Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Malam Berinai

assalammualaikum

sebenarnya takde pun malam tu kami berinai-inai kunun. Saja-saja kami semua berkumpul dan makan ramai-ramai sambil adik kolin si aween posing sehelai dua baju yang diberi oleh mak andam. Selesai Isyak kami semua berkumpul di dalam dewan dan acara posing pun bermula.



Inilah dua helai baju yang digayakan oleh si pengantin. Yang melebih-lebih apabila kami semua sibuk bergambar sekali. Abis semua posing keluar.


Pengantin bersama anak-anak buah 


Pose yang sangat tidak senonoh ini digayakan oleh adik-adik kolin. Si bob dan si aween ini memang kalau berjumpa selalu bergaduh. Ada saja perkara yang nak dema bertekak. Tapi bab posing malam berinai ni memang sporting abis. Malam tu memang kami sekeluarga bergelak ketawa sakan. 



Pengantin bersama kakak kami iaitu azian, anak-anak dia dan semua jiran yang bersama kami malam tu. 


Dan maafkan lah kolin yang sangat comot malam tu sebab aku sangat-sangat sibuk buat persiapan majlis perkahwinan si aween malam tu. Memang tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 6 pagi. Ada saja kerja yang belum disiapkan memang penat majlis kahwin wei..

Dah selesai malam bergambar aka berinai..
nanti kolin share majlis bersanding pula yaaa

Congrats Azuin & Adha

#adhaween #adikakunakkawen

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you