assalammualaikum
Adik kolin dah nak kawen..macam biasa kolin yang excited lah kan. Ini antara minor preparation yang kolin buat untuk majlis langsung 1 Mac yang lalu.
Ini wedding stick yang kolin buat sendiri. Mengunakan kertas yang berwarna warni bersaiz A4. Senang print aje guna microsoft power point untuk buat bulatan yang cantik tu. Senang dan murah sebab semuanya di cetak dakwat hitam. Boleh lah nak posing-posing nanti.
ini pula tag nama untuk semua keluarga yang hadir. Ada sepupu, niece, nephew, makcik, pakcik, adik, abang, abang ipar, adik ipar dan berbagai lagi. Murah sahaja, gunakan dolly paper yang biasa dan tampal sahaja. Dibahagian belakang kolin tampal pin emas. Simple dan menarik.
ini pula upah untuk semua penanggah. Berpatah balik pada tradisi lama kolin letak duit seringit untuk di pin hadiah buat yang menolong nanti. Seronok sangat ikut cara orang lama-lama.
Ini pula kolin letak bagi semua kawan-kawan pengantin berkongsi gambar di Instagram nanti.
Semua tak beli pun, pakai aje sedia ada dalam simpanan kolin.
Ini pula penganti buku daftar tetamu. Kolin just gunakan kertas berwarna warni dan kotak comel buat semua nota dan ucapan yang hendak diberikan kepada pengantin. Senang bukan!!
Semuanya murah dan DIY sahaja, yang penting comel dan ada inisiatif to be creatif.
Kolin rasa mudah sangat nak menyiapkan segala perkakasan begini. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hope blog entry kali ini memberi inspirasi kepada yang bakal berkahwin nanti.
Chaiyokk!!!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you