Monday, March 27, 2017

Little Vive Green Market di The Parenthood, Sunway Pyramid West

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas kolin berpeluang membeli belah sambil berhibur di The Parenthood, Sunway Pyramid West. Pengalaman membeli belah di Vive Green Market memang seronok. Semua barangan yang dijual adalah barangan segar, buatan tangan (artisan product) dan juga organik. Korang boleh follow IG mereka di www.instagram.com/vivegreenmarket atau www.facebook.com/vivegreenmarket


Mereka ingin mendidik pelbagai lapisan masyarakat supaya berubah kepada makanan yang lebih sihat dan bagus untuk seisi keluarga. Makanan yang lebih organik, homemade dan tidak mengunakan barangan pengawet atau terlarang untuk kesihatan yang lebih terjamin. 

Bagi 25-26 Mac yang lalu, kami rakan-rakan blogger di berikan sedikit penerangan mengenai barangan yang ada di jual di Little Vive Green Market. Dapat juga lah pelbagai informasi bagi yang mengutamakan makanan yang berkhasiat buat keluarga tersayang. 




Antara barangan yang ada di jual di di Parenthood, semua dalam gambar di bawah ini. 

 Untuk Dark Chocolate dan Choco Nibs yang ada dalam gambar ini korang boleh dapatkan di kedai-kedai di bahagian dalam Parenthood. Coklat yang baik untuk kanak-kanak ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Macam Choco NIbs tu boleh di makan begitu sahaja atau di tabur di dalam hidangan harian. Hidangan kepada anak-anak pun jadi lebih menarik dan enak tau. Follow IG mereka www.instagram.com/vie.verte


Yang ini pula memang kolin suka sangat Mommy J Homemade. Homemade Natural Food Powder yang dihasilkan 100% asli dan dari bahan yang semulajadi. Sekarang kalau korang nak masak apa pun, nak buat bubur, goreng sayur malah boleh dijadikan perasa dalam masakan korang. Yang penting, tiada bahan-bahan yang tidak sihat. Ada organic mushroom, anxin chicken, natural kombu, premium anchovy, premium whitebait (silverfish) dan premium scallop. Masak sup gerenti sedap pakai semua serbuk ini kan. Yang penting budak kecil pun boleh makan tau. Kalau nak tahu lebih lanjut korang klik sini www.mommyjhealthyhomemade.com 


 Ini lah pasta warna warni !!! Homemade Vegetable Pasta di hasilkan 50% mengunakan vegetable puree. Tak ada garam, gula dan telur jadi bayi pun boleh makan. Warna tu semua asli dari sayur-sayuran bukan pewarna tiruan tau. Nak masak macam biasa, rebus pasta dan campur dalam kuah yang telah korang sediakan. Mudah dan ringkas, lagi best sebab colorful anak-anak pun suka makan. Follow mereka di www.facebook.com/foodieswithlove


 Ini pula Daily's Chili Garlic, buat yang suka pedas mana tahu nak travel boleh lah consider yang ini. Diperbuat dari garlic, onions, pure sesame oil dan 100% himalayan salt memang sedap, ranggup dan cukup pedas. Letak sahaja kat nasi panas-panas memang terangkat !!

Selain barangan ini semua, banyak lagi yang dijual di Little Vive Green Market di Parenthood. Antaranya yang ada dalam gambar di bawah ini. 

  Ni semua snek masa kita budak-budak dulu. Coklat ding-dang pun ada tau.

 Kasut yang dihasilkan rekaan dari pereka tempatan di Malaysia. Harga ok kan !

 Pelbagai jenis teh dari herba dan bunga-bungaan juga di jual di sini.

sayuran segar dan organik di jual 3 paket RM10 sahaja. 

Siapa nak try aiskrim gula melaka, boleh ke sini dan cuba ok. 

Buat pengemar coklat yang inginkan yang lebih sihat. Inilah pilihan buat korang semua. Memang semuanya dihasilkan dari bahan yang sihat tau. 

Di sini kek nangka pun ada di jual. Nanti try ok, rasanya sedap sangat !!

Ini pula jem buatan sendiri. Artisan Fruit Jam yang dihasilkan dari buah-buahan segar untuk korang semua. Pilih sahaja yang sihat untuk anak-anak kan lebih bagus. 

yang nak jaga berat badan, boleh beli yang ini. Overnight oat untuk berat badan ideal. Beli 5 percuma satu tau. 

Semua sudu, chopstick, senduk dan papan pemotong yang dihasilkan dari 100% natural rice husk fibre ini untuk korang yang lebih sensitif. Boleh pakai dan jangan risau ianya dihasilkan dengan cara terbaik untuk kesihatan korang. Ini jua boleh dibeli di sini. 

ini pula aksesori yang berkilau. Cari IG mereka ok



 Ini paling menarik, Magic Mushroom. Korang boleh tanam di ruangan kecil di rumah. 
Senang sangat !! Pencipta ini nak cipta fonemena di Malaysia tau. Nak semua rakyat Malaysia tanam sendiri sayuran dan herba mereka. Menarik kan !! Korang boleh beli kotak Magic Mushroom tu buat permulaan ok.





Banyak kan produk yang dihasilkan secara kecil-kecilan di sini. Memang seronok membeli belah di sini. Sambil mengenali sedikit sebanyak pengusaha yang gigih mengketengahkan barangan mereka bagi semua lapisan masyarakat untuk cuba bersama. Lihatlah kolin pun puas shopping bersama kawan-kawan blogger yang lain. 

Buat anak-anak yang penat bermain di Parenthood Playland, korang boleh terus bawa mereka minum di Lillipilli sebelah sahaja. Harga sangat berpatutan, yang best playland ini selagi ada gelang kertas kat tangan tu. Memang korang boleh keluar masuk. So lepas makan lunch, masuk balik dan teruskan bermain ye. 


Pilihan banyak, tapi kolin rekemen try Root Beer mereka ok. Sedap giloss

 Memang seronok seharian di The Parenthood, Sunway Pyramid West ini. Kalau korang nak tahu lokasi cari sahaja Padini dan masuk dari situ ya. Memang syurga anak-anak bermain. Terima kasih LITTLE VIVE GREEN MARKET untuk pengalaman yang best ini. Lain kali korang nak tahu kat mana lagi Vive Green Market, jangan lupa ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram ok. Boleh lah beli pelbagai barangan tempatan yang berkualiti tinggi 

Pix kredit to Jane Chua

Haa nampak tak penuh beg kami dengan pelbagai barangan untuk di bawa pulang. Siap pencuci buah-buahan dan sayuran pun kami sapu sekali bawa balik. Tapi semua ini dah habis tau pada 25-26 Mac yang lalu. Macam kolin cakap korang ikuti mereka di IG www.instagram.com/vivegreenmarket ok. Nanti jangan lupa tengok sekali hashtag mereka. 
#parenthood #sunwaypyramid #littlegreenmarket #artisan #local #farmer #art&craft #homemade #handmade. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Parenthood layari sini ok www.theparenthood.com.my datang sekali, sure anak korang happy giler. Tak mau balik wei...satu lagi kolin nak bagitau semua barangan yang kolin list dalam ini boleh korang dapatkan di Be Bold Outlet di Parenthood Sunway Pyramid. Ataupun korang semua boleh beli secara dalam talian dari setiap vendors yang kolin share ok. Pergi hari ini dan buatlah perubahan. Berubah kepada yang lebih organik dan mesra alam sekitar :)

Tahniah Little Vive Green Market !!!!



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you