Tuesday, August 8, 2017

Resipi: Rendang cili api ayam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah resipi dari mama kolin iaitu Cik Timah Bibi. Dia orang Negeri Sembilan, so memang lah pedas berapi rendang dia buat. Satu lagi korang perasan rendang cili api ini bukan warna coklat, tapi warna kuning. Dan tahap kepedasan terpulang kepada si tukang masak lah. Lagi banyak cili, lagi lah pedas. Nak yang suka pedas, sila bubuh sekilo cili hahahah. Lepas tu jangan mengadu sakit perut yaaa. So ikut tahap memasing dan resipi ini tukang masak boleh sukat rasa pedas tu. 

Ini resipi untuk 2 ekor ayam. 


dibersihkan dan letak semua sekali dalam kuali.

Kemudian semua bahan-bahan dalam gambar di bawah iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan lebih kurang 60-70 batang cili padi kolin guna. Masa blend masukkan jugak serai. Kolin lagi suka rasa serai dalam kuah rendang. So bila barang-barang kisar ni banyak, kuah rendang kita lagi pekat dan sedap di makan. 




Dah kisar atau blend, korang tuang terus semua tu dalam kuali yang ada ayam tu dan kacau bagi rata. Supaya semua rempah tu kena kat ayam yang ada dalam kuali tu. 



Biar aje sekejap, sebab nak bagi semua rempah tu meresap masuk. Baru nyalakan api dapur. Haa...masa ni korang biar ayam dan rempah ini ditumis sampai naik minyak. Bole nampak naik minyak tu sebab kita memang tak guna minyak kan. So kita nak rempah tu masak. Jaga api dapur jangan lah sampai rendang ni hangit. So biarkan sahaja sampai rempah cili kita ni masak sepenuhnya. 

 Bila dah nampak naik minyak, korang standby lah barang-barang yang dalam gambar ini. 


Langkah seterusnya selepas rempah rendang siap masak, adalah memasukkan santan. Kolin suka santan kotak atau santan perah sendiri. Yang dah siap perah tu tak pekat, tapi malas nak perah. So guna kotak, tak de kolesterol. Tahan lama, susah basi. Haa bab santan terpulang memasing ya..


Lepas tu masuk kerisik kepala pula. Masuk dua paket sebab ayam dua ekor kan. 



Gaul rata-rata dan biarkan seketika. Lepas tu masukkan daun limau purut dan juga asam keping. 



Biarkan masak seketika lagi. Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yang diracik halus dan jua garam dalam masakan. Elok lepas tutup api baru masuk garam dan kacau rata-rata. Dah pun siap rendang korang. Senangkan masak rendang !! Bukan susah pun kan. Haaa...rendang ni lagi best masak weekend hahaha. Sebab boleh makan satu hari. Memang sedap...cicah roti pun terliur oii



Inilah rendang cili api ayam turun temurun dari keluarga kolin. Ni mama kolin punya resipi. Dan memang tak pernah gagalkan tetamu yang datang rumah nak makan. Semua memang berebut. Ikutkan dua ekor satu family licin dah hahahaha. So jangan tak cuba okay, semua barang simple aje. Nak tutorial secara video sila klik sini 


Love, 

Kolin Zainal 

6 comments:

  1. Blogwalking sini view resepi..nice resepi rendang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..terima kasih singgah. Jangan lupa masak resipi tu tau...

      Delete
  2. Menariknyaa..combinekan semua bahan dalam kuali ..tanpa tumis .nice2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a..tak perlu guna minyak pun. So sangat bagus kan...try lah ye

      Delete
  3. sedapnya rendang cili padi.. suka makan..nak masak malas.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..ni dah senang..resipi pun simple tau. Try nanti jangan malas2 hahaha

      Delete

loving me..loving you