Tuesday, September 22, 2015

Laugh Malaysia Gala Night, KLIC Fest' 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah Festival Komedi yang terbesar di abad ini dan ianya berlangsung dari 16 September sehingga 23 September 2015. Kuala Lumpur International Comedy Festival 2015 ini dibawakan oleh 'Godfather of Malaysia Stand-up Comedy" iaitu Harith Iskander. Siapa yang tak kenal komedian ini kan. 

Kolin dan keluarga berkesempatan hadir di salah satu slot iaitu Laugh Malaysia Gala Night yang berlangsung hari minggu yang lalu di Manhattan Ballroom, Berjaya Hotel Kuala Lumpur. Memang meriah, penuh sesak dengan warga kota yang datang untuk bergelak ketawa bersama.
Kredit tiket to Christopher Tock, TQ!



Untuk pertunjukan Ahad, 20 September 2015, 8.00 malam adalah slot Harith Iskander's To Know Malaysia is to Laugh Malaysia Gala Night. Yang turut bersama Harith pada malam semua pelawak terkemuka dunia yang memang menjanjikan ketawa tidak berhenti sepanjang malam. 

Antaranya ialah Gina Yashere, Tom Rhodes, Rex Navarrete, Paul Ogata, 
Nazeem Hussain dan Barry Hilton. 


Tiket yang dijual berharga dari VVIP RM248, VIP RM2018, CAT 1 - RM168, CAT 2 RM118, CAt 3 RM98 dan CAT 4 RM68. Semua tiket boleh didapati di www.ticketpro.com.my


Inilah keluarga kolin yang dah ready untuk chill out malam tu. Tak nak fikir lain yang stress, hanya ingin bergembira dengan semua pakar komedian dari serata dunia. Ayuh enjoy!

Pembukaan persembahan adalah dari Harith Iskander yang mengucapkan selamat datang kepada kami semua dan tidak lupa juga kepada semua sponsor yang telah menjayakan KLIC Fest 2015.
Termasuk lah juga Tourism Malaysia pun turut sama dalam KLIC Fest 2015



Alisa Maisara bersama Zulin dan Ariq

Susah nak bagitahu macam mana kolin enjoy malam tu dan tunggu sampai habis semua komedian keluar satu persatu. Tak kering gusi gelak sampai berair mata. Yang penting apa yang mereka katakan itu ambil sebagai hiburan sahaja. Jangan take it personal. Ianya hanyalah hiburan semata-mata. Yang pasti kolin memang having so much fun malam tu. Rasanya macam tak puas dan nak pergi lagi aje tau.




Buat mereka yang terlepas malam ahad yangn lalu jangan risau ok. Festival ini masih berlangsung malam ini dan esok. Malam ini di Black Box Publika jam 8.30 malam S#IT Up Comedy. Tiket berharga RM70 dan RM50 dan ianya pasti boleh buat anda ketawa sampai pecah perut. 

Untuk 23 September 2015, hari terakhir KLIC Festival 2015 esok. Bertempat di The Bee, Black Box, White Box dan Crack House, Publika akan ada macam-macam show yang anda boleh ikuti. Boleh layari www.ticketpro.com.my untuk maklumat lanjut ataupun ke laman web rasmi mereka iaitu www.KLinternationalcomedyfestival.com semua jadual persembahan ada di situ. Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini. Bila lagi kita nak tengok semua pakar komedian ini berkumpul dan beraksi.
Ini lah peluang yang datang sekali sekala kan.Pergi ramai-ramai dan stress FREE ok.
 Inilah Kuala Lumpur International Comedy Festival 2015.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you