Bertempat di Kare Cafe, One Utama Mall Damansara pada 14 Mac 2015 yang lalu kolin telah dijemput oleh The Butterfly Project untuk bersama-sama 50 blogger lain bergembira bersama Chulips. Pelembab bibir Chulip yang dihasilkan oleh Mentholatum sangat comel dan mempunyai variasi warna merah jambu, merah hati, ungu dan hijau. Ikut pilihan masing-masing macam warna Merah Jambu campuran rasperry dan peach. Kalau Merah ada apple, ginger dan tea rose, Ungu ada bau rose germanium dan cengkih dan last sekali hijau ada citarasa orange, limau dan mangga.
comel kan???!!! bentuk yang sangat mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Yang penting kelembapan bibir sentiasa dijaga di dalam bekas yang super kecil.
Sempat juga kolin berkenalan dengan Tammy dan beberapa blogger lain masa di majlis ini. Maklumlah ini pertama kali kolin menyertai event anjuran The Butterfly Project.
Terima kasih jemput kolin ye #butterfliesmsia
Terima kasih jemput kolin ye #butterfliesmsia
Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pihak penganjur yang sangat ceria pada petang itu
Untuk event kali ini kami diminta untuk menghiasi Chulip kami secara kreatif seperti contoh yang telah disediakan. Memang kena sangat lah dengan kolin yang kreatif ini.
Nampak tak contoh Chulip yang telah didekorasi. Kita boleh mengunakan melukis mengunakan pen atau apa sahaja bahan craft yang boleh menjadikan Chulip kita lebih menarik. Masa untuk berebut!!!
Inilah antara bahan-bahan yang disediakan bagi semua 50 blogger untuk menghiasa Chulip yang disediakan. Memang meriah sangat masa ini, kolin terus teringat zaman sekolah dulu. Zaman gam, gunting, pen dan semua alatan dikongsi bersama. Rindunya zaman tu..nasib kolin baik sebab dapat merasai semula pengalaman ini huhuhu
Ini antara bahan-bahan yang sempat kolin ambil masa acara berebut tadi. Masa sibuk ambil barang-barang tu kolin terus decided nak buat elsa si frozen. Kata kolin kreatif kann heheheh
Tengok aje lah jadi ke tidak frozen tu hahahha
Semua tengah tekun giler hias Chulip masing-masing. Untuk menambah keseronokan menghiasi Chulip ini, satu pertandingan telah diadakan. Semua peserta boleh hiasi Chulip sekreatif yang mampu dan ambil gambar. Hadiah yang ditawarkan iPad Mini 3 atau set pelembap bibir Chulip. Hanya 5 pemenang bertuah akan memenangi pertandingan yang diadakan mulai 5 Mac 2015 sehingga 30 Mac 2015.
Untuk menyertai sila layari www.chulip.com.my/pimpmychulip dan upload gambar Chulip yang telah dihias cantik. Mana tau tuah ayam di kaki, tuah kita memang iPad Mini 3.
Inilah frozen kolin!..comel takk...
Selfie bersama Chulip Frozen satu!
Semua tekun nak hiasi Chulip masing-masing sebab hari ini tiga pemenang akan diumumkan. Dapat hadiah jam tangan Baby G lagi tau. Dan tiga lagi dapat hadiah saguhati. So 6 Chulip yang kreatif akan dipilih oleh pihak hakim untuk diundi oleh kami semua.
Frozen Chulip meets Janet Jackson Chulip oleh fadzi blogger
Kalau pergi event tak makan tak sahlah kan. Makanan yang disediakan untuk hari ini memang sedap sangat. Tak tipu, kolin makan sandwich tu 2 kali ok hahahha. Lagi pulak semua cupcake yang disediakan comel sangat-sangat. Muka kolin saja kat buffet tu tau hahah
Dan ini lah hasil 50 Chulip yang telah dihias secara kreatif pada hari tersebut.
tak sangka lip balm yang kecil ini menghasilkan berbagai variasi rekaan yang boleh di imaginasikan.
Bukan sahaja comel malah trendy sangat. Ianya mempunyai Olive Oil, Macadamia Nut Oil dan Rose Hip Oil bagi memelihara bibir yang cantik dan sihat tau.
comel sangat kannn...
ini Chulip yang tepilih. Enam terbaik dari 50 Chulip yang dipamerkan. Kami diberi bola kecil seorang satu dan diberi pilihan untuk undi Chulip yang paling kreatif untuk menang.
Dan pemenang pertama pada hari tersebut ialah Blogger Mira, Tak sangka kolin rakan semeja menang ok. Bangga sangat. By the way mira, I vote U tau hahahha. Jangan lupa perjanjian kita, jam tu pakai seminggu sorang sebab Fadzi dan Syafiera pun tunggu turn tau heheh
tempat pertama
tempat kedua
tempat ketiga
hadiah saguhati
hadiah saguhati
hadiah saguhati
Sebelum pulang kami semua diberikan variasi Chulip untuk dibawa pulang. Yeay...lepas ini bibir kolin memang terjaga dan lembab selalu lah kan.
Love your lips - Chu Lip it!
rezeki kolin
Jadi semua, jangan lupa dapatkan Chulip pelembap bibir yang comel berada di Farmasi dan Supermarket berhampiran dengan harga RM25.90 satu. Hiasi Chulip anda dengan kreatif.
Semoga berjaya!!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you