Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hotel Flamingo Ampang, Selangor

assalammualaikum

Sekiranya anda masih tercari-cari penginapan yang sesuai untuk percutian singkat di ibu kota, boleh lah pertimbangkan untuk menginap di Flamingo Hotel, Ampang. Lokasi yang sangat baik di tengah-tengah kawasan yang sibuk dan pastinya tidak akan menghampakan kalau nak keluar mencari makanan dan membeli belah. Berhadapan dengan Ampang Point memberi kelebihan kepada hotel ini untuk menjadi tempat persinggahan untuk istirehat.


Kawasan lobi hotel yang lapang sangat


Ruang masuk ke restorean di dalam hotel


Pintu masuk restoran


Pemandangan yang ada di luar restoran


Ini lah tasik yang berada di luar hotel ini. Tasik kecil ini boleh digunakan untuk tujuan beriadah dan sebagainya. Suasana yang sunyi amat memenuhi kehendak kepada yang perlu beristirehat. Hotel ini mempunyai suite, chalet dan juga bilik standard mengikut pilihat bajet anda. Jom kita review suite di sini.


Set toiletteries yang ada disediakan untuk guest 


Ruang sinki yang luas dengan cermin yang besar 
sesuai untuk kolin yang suka membelek muka nih



ruang almari yang besar siap bathrobe dan iron in house lagi
senang lah kan..tak perlu nak kemana-mana


Meja solek khas tuk kolin ek


katil king yang sesuai untuk 2-3 orang kalau small medium size ler heheh



lawa tak suite nih...memang menenangkan ok.
tak sabar nak tidur malam karang tau

dah puas view toilet dan bilik yang ada
jom kita view balkoni yang disediakan. Suite ini mengadap ke arah tasik dan swimming pool tau


Balkoni di suite ini memyediakan bangku untuk kita melepak-lepak dan bersantai. 


OMG.. kolin harap ada masa untuk kolin hang out kat pool tu nanti 
memang lawa dan tempting..maklumlah cuaca panas


kolin yang selalu perasan harus selfie dengan berlatarbelakangkan kolam renang nan indah itu
Seronok sangat berada di Flamingo Hotel, Ampang
Terima kasih Mr. Guna yang sudi melayan karenah kolin sepanjang berada di sini. 
Mana tau kita boleh berkerjasama lagi di masa akan datang kan

Buat semua yang ingin mencari 'short getaway' untuk keluarga dan anak-anak bersuka ria. Sila lah singgah dan cuba menginap di hotel ini. Kolin pasti anda akan berpuas hati dengan bilik dan perkhidmatan yang disediakan nanti. 



ok bai..dah malam ni  wei..nak tido.. zzz zzz zzz

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you