Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Kolin amat-amat berbesar hati dijemput ke sidang media ini yang di adakan di Hotel Pullman by Lakeside Putrajaya, Putrajaya. Siapa sangka sidang akhbar yang selalunya protokol bertukar menjadi santai sangat. Terima kasih kepada orang kuat sidang akhbar ini membuat kami semua blogger yang hadir berasa sangat- sangat selesa. Ketawa sepanjang press conference memang perkara yang menghiburkan.
Siapa yang tidak kenal dengan Dato' AC Mizal tuan punya PeaceYall.FM Inilah dia, pertama kali dalam sejarah, radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia ini, akan mengadakan satu karnival besar-besaran di Dataran Ayer Keroh Melaka dengan kerjasama dari OMGFest Ventures.
Karnival PeaceYall.FM ini akan menjanjikan suatu kelainan berbanding karnival yang lain. Janji ini akan pasti kerana ianya menekankan konsep rekreasi santai untuk semua golongan umur.
Semasa sidang media, Dato' AC Mizal menekankan, karnival ini adalah satu landasan untuk PeaceYall.FM berinteraksi terus dengan orang ramai di samping juga peniaga-peniaga tempatan boleh bersama-sama mempromosikan jualan mereka dengan kos yang amat berpatutan. Untuk itu, OMGFest telah menyediakan ruang niaga untuk semua yang berminat. Untuk usahawan dan usahawanita boleh lah hubungi 011-2626 1656 (Daz) atau 019-2796275 (Lieza) dan email mereka di karnivalpeaceyal@gmail.com
Lagi mudah layari sahaja laman sosial mereka di Facebook dan Instagram ok. Search PEACEYALL.FM dan juga OMGFEST2014 semua maklumat yang korang cari sure ada kat dalam tu.
dari kiri Kartunis Ubi, Dato' AC Mizal dan Cik Liza
Antara aktiviti yang bakal ada sepanjang karnival ini adalah ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak, persembahan dari VJ dan selebriti tanahair dan sudah tentu dari Dato' AC Mizal sendiri. Beliau yang terkenal dengan kumpulan 4U2C ini sudah tentu dapat menghilangkan rindu semua peminat yang nak sangat dengar Dato' AC Mizal menyanyi kan. Semua ini akan dipancarkan secara langsung atau 'live streaming' ke seluruh dunia melalui aplikasi PeaceYall.FM nanti. Jangan lupa download ok!
Sekaligus pada hari itu Kartunis Ubi yang terkenal dengan komik 'Ujang' satu ketika dulu telah kembali dengan komik Skoolastik. Kalau korang nak tahu Kartunis Ubi ini atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun 'Budak Hostel, Aku, Dia & Volkswagen'.
Kini beliau kembali dengan hasil idea komik yang terbaru berjudul 'Skoolastik'. Kiranya ini comeback dari Kartunis Ubi yang setelah sekian lama berdiam diri lah kiranya. Menurut Kartunis Ubi, komik Skoolastik yang mempunyai 100 muka surat ini telah mengambil masa selama 8 tahun untuk dihasilkan. Ianya bertujuan menaikkan balik 'trend' membaca komik di kalangan remaja. Skoolastik menceritakan kisah 3 rakan karib menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu dan penuh dengan nasihat juga tau. Komik menarik ini direalisasikan dengan sokongan dari semua penaja-penaja yang memberi sokongan kepada beliau dalam penghasilan komik Skoolastik ini. Terutama kepada PeaceYall.FM yang dipengerusikan oleh Dato' AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini.
Nak miliki komik ini yang berharga RM19.90 ini senang sahaja. Boleh beli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku di seluruh negara bermula pada 20 Februari 2016. Atau follow Instagram dan FB beliau ok. Search @kartunisubi ok
Inilah dia semua orang kuat yang akan menjayakan Karnival PeaceYall.FM nanti. Karnival ini akan pergi ke seluruh Malaysia tau. Selepas Melaka, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan akan berakhir di Kuala Lumpur. So orang utara, timur, barat bersabar ok...
Karnival happening ini sure akan berada di negeri korang
Bertuah dan beruntung dapat dengar sendiri kejayaan anak melayu tempatan ini.
Siapa sangka Dato' AC Mizal yang bermula sebagai penyanyi rap dahulu, kini berjaya menjadi
usahawan yang termasyhur di Malaysia. Radio Online pertama di Malaysia direalisasikan oleh beliau!
Tahniah Dato' dan Datin dan terima kasih atas perkongsian pengalaman sepanjang petang itu.
Tak lupa juga Kartunis Ubi yang sudi autograf buku komik ni. Happy sangat !!
Sila ingat dan catit dalam kalendar ok! 2-3 April 2016 di Dataran Ayer Keroh, Melaka.
Datang beramai-ramai dan saksikan sendiri kemeriahan Karnival PeaceYall.FM nanti. Yang teringin nak
jadi VJ bagi PeaceYall.FM pun boleh tau. Datang lah ujibakat nanti.
Yang nak berniaga, sila lah terjah OMGFEST2014 di Instagram dan FB mereka. Boleh dapatkan info lebih lagi mengenai karnival yang bakal diadakan kelak. Buat Kartunis Ubi...welcome back!!!
antara blogger yang hadir
Kepada peminat game boleh install kat playstore aplikasi terbaru iaitu 'DAC PeaceYall' oleh Dato' AC Mizal. Aplikasi tu sangat best sebab apa..korang main game, kumpul coin dan boleh tebus hadiah!!
Ni blogger huda terus download dan main masa sidang akhbar berlangsung.
Antara hadiah yang best ialah minyak wangi DER & DAR untuk wanita dan lelaki.
Inilah produk keluaran terbaru dari Dato' AC Mizal & Datin Emylia.
Boleh di bawa solat, kolin dah try yang wanita punya petang tu. Confirm wangi!!!
Ni lah perangai blogger huda terus download dan main masa sidang akhbar berlangsung.
Khayal main game tau. Nak menang minyak wangi Dato' AC Mizal lah tu.
Sporting Datin Emylia posing tayang minyak wangi terbaru dari mereka.
Semoga sukses dan berjaya dalam apa jua yang mereka rencanakan.
Berjumpa kita di Karnival PeaceYall.FM dengan kerjasama OMGfest! April nanti ok.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you