Thursday, February 18, 2016

Acara dari PEKA, Save Our Rainforest 2016’ – Pokok Adalah Masa Depan Kita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Atas kejayaan dan keberkesanan program Save OurRainforest Race (SORR) sejak tahun 2013 hingga 2015, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia ), sebuah NGO yang memperjuangkan isu-isu berkaitan khazanah alam termasuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan Hujan Tropika di Malaysia akan meneruskan kesinambungan program tahunan mereka iaitu  
Save Our Rainforest 2016(SORR2016). Pada kali ini, SORR 2016 akan membawa tema yang berbeza dari tahun-tahun yang lepas iaitu Pokok Adalah Masa Depan Kita. 



  Ia akan diadakan pada 26 Mac 2016 bertempat di Pusat Pelancongan Pendidikan Eco-Edutourism, Hutan Simpan Sungai Menyala,Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bermula jam 7.30 pagi dan dijangka berakhir 2.30 petang.
Sebagai simbolik menyelamatkan hutan di negara ini yang semakin berkurangan, peserta-peserta SORR2016 akan berlumbasejauh 16km untuk menanam pokok-pokok hutan di kawasan yang ditetapkan.  
Sepanjang laluan perlumbaan, peserta-peserta akan melalui beberapa cabaran termasuk menyelesaikan
permainan yang menarik dan relevan sesuai dengan visi SORR 2016 pada kali ini. Seperti
program SORR yang lalu, visi dan objektif SORR 2016 adalah bertujuan meningkatkan
kesedaran mengenai kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini dan mendidik peserta dan
masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini dan
akan datang. 
  Selain itu, program SORR 2016 ini turut berhasrat mengumpul dana untuk
kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang.

SORR 2016 menyasarkan penanaman sebanyak 4,000 batang pokok hutan yang terdiri dari
pelbagai spesis dengan penyertaan sekurang-kurangnya 2000 orang peserta yang terdiri dari
pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta khususnya pelajar-pelajar, syarikat korporat,
individu dan sebagainya. Setiap peserta yang disertai oleh 2 orang bagi setiap kumpulan akan
berpeluang mendekati dan memahami khazanah alam dan cara-cara penanaman pokok yang
betul. PEKA Malaysia juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk bersama-sama
menaja atau membantu dari aspek kewangan atau barangan untuk menjayakan SORR 2016
bagi tahun ini.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai SORR2016, mereka boleh mendaftar melalui
facebook dan website PEKA yang telah dibuka untuk orangramai mendaftar dengan yuran
penyertaan sebanyak RM80.00 seorang (RM160.00 per kumpulan).  
Seperti program SORRsebelum ini, yuran penyertaan ini termasuklah pek perlumbaan (Race kit) yang terdiri dari satuset anak pokok, sarapan pagi, makan tengahari, t-shirt rasmi SORR2016 dan ‘doorgift
SORR2016’. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada XX Mac 2016 dan peserta-
peserta yang berminat digalakkan mendaftar segera dan tidak menunggu di saat-saat akhir.
Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat dan pendaftaran SORR 2016, orang ramai boleh
melayari www.pekamalaysia.org atau mengikuti berkaitan PEKA dan SORR2016 di
http:/facebook.com/pekamalaysia atau hubungi Susee (6016 20102014),
Arizal Rahman (601112249782) atau Izwan (6017 9321899).
Love, 
Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you