Wednesday, June 15, 2016

Buffet Ramadan 'Nostalgia 60an' di Ancasa Residences, Port Dickson

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ke 10 dah kita berpuasa kan. Tentunya masa ini ada yang dah mula ajak keluarga berbuka puasa di luar. Tentunya nak yang berbaloi dan selesa kan. Kolin cadangkan buffet ramadhan
'Nostalgia 60an' di Ancasa Residence, Port Dickson.


Tak jauh pun dari Kuala Lumpur, kalau inginkan kelainan lah. Pandu sahaja dalam kurang lebih sejam dah sampai. Lokasi residences ini betul-betul selepas teluk kemang tu. Harap korang tak sesat lah. Gunakan highway memang laju aje sampai tau. Macam kolin dari KL 4.30 petang sampai lebih kurang pukul 6.00 petang dah boleh get ready untuk berbuka puasa di Port Dickson. 

Buffet yang berinspirasi 'Nostalgia 60an' ini sure mengamit kita bulan puasa. Pelbagai hidangan lauk pauk melayu tradisional semua terhidang. Sajian dan juadah menarik ini di ilhamkan oelh Chef iaitu Chef Mouses. Jangan tak tahu hidangan enak dari Ancasa Residences ini mengunakan 1001 jenis rempah ratus bagi menghasilkan makanan yang lazat buat korang sekeluarga. 




Masa tangkap gambar juadah kat sini memang nak menelan air liur. 
Dengan pucuk ubi, masak lemak tempoyak, rendang dan berbagai lauk lagi. 
Kalau nak kolin senaraikan memang panjang sangat list tau. 


Menawarkan lebih 120 hidangan termasuk gerai secara 'live' pasti membangkitkan selera untuk berbuka puasa. Antaranya apam balik, murtabak mini, meehon sup utara, panggang kepak ayam, ikan panggang, lok-lok, roti jala, ayam panggang percik style negeri dan paling korang mencari untuk berbuka Kambing Golek pun ada juga tau. 





Kalau nak cerita pasal hidangan pencuci mulut, Ancasa Residence ada pelbagai kuih muih, rojak, kek, bubur yang boleh korang cuba. Yang penting memang masakan Chef kat sini terbaik.




































Buffet Ramadhan Selera Desa 'Nostalgia 60an' dibuka setiap hari dari 10 Jun 2016 sehingga 3 Julai 2016. Bermula 7.00 malam sehingga 10.00 malam pada kadar RM38 nett atau bersih. Murah tak, mana yang rasa KL mahal sangat nak berbuka. Apa kata bawak keluarga ke Ancasa Residense Port Dickson. 

Surau yang selesa pun ada disediakan. Berbuka, solat maghrib dan sambung makan sebelum 
Isyak dan berterawih ok.

Tempahan berkumpulan lebih daripada 100 orang juga boleh tau. Manalah tau nak buat gathering atau reunion kan. Untuk sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Saffron Brasserie di talian 06-662 7288 sambungan #6 atau talian bebas tol mereka di 1300-88-0032.

Bersempana bulan yang mulia ini, Ancasa Residences turut mengadakan program amal mereka iaitu Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim. Program amal yang meraikan 40 orang anak-anak yatim ini turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh mereka dan ada jua persembahan gamelan.




Memang kalau berbuka di sini terasa sangat adat tradisi melayu.

Apa kata hujung minggu ini korang datang ke Port Dickson berbuka di sini. 
Sure gerek kannn...Jemput lah ke buffet ramadhan "Nostalgia 60an" di sini.
Harga cukup murah RM38 nett untuk seorang tau. Kira memang dalam bajet kan. 

Terima kasih Chef dan Ancasa Residences Port Dickson untuk pengalaman ini. 
Sedap sangat Char Kuew Teow yang digoreng panas tu, kena pula dengan ABC.


Ok dah..ingat masa taip entri ni masih belum berbuka lah. 
Jemput datang ya...thk u kak ros !!!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you