Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pelancaran Snek Kentang Roller Coaster berwajah baru yang menampilkan SonaOne

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertempat di Capri by Fraser Kuala Lumpur, snek kentang yang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak lain tidak bukan ialah Roller Coaster telah melancarkan wajah mereka yang baru dan syok. Majlis yang diadakan di Level 33 ini penuh bermakna apabila Roller Coaster dihidangkan dengan 3 variasi 'Roller Coaster' berperisa Keju, BBQ dan Manis & Pedas untuk semua para tetamu.


Sesuai dengan citarasa anak muda di Malaysia yang sentiasa berubah, snek Roller Coaster ini menawarkan kelazatan yang lebih segar, menarik dan ianya diperbuat daripada 100% kentang yang diimport. Roller Coaster snek sempurna ini sesuai untuk di makan bila-bila masa atau di mana-mana sahaja dengan beg 18g dan 60g, kanister 100g dan Pek Parti 18g x 8. Kalau korang nak tahu, snek ini telah pun berada di pasaran Malaysia dari tahun 1989 lagi tau. Dan kalau nak beli, korang pergi sahaja di mana-mana pasaraya atau kedai sudah pasti dapat cari snek Roller Coaster ini tau. Inilah dia wajah terbaru snek Roller Coaster.




Pelancaran kali ini juga menampilkan Duta Roller Coaster iaitu SonaOne yang telah mengubah dan menyanyikan lagu "Jingles" untuk iklan di Radio dan juga saluran rangkaian TV utama di Malaysia. 
Nak dengar lagu yang dinyanyikan sendiri oleh SonaOne korang boleh 

Selain menyiarkan lagu tema atau 'Jingles', pelancaran produk ini akan lebih fokus kepada pemasaran yang lebih besar dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang bakal di adakan di sekitar Malaysia. Korang follow IG mereka di www.instagram.com/rollercoaster.my  atau laman web rasmi mereka di www.rollercoaster.my ok.


Roller Coaster yang ingin mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama merasai keenakkan snek kentang ini telah membuat pengumuman slogan terbaru bagi kempen mereka iaitu 'Get Snakin' With It ! '
Lepas ini kalau korang pergi beli Roller Coaster jangan lupa upload kat Instagram dan hashtag tau. 
Harga bagi Roller Coaster 18g RM0.50, 60g RM2.00, 100g Canister RM3.35 dan Fun Pack yang ada 8 paket pada harga RM5.30 sahaja. Semua ini korang boleh beli dari pasaraya yang terdekat tau. Kalau hujung-hujung tahun ini nak buat parti untuk anak-anak, boleh juga masukkan snek kentang roller coaster ini dalam goodie bag, sure semua kanak-kanak suka. Perisa yang kolin paling suka ialah Cheese atau Keju. Ialah ianya memang perisa sepanjang zaman kan. Siapa yang tak suka !


Ucapan Selamat Hari Lahir jua buat SonaOne. Sempat pihak penganjur buat surprise, ada lah jugak nyanyian hari lahir dan potong kek untuk Sona One. Inilah dia wajah snek kentang yang berwajah baru dan lebih syok iaitu Roller Coaster buat korang semua. Beli cepat ok !! Sedap giler...


  Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you