Saturday, October 17, 2015

KL Tower Mini Zoo yang menyeronokkan!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini pun salah satu tarikan di Menara Kuala Lumpur. Mesti semua ingat di Menara Kuala Lumpur boleh naik ke atas tu sahaja kan. Silap! Sebelum ini kolin ada kongsi pasal Blue Coral Aquarium kan. Ni satu lagi tarikan untuk anda seisi keluarga.

 http://alialisakreatif.blogspot.my/2015/10/melawat-blue-coral-aquarium-di-menara.html


Sekarang ni kolin nak kongsi KL Tower Mini Zoo yang sangat mesra alam. Dah macam Farm in the City tu, kita boleh pegang dan boleh bagi makan pun tau. Seronok! Tiket murah sangat RM19.00 untuk dewasa, RM16.00 untuk kanak-kanak dan RM16.00 untuk warga emas.


Jinak sangat semua haiwan ada kat mini zoo ini. Mula-mula korang akan masuk ke bahagian yang ada iguana, katak, kura-kura, squirrel monkey dan banyak lagi. Kolin tak lepas peluang bergambar dengan burung merah dan biru yang cantik di bahagian masuk pintu KL Tower Mini Zoo. Korang kalau berkunjung ke sini, memang mereka menanti dengan penuh ramah mesra di hadapan pintu masuk.


Monyet yang kecil comel ini namanya Squirel Monkey, kita boleh bagi dia makan tau. Comel gilerrrr
 

Ada iguana dari saiz kecil sehingga lah yang besar, kolin tak berani nak pegang lah kan. Tak tahulah kalau korang berani. Tapi kat sini memang semua ada. Ayam comel ini pun dibiarkan lepas bebas sahaja. KL Tower Mini Zoo memang sesuai bawa keluarga yang ada anak membesar. Seronok!


Besar kan..Iguana tengah berjemur bawah matahari!



Sempat kolin ajak si arnab putih ini berselfie. Tapi dia shy shy rabbit.
So kolin layan perasaan selfie sorang-sorang. Macam kolin bagitahu, kat sini memang friendly, boleh pegang dan sentuh binatang yang jinak. Lagi best semua sihat-sihat dan gemuk-gemuk belaka. Tengah KL aje boleh kita meluangkan masa menikmati alam semulajadi dan haiwan yang manja ni.



Yang ini memang best! Main tangkap-tangkap ikan. Bukan kanak-kanak sahaja yang suka. Confirm kolin pun suka. Seronok! Semua net dan baldi kecil disediakan, duduk tepi tu kunun-kunun tepi longkang dan cuba tangkap ikan dalam tu! hahahhaha... korang nak tahu best atau tidak pergilah sendiri ok.


Kalau dah penat berjalan-jalan boleh lah berhenti sekejap kat Cafe yang disediakan sambil minum air dan hirup udara segar dari hutan simpan bukit nenas di Menara Kuala Lumpur ini.


Tapi belum habis lagi KL Tower Mini Zoo ini. Ada juga taman burung tau kat sini. Konsep sama sahaja, semua burung dibiarkan bebas terbang dan akan hinggap di tangan apabila kita beri makan.


Selain burung, ada juga arnab yang kita boleh bagi makan dan bermain. Dah dapat bayangkan kalau kolin bawa anak-anak ke sini pasti super fun. Murah sahaja RM16 untuk tiket kanak-kanak dan RM19 untuk yang dewasa pula. Tak jauh pulak tu jimat minyak dan tol.



Monyet Albino pun ada tau dan juga Rakun yang comel


Siapa cakap kat Menara Kuala Lumpur tak best! Korang patut pergi dan cuba semua aktiviti yang ada di sekitar KL Tower ini ok. Kalau pergi jangan lupa hashtag gambar uoolss dengan #menarakuala ok.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you