askar tu Haikal, yang merah tu Shamil dan paling kecil sekali tu Hakimi. 

Haa.. inilah dia kerja laki bini. Pantang nampak lokasi menarik dedua nak posing hahah. Kalau korang nak bagi sedikit pelajaran mengenai pokok dan alam semulajadi, boleh lah bawa ke sini. Cuma pastikan pakai yang lengkap sukan dan baju sesuai supaya mereka boleh berjalan dengan selesa. Terus terang memang korang sure berpeluh berjalan kat sini. Ramai sangat orang tempatan dan orang luar negara berjalan-jalan dalam ini. Ini orang-orang yang hargai alam semulajadi lah kiranya kan. 

Jom kolin bawa korang berjalan ke Aromatic Trail yang ada di FRIM ini. Adalah sepanjang 1 kilometer kami berjalan dalam trail tu. Dan sesekali nampak kesan binatang, macam khinzir hutan pun ada weii. Tapi seronok sangat jalan perlahan-lahan kat trail ini sambil menikmati alam semulajadi. 




Haa...best kan untuk aktiviti budak-budak nak membesar ini. 
Jangan lupa pergi ok. Dekat aje FRIM ni. Cuma jangan bawa lah, anak kecil bawah 5 tahun ke sini. Kesian takut nyamuk bagai kan. Tapi kalau anak kecil boleh bawak mandi air terjun hihi.

Kolin memang tak bawa bekalan apa pun. Disebabkan hampir jam 12.00 tengahari, kolin tapau aje dekat medan selera yang ada di area air terjun di sini. Untuk 6 bungkus nasi lemak pelbagai lauk kami kena RM29.00, rasa kolin ok dah tu. Sebab dengan memasing lauk boleh tahan pilihan. Lapar kan, berjalan banyak sangat. Sambil makan, sambil lah kami berendam kaki kat sini.



Yang ini dramatik lah sikit, makan kat dalam sungai kat celah batu tu. Dedulu masa datang, air banyak sikit, sekarang dah banyak pasir dan air cetek. Setakat bebudak seronok lah main air. Kita ni tengok aje lah keadaan tenang kat sini. So kalau datang bawa baju spare sesiap ok. 


Inilah aktiviti kolin sehari untuk Sambutan Tahun Baru Cina. Buat semua kawan-kawan yang meraikan nya

Gong Xi Fa Chai 💓

Love, 

Kolin Zainal  

2 comments:

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    ReplyDelete

loving me..loving you