Tuesday, November 3, 2015

Adventure Zone di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa, Penang

assalammualaikum dan salam sejahtera

 Percutian di Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa bukan setakat laut dan pool sahaja tau.
Siapa sangka dekat sini pun ada taman permainan indoor untuk kanak-kanak tau. 

Inilah dia Adventure Zon di Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa, Penang



Ianya terletak di antara Shangri-La Rasa Sayang Resort dan Golden Sand Resort. 
Untuk main semua permainan di dalam ini, pastikan anak-anak anda memakai baju lengan panjang siap berstokin ok. Untuk keselamatan dan hygiene anak-anak kita lah.


Di sini ada tempat untuk kita menyimpan kasut kita sebelum bermula bermain. Toilet pun ada. 


Untuk lebih maklumat dan bayaran masuk ke sini boleh lah layari http://www.shangri-la.com/penang/rasasayangresort/for-kids/adventure-zone/



Slide yang ini kena pakai karpet yang disediakan dan slide ke bawah! Kolin dah cuba, super fun! Patutlah anak-anak kolin asyik turun naik sahaja. Sebab fun sangat hahah..Tak percaya korang pergi cuba. Ini bukan rekaan tau, ini adalah kisah benar!


Ini pula slide yang tertinggi ada di dalam Adventure Zone. Memang tinggi dan gayat. Ali Imran try banyak kali duduk kat atas dan slide ke bawah. Tapi gagal!

Jenuh juga kolin dan hubby pujuk Ali Imran untuk cuba yang ini. Memang agak tinggi dan jangan risau, ianya selamat. 

Salah satu cara kami pupuk anak kami untuk mengatasi ketakutan. 
After all, ianya hanya lah papan gelungsur aje!

Akhirnya Ali Imran berjaya slide turun juga. Dan bukan sekali dia naik selepas itu, malah berkali-kali sebab dah atasi masalah ketakutan kan. 

Bukan sahaja slide yang ada di sini, ada juga larian berhalangan. Untuk bayi 6 bulan - 1 tahun pun ada permainan untuk mereka tau. 



Untuk lebih adventure semasa bercuti di sini, korang juga boleh cuba yang ini.



Best kan...Siap ada track untuk kita bermain. Mudah sangat bagi Ali Imran mengimbangi badan dan main permainan ini. Tapi bagi hubby kolin agak payah juga. Kolin takut nak try, takut terjatuh hahahah. 
Yang pasti Ali Imran main ini sampai berpeluh-peluh.


Dah penat bermain di sini jom naik buggy car balik hotel! Sebenarnya tak jauh pun antara dua resort ini. Tapi kami memang suka naik buggy. Lagi pula semua staff di kedua-dua hotel ini ramah tamah sangat. 
Bila lagi nak merasa naik buggy car beramai-ramai kan!



Kisah Shangri-La's tak berakhir di sini. Tunggu di lain entri ok!
Banyak sangat nak dikongsikan, yang pasti ianya pasti percutian terbaik untuk kita sekeluarga!

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you