assalammualaikum dan salam sejahtera
Masa dapat tahu parcel dari KOSE datang, tu ingatkan kecil sahaja. Tapi rupanya besar sangat!
Teruja sangat buka parcel ini tau. Penuh dengan kejutan belon helium yang pink ini dan belon kecik-kecik tu. Memang rasa happy giler masa buka kotak ini. Video membuka kotak ini ada Utube kolin dah.
https://youtu.be/GZWnF1ogDd8
Inilah dia Trial Set dari Kose Sekkisei. Ianya RM99 (termasuk GST) dan produk-produk yang terpilih adalah seperti berikut:
SEKKISEI White Liquid Wash 20ml
SEKKISEI Lotion 100ml
SEKKISEI Emulsion 70ml
SEKKISEI Clear Whitening Mask 10g
Mask Bihadagoyomi 3 kepoing dan beg Setsuko yang eksklusif
Kalau korang nak tahu SEKKISEI telah berada di pasaran selama 30 tahun. Dihasilkan berdasarkan 'petua kulit cantik berseri' sejak turun temurun. Produk ini telah dilancarkan pada tahun 1985 dan kini meningkat naik seiring dengan keberkesanan produk ini.
Tak dinafikan, nak dapat kulit yang cantik perlu dari usia yang muda lagi. Produk SEKKISEI yang direka khas untuk mendapatkan kulit yang halus dan mulus bukan suatu yang mustahil lagi. Dimanfaatkan dari kuasa ekstrak herba timur yang dipilih secara teliti daripada lebih kurang 100 tumbuhan yang berbeza sudah tentunya memberikan kesan formula yang harmoni yang sesuai untuk kulit kan.
Tahun ini SEKKISEI memperkenalkan set percubaan edisi khas yang mengandungi lima produk terunggul. Tiga ekstrak tumbuhan timur iaitu Coix Seed, Melothria (White Lotus) dan Angelica yang berfungsi sepenuhnya untuk menjaga kulit kini dalam keadaan sempurna untuk penjagaan kulit optimum.
Kolin telah diberi peluang mencuba set ini selama 10 hari. Hasilnya memang tidak dinafikan kulit semakin sihat dan tampak lebih segar. Langkah pertama, pencuci muka.
1. SEKKISEI White Liquid Wash
Pamkan pencuci muka ini di tapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Bersihkan kulit sambil mengekalkan kelembapan kulit. Agen pembersih yang berasaskan Taurine membolehkan kulit bersih dan terhidrat. Masalah kulit kering kini bukan suatu masalah lagi. Ekstrak Rubus Suavissmus pula menghindarkan dari kulit kusam dan pancaran UV. Maklumlah kolin memang selalu berada di kawasan luar. Memang lembut sangat pembersih muka ini dan jangan risau memang tiada pengelupasan. Kulit lembuh sahaja lepas cuci.
2. SEKKISEI Lotion
Hanya letakkan sedikit di atas kapas muka dan mula sapu perlahan-lahan di kawasan muka. Produk ini lah yang paling laris mengandungi 100 jenis tumbuhan timur yang terpilih. Boleh digunakan sebagai penyegar atau mask. Kalau nak tahu tips dari KOSE, hanya rendamkan mask berbentuk bulat Bihadayagoyomi di dalam penutup dan tuangkan SEKKISEI Lotion sehingga tablet mask kembang. Kemudian letak sahaja mask di muka dan rasai sendiri kulit memang lembab sangat selepas itu. Kolin suka mask ini sebab memang terserlah mampu mengecilkan liang roma di muka. Satu lagi memang terasa kulit bersih sangat. Hanya dengan letak mask ini di muka 10 minit, terus muka jadi lembab sangat.
Inilah mask tu, rendam sahaja ok. Lepas itu buka dan terus letak di muka.
Nampak tak mask tu mengembang dari bentuk asal selepas di rendam.
Memang mudah dan senang. Selepas tanggal tak perlu cuci muka pun!
Terasa kulit lembut sangat macam baby. Ini semua ada dalam trial kit tu kalau korang nak cuba.
3. SEKKISEI Emulsion
Pelembap yang super ini memang kolin suka pakai sebelum tidur. Cepat menyerap tak berminyak dan langsung tak ada feeling tegang muka tu. Ianya membantu mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan kekeringan. Bahan bahan seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paenoia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica boleh membuatkan kulit tampak seri. Guna 1 hingga 2 pam pada kapas muka dan sapu perlahan-lahan sahaja. Memang sedap saja kulit muka selepas sapu pelembap ini.
4. SEKKISEI Clear Whitening Mask
Mask yang super magik ini memang terbaik. Mask lembut yang menghilangkan kekusaman dan sel-sel kulit mati, mencerahkan dan menghidrat pada masa yang sama. Menghalang pengeluaran sebum, manakala campuran ekstrak tumbuhan timur memberikan manfaat pencerahan yang baik. Serbuk hitam bersaiz nano membolehkan mask digunakan dengan mudah. Lepas sudah kering dalam 10-15 minit, tarik sahaja mask dari bawah ke atas. Semua blackhead dan whitehead lekat situ. Mau tak magik!!! Sekarang nak berspa muka di rumah pun boleh dengan set trial ini.
Cerita banyak memang tak guna, nak tahu kena lah cuba sendiri kan. Macam kata Pengarah Urusan Kose Malaysia, Maasaki Hara ' kita hidup di dalam dunia di mana segala galanya adalah tentang kecekapan. Kami mahu segala-galanya cepat dan serta merta'.
Untuk maklumat lanjut dan lebih info mengenai produk ini, di mana nak dapatkan set percubaan dari KOSE Malaysia, korang boleh LIKE FB www.facebook.com/kose.malaysia atau layari laman web KOSE Malaysia di www.kose.com.my
Lihatlah sendiri wajah segar kolin setelah 10 hari penggunaan set trial ini. Nampak lebih sihat dan kemerah-merahan. Ini baru 10 hari pengunaan kalau lah 10 bulan mesti lagi nampak sihat dan berseri.
SEKKISEI boleh didapati di 15 buah negara di seluruh dunia. Ia akan menyediakan produk-produk bermutu tinggi dan inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri.
Jangan lupa dapatkan trial set ini di pasaran segera dan rasai sendiri keberkesanan produk ini.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you