Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2016 Kumpulan Ambank

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kumpulan Ambank telah berbesar hati menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2016 dengan kehadiran lebih kurang 1,200 orang tetamu termasuk pelanggan-pelanggan, tetamu dan ahli-ahli media. 
Kolin berbesar hati dapat bersama-sama meraikan bersama. 

Rumah terbuka ini di adakan di Majestic Ballroom, The Majestic Kuala Lumpur ini dihadiri oleh tuan rumah sendiri Tan Sri Azman Hashim iaitu Pengerusi, Kumpulan Ambank. Antara Pengurusan Kanan yang turut hadir ialah Dato' Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohamed Azmi Mahmood, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan daripada syarikat subsidiari kumpulan seperti Perbankan Runcit, Perbankan Pelaburan, 
Perbankan Borong dan Insurans. 


Majlis yang penuh warna-warni ini dimeriahkan dengan Lion Dance, Yee Sang dan juga pelbagai persembahan pentas. Lagi manis kolin dapat dengar sendiri Pengerusi, Kumpulan Ambank iaitu
 Tan Sri Azman menyanyi di majlis itu. Sedap suara dia, tak sangka!!!

Meriah dan pelbagai makanan yang dihidangkan sepanjang majlis malam tu, sedap sangat.
Menurut kata Pengerusi Ambank ini, 'Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ini secara khas untuk pelanggan kami bagi menghargai sokongan mereka dan juga kerana memberi peluang kepada kami untuk berkerjasama sebagai satu pasukan. Ini merupakan masa sesuai untuk mengeratkan lagi hubungan dengan semua pelanggan kami pada masa yang sama untuk menyambut kedatangan 
Tahun Monyet Api bersama' kata Tan Sri Azman. 


 Inilah date kolin malam tu, Cik Emmy!
Majlis yang tamat pada 10.00 malam itu memang meriah dan kami semua dibekalkan
buah oren sebagai simbolik kepada perayaan Tahun Baru Cina. 

Kalau korang nak tahu, Ambank Group adalah salah satu Malaysia's Premier Financial Solutions
di mana lebih 40 tahun di Malaysia. Lebih maklumat boleh layati www.ambankgroup.com

' Gong Xi Fa Cai"

Love, 

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you