Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CARRIE JUNIOR kini dalam pek Isian semula, lebih jimat !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Inilah dia kegemaran kolin dan anak-anak iaitu Carrie Junior. Sekarang dah ada dalam pek isian semula tau. Lagi murah, lagi jimat dan lagi best. Rupanya dah 20 tahun CARRIE JUNIOR mencipta nama dan kini ianya adalah satu jenama yang dipercayai seluruh Malaysia. Boleh di katakan ramai ibu-ibu akan memilih Carrie Junior untuk mandian dan shampoo buat anak-anak. Sebab wangi !!! Bukan sahaja itu, malah kualiti dan nilai dia pun terbaik.


 Disebabkan kos sara diri dah meningkat, Carrie Junior telah menawarkan pek isian semula. Pek isian semula bukan sahaja mudah guna, menjimatkan dan kini produk penjagaan si manja boleh lah kita beli sambil berjimat kan. Dengan membeli pek isian semula ini juga, kita dapat memulihara alam sekitar kerana kalau asyik beli botol pun akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar tau. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibubapa boleh berjimat dan menyelamatkan alam sekitar. Kiranya dalam kita membeli ada juga sumbangan kepada isi alam, betul tak?

Anak kolin, Alisa Maisara memang pakai Carrie Junior untuk mandi dan jua shampoo. Dah la wangi, malah rambut anak-anak pun makin lembut. Kalau korang tengok pek ada Hair & Body Wash dan Baby Bath. Dulu masa mereka baby, kolin ambil baby bath, sekarang dah tukar kepada Hair & Body Wash. Lebih jimat dan fleksibel. Yang penting kulit dan rambut anak-anak sihat terpelihara.


Bagi CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90, CARRIE JUNIOR Hair & Body Wash RM9.90 sahaja. Semua pasaraya di Malaysia ada, korang boleh dapatkan dengan segera okay. Kekadang bukan anak-anak sahaja yang pakai, kolin pun tumpang sekaki. Sebab bau fresh dan lembut pada kolin. Pendek kata, korang beli satu pek, untuk pakai satu keluarga selama sebulan. Jimat kan !!!



Buat makluman korang, CARRIE JUNIOR merupakan premium penjagaan diri buat si kecil. Bungkusan berwarna-warni jua menambat hati anak-anak untuk membersihkan diri. Diformulasikan oleh Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin membantu melindungi kulit dan rambut anak-anak. Pelbagai wangian ada untuk pilihan semua ibubapa. Yang penting halal, dan harganya berbaloi. Selain itu korang juga boleh dapatkan bedak, minyak rambut, lotion dan pelbagai barangan dari CARRIE JUNIOR.

Love,

Kolin Zainal 

1 comment:

loving me..loving you