Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pilihan di tangan kita

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebagai seorang ibu memang setiap kali balik rumah, fikir nak jamu apa kat family malam ini. 
Kolin pun pening juga kekadang nak fikir menu. Dah la sampai rumah pun dekat maghrib nak masak lagi. Memang kadang kala penat sangat rasa badan. 

Menjadi wanita yang bekerja, selalunya senang untuk kita bungkus atau makan sahaja di luar. Memikirkan makan kat luar lagi mudah dan ringkas kan. Tak perlu mengemas, tak perlu nak bersusah payah basuh pinggan mangkuk. Makan sahaja di kedai mana-mana. Kenyang dah boleh balik untuk rutin seterusnya. 

Akan tetapi kadang-kadang kolin masak yang simple sahaja untuk keluarga kolin. Anak selalu bertanya,
"lauk ini sahaja ke mami?"...selalu kolin balas...bersyukurlah...sebab orang susah makan nasi dengan garam, kalau kat Syria yang video mami tunjuk hari tu, orang tu makan rumput sahaja. 

lama-kelamaan anak-anak kolin dah kurang bertanya. Dan apa yang kolin hidangkan untuk makan malam, mereka makan sahaja dengan gembira. Ye lah, kolin kadang-kadang pergi job review restoran, semua makan yang di hidangkan mewah-mewah belaka. Tak akan lah nak share bila kita makan mewah sahaja kan. Hakikatnya ini lah lauk makan malam kolin malam tadi, Alhamdulilah habis 2 pot nasi family kolin makan. 


Ikan yang agak besar seekor di goreng garing, sambal kosong dan ulam tomato. Senangnya sebab siapa yang nak  pedas ambil sambal, kalau tidak boleh makan ikan goreng sahaja. Maklumlah anak perempuan kolin memang susah sikit nak makan yang pedas. 

Pilihan di tangan kita!
Nak berjimat boleh, nak bagi anak-anak dan suami makan hasil air tangan kita boleh.
Memang ada yang cakap barang mahal sekarang, kalau pergi kedai beli barang dan mencecah RM20. Kalau makan kat kedai RM20 dah siap air. Tak perlu susah payah. 

Percaya atau tidak, semalam makan malam kolin tak sampai RM10 dan cukup kenyang untuk 4 orang makan. Bersederhana dan berjimat rasa kolin tak salah. Bukan kata kolin sentiasa makan begini, ada kala makan juga di restoran dan belanja mewah. Hidup ini terlalu singkat kan...semua mesti nak rasa.

Semalam kolin cuma goreng ikan pekasam dan sup sayur sahaja. 
Elok dan cukup sahaja, yang penting kemahuan kita. Nak bermewah selalu boleh sahaja, tak salah pun...terpulang kepada hak individu. Cuma pada kolin lauk yang simple dengan nasi panas tu lagi sedap!!!
Lagi pulak makan dengan yang tercinta kan.

Kepada yang merungut, belanja dapur dah banyak, dah mahal. Pilihan di tangan kita, di samping berjimat cermat kita pun boleh didik anak mengenang orang yang lebih susah. Kalau pergi rumah orang mereka tak akan merungut sebab dah biasa makan apa yang ada.


Inilah dunia kecil kolin...semua gembira dan enjoy!!
Semoga korang pun happy selalu...

Pilihan di tangan anda!!!

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. kadang yang simple tu la yang sedap kak...alhamdulillah dengan segala rezeki yg Allah berikan.. :)

    ReplyDelete

loving me..loving you