Tuesday, February 16, 2016

Bersuka ria di Kota Kinabalu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tajuk blog seronok tak hahahah...ini sedikit perkongsian dari kolin untuk sesiapa yang akan pergi ke sana buat pertama kali ye...semoga bermanfaat bagi korang.

Kalau nak bercuti tapi bersantai sahaja di bandar kota kinabalu pun dah cukup best.
Manalah tahu yang korang tak ada masa nak ke pulau atau ke tempat menarik seperti Kundasang kan.
Kolin nak share percutian singkat kolin ke Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun singkat
tapi tetap ohsem dengan makanan dan tempat shopping yang boleh dibawa ke tengah.
Jom tengok aktiviti kolin sekitar bandar KK. Murah, simple dan mudah!

1. Jangan lupa try Murtabak Goreng yang dijual gerai-gerai tepi laut ini.
Ini terpulang juga kepada korang kalau tak cerewet. Kolin bab makan, gerai
tepi jalan boleh sahaja. Harga murah RM2.50 dan kenyang.



2. Sabah memang terkenal dengan hidangan kepak ayam bakar cicah kicap.
Rugi kalau tak cuba ! RM15 untuk 10 ketul ayam yang besar, siap mereka gunting ke dua bahagian.
Jadinya 20 pcs ayam kami kena makan..uwaaaa
Tapi memang sedap!!! kalau datang sini tak cuba memang rugi.
Sebab chicken wing mereka sedap sangat.



3. Makanan laut yang segar!!
Korang boleh pilih lauk yang dah siap bakar ini untuk mereka panaskan.
Atau pilih sahaja yang mentah dan minta mereka masakkan. Boleh saja.
Harga jangan lupa tawar menawar. Sesilap 2 ekor lobster besar jatuh RM90 sahaja
boleh lah makan 3-4 orang nak merasa katanya.

Tapi berhati-hati juga lah, ada yang terkena yang sudah berulat dan busuk.
Tapi kami bernasib baik dapat yang elok sahaja. Pilih saja peniaga yang ramah, nampak baik
dan juga tak boleh pilih dulu mana satu yang korang nak.



Geram kan tengok semua makanan ini, kolin pun naik rindu pulak nak makan. Ada yang pergi tempah tiket pergi lagi sekali karang. Memang kalau Sabah ni tak makan seafood rugi. Kena makan ok!

4. Boleh beli makanan kering bawak balik
Ada ikan bilis, udang kering, abalon kering, ikan keropok dan pelbagai hasil laut yang boleh kita bawa balik sebagai buah tangan. Memang tak dinafikan sedap sangat. Berhabis RM200-300 di sini adalah perkara biasa. Tapi memang segar, dah dua kali datang Kota Kinabalu ini lah yang kolin cari dahulu. Siap-siap susun dalam beg nak balik sebab takut over spending kan.



Haa nampak tak dah berkotak kat situ. Tapi ada nasihat sikit, masa membeli pastikan korang kira sekali setiap yang mereka jual. Kolin hampir terkena tipu RM100, sebab masa dah kira dan packing kolin dengar dia cakap RM300. Kawan-kawan kolin pun dengar, nasib baik ada Suzi yang kira balik..padahal RM190 sahaja ok!. Dia pulang balik RM100 kolin dan masukkan lagi satu paket ikan keropok untuk genapkan RM200. Macam-macam hal tau..dia selamba masuk RM300 tu dalam poket tanpa rasa bersalah tau.

Harap berniaga yang jujur payah kut sekarang ini. Memang masa tu dah rasa berlain sangat perasaan. Iye lah tak sangka pulak dia boleh buat dunno sahaja. Nasib baik ada Suzi, kalau tak memang kolin over bajet tau.

5. Shopping aksesori di Pasar Kraftangan atau dikenali Pasar Philipine


Semua ada kat sini, kalau nak broch, jarum tudung, mutiara, subang, butang baju melayu yang kristal bersinar-sinar tu semua ada. Pendek kata abah dan mak aje tak dijual di sini.

Siapkan duit sahajalah ye. Tips kat sini, tawar menawar sehingga separuh barang yang mereka jual ok. Nasihat kolin, tunggu malam..berjalan lah sekitar KK tu. Pergi pasar malam mereka, kalau larat berjalan jauh sedikit pergi Pasar Malam Kg. Air tu. Ada maybank kat situ boleh cucuk duit hihi

Sebab apa pergi pasar malam? Sebab lagi murah..murah sangat-sangat.
Benda yang sama di jual di pasar kraftangan ini lagi murah di pasar malam kg. air.
Tak percaya pergilah jengah, mesti korang geleng kepala kenapa pergi beli dulu kat pasar kraftangan tu.

Dah sampai 5 ni kan..panjang sangat pulak blogpost kali ini kang orang malas baca hahaha
Banyak lagi aktiviti shopping dan tempat menarik nak share..
kolin buat part 2 ok.

Taip panjang-panjang pun bukan ada yang nak baca pun ..

Love,

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you