assalammualaikum
Kali ini kolin berkesempatan untuk masuk kelas bahasa Mandarin
Memang menunggu sangat peluang macam ini tau, bahasa yang semakin popular dan
memang penting kalau nak berurus niaga di Malaysia ini. Inilah hakikat, bukan English dah jadi bahasa
utama, tapi bahasa Mandarin.
Atas dasar itu jugalah kolin menghantar anak kolin alisa maisara ke tadika mandarin. Dari umur 4 tahun sehingga sekarang 6 tahun bersekolah di Tadika Kong Ming. Alhamdulillah, fasih tu tidak lah tapi boleh lah sikit-sikit. Atas dorongan itu lah kolin memilih untuk join kursus Mandarin di Intengah.
Tenaga pengajarnya En. Saw Kin Lee adalah cikgu yang sangat penyabar. Bayangkanlah kami asyik tersalah sebut sahaja. Tapi tenang betul En. Saw mengajar kami. Memastikan kami boleh bertutur dalam Mandarin nanti. Boleh la kolin repeat beijing lagi hehehehhe
gigih kolin belajar fonetik nak bercakap Mandarin
serius..memang susah..chi..tapi bunyi ch aje..
i itu disenyapkan...memang mencabar kelas kolin selama 3 hari tau
tapi usaha kuat sebab nak bercakap dengan lisa bila berada di rumah
masa ini lah nak tunjuk mummy pandai heheheh
So doakan kolin pandai Mandarin lepas ini ok!
wa ai ni!!! huahuahua
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you