assalammualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah rezeki!!! Ini lah masa kolin cakap masa terima parcel dari CaliMilan Empire ini. Masya Allah lawa sangat telekung dusty pink ini. Siap ada pouch bag yang super comel, sesuai untuk digunakan hari-hari bersolat atau pun travel. Kolin percaya ada yang jadikan telekung ini sebagai hantaran juga. Sebab kalau tengok pada seleksi yang ada pada CaliMilan Empire memang semua sweet sangat. Berpegang kepada tema telekung pastel sudah pastinya mereka dapat memenuhi taste wanita masa kini.
ini pouch bag telekung
Diperkemaskan dengan kain tebal dan cukup menutup dahi dan dagu.
Memang tak jarang langsung! Kolin suka sangat material yang digunakan...heavy!!!
Diperincikan lagi dengan lace comel ini dan juga kain yang belainan jenis tu bagi menampakkan betapa ekslusif design telekung dari CaliMilan Empire ini. Tapi apa yang kolin nak puji adalah labuh nya kain telekung ini. Kolin dah sedia maklum tinggi untuk kaum wanita 165cm. Dan bila pakai memang labuh giler!
Terletak aje bila kita sarung telekung ini tau. Nampak tak....
Kemas aje nampak kan dari tepi dan depan. Macam biasa kolin ulang SELESA sangat telekung ini.
Warna pula dusty pink memang kolin suka lah sangat. Tapi kalau lah ada antara korang tak suka pink banyak lagi warna lain yang boleh di miliki. Jangan risau ok. Follow dan klik kat bawah ok.
www.facebook.com/CaliMilanEmpire atau www.instagram.com/calimilan_empire
So jangan risau kalau nak warna ikut tema untuk buat hantaran kawen pun. Kalau tema biru, hijau, kuning, semua ada janji PM atau DM sahaja mereka. Semuanya ada tau. Tapi kalau stok habis jangan marah yee. Sebab kolin tengok jualan telekung pastel dari CaliMilan ini laku laris. Tak percaya pergi tengok lah page mereka sendiri. Ada yang dah sold out uoolssss...
Labuh kan! Nanpak tak kain tu flowy, labuh dan juga tak jarang langsung.
Happy sangat dapat jumpa telekung macam ini. Tak payah nak pergi Bandung dah nak cari telekung kualiti tinggi, kat Malaysia pun dah ada. Lagi bagus support ekonomi negara sendiri kan.
Terima kasih CaliMilan Empire sebab sudi share dengan kolin telekung ini. Selalu pose #ootd sahaja kan, kali ini kolin pose #telekungpastel. Amacam?
Bersyukur dipertemukan dengan Telekung Roselle dari CaliMilan Empire ini.
Korang kalau ada bajet lebih nak ganti telekung baru tu, boleh lah consider try yang ini.
Mesti rasa berbaloi sangat. Nak pergi surau berjemaah pun happy aje, sebab sejuk material nya.
Tak sabar nak pakai pergi terawih nanti... *wink
Love,
Kolin Zainal

untung laa wehh dapat telekung cantik plus selesa! haihh! dengkiii
ReplyDeletekan...lawa tak telekung baru kita!! hahahah
Delete