Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

#Green24Challenge by AirAsia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Jom selamatkan bumi kita!!! Haa..inilah kempen yang sangat bermakna untuk menyelamatkan bumi. Untuk ini AirAsia telah mengadakan satu pertandingan bagi semua aabc yang ada. Kolin pun tak nak lepas peluang nak menyumbang sesuatu kepada kempen ini. Kempen yang baik ini harus diteruskan dan "save the earth" patut dipraktikkan di mana-mana sahaja. 

Banyak sangat aktiviti yang telah AirAsia dan kawan-kawan kolin lakukan. Ada yang bersihkan kawasan air terjun, mengutip sampah di tepi pantai, menanam kembali pokok paya bakau, mengamalkan membawa beg sendiri ketika membeli belah, membawa bekal sendiri ketika membeli makanan dan banyak lagi. Korang boleh lihat sendiri kempen ini di Instagram AirAsia bagaimana kempen ini dijalankan dengan sukses. Malah ada website yang boleh korang lawati http://www.airasia.com/green24/


Untuk menyertai cabaran ini pemenang yang dipertaruhkan adalah sangat berbaloi. 24 seat pergi dan balik kemana-mana destinasi pilihan tau. Dan yang paling penting sumbangan kita kepada bumi yang bakal diwarisi oleh generasi baru kelak. Inilah salah satu gambar yang kolin dapat google. 


Ianya di Kanching Waterfall, di mana kumpulan ini telah bergotong-royong mengadakan aktiviti bersama-sama bagi menrealisasikan lagi #Green24Challenge ini. Macam biasa kolin pun join juga.
Ini yang ada di pejabat kolin. 3R - Fikir dulu sebelum buang.



Tak menang, tak pe. Janji kolin dah cuba sumbangkan sesuatu. Hasil kerjasama dan kesedaran dalam pejabat pun penting juga kan. Pastikan kertas yang tidak dipakai lagi dikumpul dan diserahkan untuk kitar semula. Jangan buang dalam tong sampah ok! Semua ini untuk bumi kita.

So good luck buat semua yang masuk pertandingan ini. Yang penting sumbangan dan hadiah no. 2. 
Chaiyookk....

#Green24Challenge


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you