assalammualaikum
Jom kita review kelas eksekutif keretapi di Indonesia. Sangat-sangat selesa untuk perjalanan selama 3 jam. Kerusi yang selesa, siap bantal dan ada tempat nak caj handphone lagi tau.
Luas, bersih dan selesa menaiki keretapi ini tau. Kolin ingatkan teruk sangat perkhidmatan tapi memang boleh dicuba kalau nak merasa naik train kelas yang bagus di Indonesia. Kalau kat Malaysia RM30 tu tak dapat merasa kelas begini kan. Inilah pengalaman pertama kolin menaiki keretapi selama 3 jam. Tapi memang tak boring, sebab kita boleh order makanan. Siap pramugari dan pramugara yang comel-comel datang ambil order tau. Yang kolin order nama dia "zuppa zuppa". Ada roti yang dibakar dan sup ayam di dalam mangkuk tu. Sedap ko..
Memang kolin akui kelaparan pada masa itu hahahha. Nampak tak habis semangkuk kolin kerjakan. Harga lebih kurang RP25,000. Air macam biasa..aqua aje lah yang kolin suka.
spoil betul kamera handphone kolin pada masa ini. Inilah pramugari yang hidang makanan dan ambil order tu. Semua kurus-kurus dan lawa-lawa...kalau kat malaysia ni memang jadi artis aje mereka ni.
Pakaian pun sangat eksekutif, cakap lembut aje. Kolin rekemen sangat gunakan perkhidmatan ini
untuk berkunjung ke Jakarta atau Bandung. Malahan keretapi ini boleh pergi seluruh Indonesia tau. Kolin dah memang berangan nak ke Jogjakarta. Lebih kurang 8 jam perjalanan...boleh cuba nanti. Turun di Jakarta dan ke jogja pula huhuh
Inilah kawan-kawan backpackers kolin..
Dah posing-posing ..jom tidur huhuhu
Jangan lupa ok try perkhidmatan train ini apabila ke Indonesia.
Memang satu pengalaman yang menarik dan seronok..
lupa nak share gambar toilet dalam train ni..perkara paling penting
perjalanan tiga jam adalah toilet!!
lupa nak share gambar toilet dalam train ni..perkara paling penting
perjalanan tiga jam adalah toilet!!
sorry lah gambar goyang sebab memang susah sangat nak snap gambar bila train ini bergerak laju tu.
janji ada kan..so dah siap semua sharing and caring..
janji ada kan..so dah siap semua sharing and caring..
bye bye..
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you